M*yat askar yang gugur semasa bertemp*r sekitar era Per*ng Dunia Kedua kebiasaannya dikebumikan terus di tempat mereka terk*rban secepat dan sesegera mungkin.

Pasukan kompeni pengumpul dan penggali kubur menguruskan pengebumian m*yat yang telah ditanda selepas pertemp*ran, adakalanya senapang milik askar yang m*ti dengan bayonet terpasang, dipacakkan di kubur bersama dengan pengenalan diri si m*ti, untuk menanda dan mengenal pasti m*yat itu.

Mengebumikan m*yat askar lebih penting daripada per*ng itu sendiri kerana timbunan m*yat yang membusuk akan menyebabkan bencana wabak dan merisikokan kedua-dua belah pihak.

Atas sebab ini pihak lawan kadang-kalanya mengadakan gencatan senjata hanya untuk mengumpul dan mengebumikan m*yat askar yang telah m*ti.

Walaupun dalam pertemp*ran yang paling sengit, seperti Pertemp*ran Stalingrad, waktu rehat yang pendek adalah perkara biasa yang dilakukan demi tujuan ini kerana pertemp*ran ini mengakibatkan terlalu banyak jumlah k*rban.

Pihak Jerman dan Soviet akan bersama-sama turun padang untuk mengumpul dan menguburkan m*yat anggota masing-masing dalam keadaan tergesa-gesa.

Kubur seorang askar biasanya ditanda dengan simbol salib secara ringkas atau tanda yang lain seperti dipacak dengan batang kayu yang dililit dengan ‘dogtag’ milik askar yang gugur tersebut (jika ada) atau dengan meletakkan topi keledarnya di letakkan di bahagian atas, namun ia menyukarkan proses menentukan identiti si m*ti.

Setelah pertemp*ran selesai, satu perkuburan besar biasanya digali untuk mengebumikan mereka yang gugur, atau jika tiada halangan, m*yat mereka akan dibawa pulang (tentera Amerika selalu membawa pulang pejuang mereka yang gugur).

Terdapat banyak perkuburan per*ng yang besar di mana-mana kawasan di Eropah, baik di Timur dan Barat. Kebanyakannya merupakan perkuburan anggota tentera yang m*ut semasa Per*ng Dunia Kedua.

Mereka ini boleh dianggap bertuah kerana masih mempunyai tempat untuk bersemadi walaupun ada yang identitinya gagal dikenalpasti berikutan keadaan m*yat yang tidak semp*rna atau tiada sebarang dokumen pengenalan diri.

Kerana terdapat banyak jumlah askar yang hilang semasa per*ng di mana mereka ini gagal dikesan sehingga hari ini.

Tetapi askar yang selamat dikebumikan juga tidak sentiasa bernasib baik, kerana terdapat banyak kubur yang hilang, samada gagal mengesan lokasinya kerana pihak yang mengebumikan mereka juga telah terk*rban, atau penanda perkuburan dibuang dan m*yat-m*yat itu ditinggalkan di mana mereka berada hinggalah dilupakan selama-lamanya.

M*TI DENGAN PENUH PENGHINAAN

Di medan per*ng yang luas, hingga kini pun masih banyak berita penemuan rangka askar yang terkubur tanpa nisan, bahkan ia juga ditemui di sekitar bandar-bandar besar seperti Budapest.

Dalam beberapa kes, ada sesetengah pihak yang berper*ng langsung tidak memberikan penghormatan kepada pihak musuh yang terk*rban. Sebagai contoh di Budapest, ketika pasukan Jerman dan Hungary yang terakhir berusaha keluar dari Buda Castle yang dikepung, puluhan ribu dari kalangan mereka dibiarkan m*ti hingga m*yat mereka berselerakan di jalanan.

Pihak Soviet berkeras tidak mahu menguburkan mereka semua, jadi mereka membawa beberapa kereta kebal dan cuba menghancurkan m*yat-m*yat itu hingga lumat kemudian menggunakan semburan air untuk membuang cebisan m*yat ke dalam saluran pembentung.

Kaedah ini tidak berjalan lancar, jadi mereka memerintahkan orang awam untuk mengumpulkan semua m*yat-m*yat didalam trak. Mereka menuju ke sungai Danube, di jambatan Margit yang telah musnah diletupkan, di mana salah satu bahagian jambatan masih kekal berdiri di atas sungai, lalu mereka membuang semua m*yat-m*yat itu ke dalam air. Puluhan ribu jenazah anggota tentera dan orang awam “terkubur” dengan cara tragis ini.

Sebilangan besar sisa-sisa m*yat ini terperangkap di celah-celah runtuhan jambatan yang diletupkan. Ketika m*yat-m*yat ini cuba dinaikkan kembali setahun kemudian, rangka dan tulang berjatuhan dari sisa batang-batang besi runtuhan jambatan.

Bagi menjelaskan semua itu, pihak Komunis mendakwa bahawa semua itu merupakan rangka-rangka kaum Yahudi yang dibantai dengan cara ditembak oleh penembak Nazi sebelum mereka dibuang ke dalam Sungai Danube. Walaupun pembersihan kaum seperti itu sememangnya ada berlaku, namun hanya beberapa ratus orang sahaja yang m*ti dengan kaedah seperti ini.

TEATER PASIFIK

Berikut adalah beberapa maklumat tentang pengurusan m*yat tentera yang gugur di teater Pasifik.

Dalam konflik antara China dan Jepun, pertemp*ran melibatkan dua seteru ini selalu melibatkan jumlah kekuatan ribuan tentera di setiap pihak, bahkan pernah mencapai hingga 500 ribu askar gabungan.

Angka k*rban adalah amat tinggi terutamanya di pihak China dan pada awal per*ng, China diasak hingga berundur ketika pertemp*ran untuk melambat-lambatkan kemaraan tentera imperial Jepun.

Setelah Jepun menduduki suatu wilayah tersebut, mereka akan memerintahkan penduduk atau mangsa yang terselamat untuk mengumpulkan m*yat dan dikebumikan didalam satu kubur yang besar.

Selalunya identiti tidak dapat disahkan kerana beberapa tubuh m*yat telah hancur dengan teruk dan pada waktu anggota tentera China tidak mempunyai sebarang dogtag melainkan pengenalan diri yang hanya didapati pada seragam mereka.

Apabila tempoh akhir per*ng melemahkan Jepun, setelah tentera China menduduki kembali wilayah tersebut, banyak perkuburan yang besar ditemui dan sebagai tanda penghormatan, sebuah pemakaman atau tugu peringatan dibina untuk mengingati para pejuang yang gugur namun tidak dikenali identiti mereka ini.

Oleh kerana jumlah k*rban pihak tentera imperial Jepun agak rendah pada awal permulaan per*ng, mereka dapat membawa pulang sebahagian besar m*yat askar mereka dan melaksanakan ritual tradisi mereka iaitu membakar m*yat dan mengirim abu m*yat kembali ke pangkuan keluarga mereka dengan bayaran pencen.

Menjelang berakhirnya peper*ngan dan situasi mulai tidak memihak kepda mereka, dipercayai begitu banyak m*yat yang tidak dapat dituntut kerana sifat tipikal tentera Jepun biasanya akan bertemp*r hingga satu pasukan mereka tinggal seorang saja anggoya terakhir dan tidak akan ada satu pun yang selamat, maka m*yat-m*yat mereka ini akan dikebumikan oleh pihak China.

Bagi mereka yang berkesempatan untuk berundur, dikatakan bahawa komander yang memerintah akan mengarahkan bahagian badan tertentu dari m*yat supaya dipotong, biasanya cebisan badan bersama dengan dogtag akan dibakar selepas itu. Sekiranya ada peluang cerah, sisa bahagian tubuh dari m*yat ini akan dibawa kembali ke Jepun.

Terdapat satu makam di provinsi Yunnan yang menempatkan sebuah perkuburan dan tugu peringatan di mana bersemadinya seorang komandan Jepun bersama dengan 4 orang anggota tenteranya.

COMMONWEALTH W4R GRAVES COMMISION

Di pihak Sekutu, bagi m*yat askar-askar Inggeris yang tidak dapat dibawa pulang, kebiasaannya m*yat akan dikebumikan sementara atas alasan kebersihan tetapi disertakan dengan pelbagai jenis pengenalan diri untuk memudahkan kerja sekiranya rangka mereka berpeluang untuk ditempatkan semula di lokasi yang baru pada kemudian hari.

Terutamanya setelah per*ng yang mengakibatkan ramai askar m*ti di dalam kubu parit semasa Per*ng Dunia Pertama yang tidak mungkin m*yat mereka boleh dituntut oleh pemerintah manakala rekod diri mereka juga mungkin telah hilang atau tidak lengkap.

Walaupun setelah berakhirnya Per*ng Dunia Pertama, bilangan m*yat yang terlalu besar adalah tidak praktikal untuk dibawa pulang ke tanahair masing-masing, jadi perkuburan per*ng dibina untuk menghormati mereka yang gugur ini.

Jadi perkuburan untuk pihak British dan Komanwel umumnya berada di mana-mana teater per*ng, dan bukannya dibawa kembali ke rumah mereka. Format tertentu disediakan untuk semua, tanpa mengira pangkat, begitulah juga dengan susunan dan barisan kubur mereka.

Perkuburan ini masih dijaga rapi pada hari ini oleh Commonwealth W4r Graves Commission dan ahli keluarga masih mengunjungi saudara mara mereka yang gugur sebagai pejuang. Demikian pula perkuburan pihak Jerman dikelola oleh German W4r Graves Commission.

Kaedah yang sama dikekalkan sepanjang berlangsungnya Per*ng Dunia Kedua dan terdapat makam pahlawan milik tentera Amerika Syarikat di Eropah, antaranya seperti Pemakaman Amerika di Cambridge dan Normandy.

Sebahagian besar anggota bersenjata dari mana-mana pihak tetap memperlakukan jenazah musuh mereka dengan penuh hormat, kebanyakan dari mereka terdiri dari latar belakang orang biasa yang kebetulan berada di sisi yang saling bertentangan kerana dikerah, tetapi setia menggadaikan nyawa mereka untuk negara masing-masing.

Ketika Baron von Richtofen, Red Baron, dan anak lelaki bekas Presiden Theodore Roosevelt, Quentin, masing-masing ditembak m*ti dan dibun*h ketika beraksi dalam Per*ng Dunia Pertama, kedua-dua pihak British dan Jerman mengebumikan jenazah tentera musuh masing-masing dengan penuh penghormatan.

Tidak lama kemudian, beberapa peristiwa per*ng yang moden mula menjadikan harapan untuk askar yang sekiranya gugur dan mahu jenazah mereka diterbangkan pulang ke kampung halaman menjadi tidak lagi mustahil.

HILANG DALAM PERTEMP*RAN

Mengapa ada m*yat yang tidak dapat diambil, kerana memang tidak boleh diambil. Ser*ngan artileri besar atau pengeboman udara akan menghancurkan tubuh seorang manusia, hingga ada yang tidak meninggalkan sebarang kesan pun untuk dikuburkan. Ini adalah masalah serius dalam Per*ng Dunia Pertama.

Kadang-kala artileri akan melenyapkan terus keseluruhan kubu parit, membun*h semua orang di dalamnya, dan sering menguburkan mereka terus di dalam kubu tersebut.

Salah satu sebab mengapa terdapat begitu banyak kes askar yang hilang semasa pertemp*ran atau “Missing In Action” (MIA) di kalangan tentera Amerika Syarikat semasa Per*ng Dunia Kedua adalah kerana sifat fizikal m*yat setelah kem*tian mereka.

Setelah pertemp*ran selesai dan pemerintah pasukan tentera berusaha untuk merekodkan semua situasi setiap askar, pelaut, juruterbang dan tentera lautnya, jika tidak ada m*yat dikesan maka individu tersebut direkodkan sebagai MIA. Setelah beberapa jangka waktu tertentu, status mereka diubah menjadi MIA yang dianggap m*ti.

PERJANJIAN KONVENSYEN GENEVA

Konvensyen Geneva I & II

  • Artikel 15 (Konvensyen pertama) dan Artikel 18 (Konvensyen kedua), masing-masing pada perenggan pertama, Konvensyen Geneva I dan II 1949 menyatakan: “Setiap saat, dan terutama setelah penglibatan pihak-pihak yang terlibat dalam konflik haruslah, tanpa penangguhan, mengambil setiap langkah yang mungkin untuk … mencegah [m*yat] dari dirosakkan.”

Konvensyen Geneva IV

  • Artikel 16, perenggan kedua, Konvensyen Geneva IV 1949 menyatakan: “Sejauh pertimbangan ket3nteraan membenarkan, setiap pihak yang bertikai akan mempermudahkan sebarang langkah yang diambil… untuk melindungi [m*yat si m*ti] dari dijarah dan dir0mpak”.

RUJUKAN:


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.