Suatu ketika dahulu, badut Ronald Mcdonald memang sangat sinonim dengan Mekdi. Pergilah mana-mana cawangan Mekdi sekalipun, pasti akan kelihatan badut Ronald di depan pintu masuk sebagai penyambut tetamu. Tapi hari ini badut Ronald sudah tidak lagi kelihatan di depan Mekdi dan tampak seseolah seperti sengaja dihilangkan.

Persoalannya kenapa semua ini terjadi?

Kehadiran filem IT pada tahun 2016 telah membuatkan Mekdi terpaksa membuang terus badut Ronald daripada seluruh cawangannya. Ini kerana filem IT yang memaparkan badut mengejar orang dengan pisau telah memberikan gambaran buruk kepada badut Ronald. Secara tidak langsung, pelanggan terutamanya kanak-kanak tidak mahu masuk Mekdi kerana bimbang akan dikejar dengan pisau oleh badut.

“I know your seee-cret. Your dur-ty little seee-cret.”

Ditambah pula pesaing Mekdi sekian lama iaitu Burger King nampak peluang ini yang membolehkan restoran makanan segera tersebut dikuburkan buat selama-lamanya. Apa yang Burger King buat adalah memparodikan trailer filem IT dengan mempapar badut seakan-akan badut Mekdi sebagai watak utama. Di akhir trailer filem parodi itu, Burger King memasukkan kalimat “Never Trust A Clown” yang secara jelas mahu memastikan Mekdi lingkup.

Cara ini berjaya tetapi Burger King masih lagi kurang berpuas hati kerana tidak ramai yang mahu menonton trailer filem itu dengan lama. Jadi Burger King telah paparkan gambar kanak-kanak yang menangis apabila didokong oleh badut. Bagi menambahkan lagi kesan, Burger King telah meletakkan gambar itu betul-betul di depan kaunter. Para pelanggan terutamanya kanak-kanak pasti akan ketakutan melihat gambar tersebut lantas membuat mereka semua tidak akan masuk ke Mekdi lagi.

Bukan setakat itu sahaja, ramai orang mula memakai maskot persis badut Mekdi tetapi dalam keadaan yang sangat menyeramkan ketika sambutan halloween. Setiap kali pintu diketuk untuk mendapatkan gula-gula, pasti penduduk akan terkejut beruk. Malah ada laporan yang menyatakan terdapat sekumpulan individu bertopeng badut telah menyerang sebuah keluarga. Ada juga yang mendakwa terlihat badut memegang pisau sedang mengejar pelajar ketika dalam perjalanan ke sekolah. Semua ini telah memberikan imej yang sangat buruk kepada badut Mekdi.

Jubake betul Burger King ni

Bertitik tolak dari situ, Mekdi telah mengambil keputusan untuk memecat badut buat selama-lamanya. Ini kerana jika badut itu kekal, akan menyusahkan Mekdi sahaja untuk menarik lebih ramai pelanggan. Biarpun ada yang cuba mempertahankan badut dengan menyatakan bahawa itu adalah nostalgia sebahagian dari kita. Tapi Mekdi berpendapatan, alasan itu tidak cukup kuat kerana kita bercakap tentang konteks zaman sekarang. Badut itu mungkin tidak menakutkan pelanggan tetapi akan membuatkan pelanggan baru berasa terancam.

Setelah badut disingkirkan daripada pintu masuk Mekdi, sedikit demi sedikit maskot turut dihilang di semua media sosial dan laman web milik Mekdi. Secara tak langsung salah satu imej ikonik yang sekian lama menjadi daya penarik untuk pelanggan berkunjung ke Mekdi telah lesap. Mahu tak mahu, Mekdi perlukan strategi baru bagi memastikan restoran makanan segera itu terus menjadi pilihan pelanggan.

Jadi Mekdi mengadaptasi budaya barista di dalam restoran dengan kehadiran McCafe. Mekdi cuba berfungsi seperti kedai kopi bagi menarik lebih ramai pelanggan daripada kalangan anak muda. Strategi itu berjaya apabila Mekdi kembali digeruni biarpun tanpa badut. Hari ini kita dapat menikmati latte sambil menketedarah burger penyek.

Akhir kata, beli juga buku terbaru kami bawah imprint fiksyen kami. Ada pra-tempah dan harga diskaun sedang ditawarkan untuk para pembeli. Beli di webstore kami.
Pencari Cincin Sakti: http://bit.ly/CincinSaktiStore
Sate Untuk Jembalang: http://bit.ly/SateJembalangStore
Kombo: http://bit.ly/komboPCSSUJ

Kesimpulannya, jangan takut untuk membuang sesuatu yang menjadi kekuatan andai kata sudah tidak lagi relevan. Kalau masih berdegil nanti jadi macam Nokia sebab terlalu yakin dengan symbian pada ketika semua sudah mahu beralih arah ke android.


Dua buku best-seller The Patriots kini kami gandingkan sekali dalam versi bahasa Inggeris untuk kalian semua:
World Without Walls III: https://bit.ly/3PR2Ep9
The Human’s Complex: https://bit.ly/3J2GoGF

RUJUKAN:

Dharni, A. (2021, November 8). Did you know why McDonald’s got rid of Ronald the clown? here’s why! Indian Times. Dipetik daripada https://www.indiatimes.com/trending/human-interest/why-mcdonalds-got-rid-of-ronald-553630.html

Stice, J. (2020, April 24). The real reason McDonald’s got rid of Ronald McDonald. Mashed. Dipetik daripada https://www.mashed.com/202684/the-real-reason-mcdonalds-got-rid-of-ronald-mcdonald/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply