Parti-parti politik memainkan peranan yang sangat penting dalam penubuhan, pembinaan dan pemerintahan negara-bangsa moden.  Komposisi dan ideologi sebuah parti politik sangat penting dalam mencerminkan situasi kehendak dan keperluan semasa serta hala tuju masa depan sesebuah negara.

Begitu juga dengan negara China, yang hingga ke saat ini masih lagi berpecah kepada dua bahagian pemerintahan berbeza – iaitu yang diperintah secara demokratik, dan satu lagi adalah yang diperintah secara kuku besi. Negara yang berada di bawah kawalan sepenuhnya kerajaan Republik China meliputi kepulauan Taiwan (Formosa), Penghu (Pescadores), dan pulau-pulau luar pesisir Kinmen (Quemoy) dan Matsu.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Republik China meneruskan prinsip ideologi nasionalisme, demokrasi, dan kesejahteraan sosial yang dipupuk oleh Kuomintang dalam memperjuangkan kebebasan rakyat. Sementara sebuah lagi negara China yang lebih terkenal berada di tanah besar China, negara Republik Rakyat China diperintah oleh Parti Komunis China yang berasal dari ideologi Marxisme sebelum beralih kepada Maoisme.

Parti Komunis China secara jelas menganjurkan pergelutan kelas masyarakat dan kediktatoran proletariat. Mereka memiliki impian untuk menjadi kuasa yang mendominasi dunia. Perteman terakhir di antara kedua-dua parti politik ini masih belum terlaksana. Hasil perebutan kuasa ini jika menjadi realiti nanti hanya ada dua pilihan, sama ada seluruh negara China akan bebas atau pemerintahan diktator akan berterusan. Oleh itu, kajian perbandingan tentang kekuatan kedua-dua parti politik China ini sangat penting.

Pada tahun 1960-an, terdapat beberapa parti politik yang lain seperti Parti China Muda, Parti Sosialis Demokratik, Liga Demokratik, Persatuan Pembinaan Semula Demokrasi China, dan sebagainya.  Parti-parti minoriti ini juga terbahagi kepada dua kem – Parti China Muda dan Parti Sosialis Demokratik memihak kepada idea Nasionalis yang dibawa Kuomintang, manakala Liga Demokratik dan Persatuan Pembinaan Semula Demokrasi China berada di kem Komunis China. Tetapi hanya Parti Kuomintang dan Parti Komunis China sahaja yang menjadi teras perjuangan China. Merekalah yang akan menentukan nasib China kelak.

Kuomintang ditubuhkan pada tahun 1894. Pada struktur awalnya, ia dikenali sebagai Hsing Chung Hui (Xingzhonghui) yang bermaksud Pertubuhan Kebangkitan China dan secara berturut-turut ia dinamakan semula menjadi Ke Ming Tung Meng Hui (Tongmenghui), Kuo Min Tang, dan Chung Hua Kuo Ming Tang (Zhongguo Kuomintang). Nama Zhongguo Kuomintang atau diringkaskan menjadi Kuomintang mula digunakan pada tahun 1919, nama itu bermaksud Parti Nasionalis/Kebangsaan China.

Walaupun Kuomintang mempunyai nama yang berbeza-beza di sepanjang 25 tahun pertamanya, objektifnya tetap sama – membangunkan sebuah negara rakyat, dari rakyat, dan kepada rakyat. Pertubuhan ini adalah di bawah pimpinan Dr. Sun Yat-sen, dan mereka membangun selari dengan falsafah, platform, tenaga kerja, dan keanggotaan parti.

Komunis menekankan semangat kesaksamaan rakyat manakala Kuomintang semangat kebangsaan

Xingzhonghui diasaskan di luar negara iaitu di Hawaii. Tongmenghui pula ditubuhkan dari gabungan Xingzhonghui dan Guangfuhui secara tempatan, namun pembentukan cabang-cabangnya di Singapura memberikan mereka pengaruh dan pengikut domestik di luar negara yang besar selain mendapat sokongan dari rakyat China di tanah besar. Zhongguo Kuomintang juga ditubuhkan di luar negara dan nama Kuomintang digunakan apabila mereka mula beroperasi di tanah besar.

Di sebalik semua perbezaan itu, apa yang pasti mereka semua adalah anggota Parti Kuomintang dan berbangsa Cina Han, tanpa mengira sama ada mereka tinggal di dalam atau di luar negara. Dianggotai oleh pelbagai orang dari pelbagai lapisan masyarakat, Parti Kuomintang menekankan kepentingan nasionalisme China semata-mata dan tidak mahu ada kaitan dengan negara-negara lain atau mana-mana parti politik dari negara asing.

Tetapi keadaan amat berbeza di dalam Parti Komunis China, ideologi Komunisme-Marxisme berasaskan idea yang menentang Kapitalisme oleh golongan proletariat. Tetapi menurut Mao Zedong, China adalah bangsa “separa koloni” dan “komuniti separa feudal” di mana kapitalisme tidak berkembang dengan baik dan tidak ada kelompok proletariat yang cukup besar. Oleh itu, boleh dikatakan hampir tidak ada sebab untuk Parti Komunis China wujud, tetapi, mengapa dan bagaimanakah kumpulan komunis ini mampu mengusir kerajaan nasionalis Kuomintang lalu mengambil alih pemerintahan tanah besar China?

Walau bagaimanapun itu tidak mengubah fakta sejarah bahawa Kuomintang adalah sebuah parti revolusioner nasionalis yang menerima sokongan dari Kesatuan Soviet sebelum munculnya Parti Komunis China. Bahkan, Kuomintang sebenarnya distruktur berdasarkan prinsip Leninisme sentralis demokratik. Namun Kuomintang memandang dasar kesejahteraan rakyat secara keseluruhan, bukan kepada kelas masyarakat tertentu seperti Komunis.

Ideologi Parti Kuomintang turut dipengaruhi dengan serba sedikit pemikiran revolusioner. Chiang Kai-shek menjadikan istilah feudal dan kontra-revousioner sebagai sinonim dengan kezaliman dan ketinggalan zaman, dan dia dengan bangganya mengaku sebagai revolusioner. Chiang menganggap para panglima pe.rang tempatan sebagai feudalis, dan dia menegaskan agar budaya feudalisme dan kontra-revolusioner harus dihapuskan oleh Kuomintang.

Dia sendiri pernah naik angin apabila dia digelar sebagai panglima pe.ra.ng berikutan konotasinya dengan feudalisme yang kian negatif. Ma Bufang terpaksa mempertahankan dia dari tuduhan tersebut, hingga dia terpaksa mengadakan sidang media hanya untuk memberitahu kepada wartawan bahawa tenteranya adalah sebahagian daripada “Tentera Nasional, kekuatan rakyat”.

Chiang Kai-shek sangat membenci ideologi komunisme kerana tindakan Soviet yang sering campur tangan dalam hal ehwal pemerintahan Republik China. Melalui Chen Lifu, anggota CC Clique parti Kuomintang, dia menganggap ideologi komunis sebagai kuasa imperialis moden dari Rusia yang sering mengganggu China, dia bahkan menggelarkan Soviet sebagai “beruang putih Kutub Utara yang terkenal dengan keganasannya”.

Perlembagaan Kuomintang mengekalkan Sun Yat-sen sebagai presiden parti. Selepas kema.tiannya, Kuomintang memilih untuk mengekalkan kedudukan itu dalam perlembagaannya sebagai satu penghormatan buat tokoh revolusi China itu selama-lamanya. Parti Kuomintang sejak itu diketuai oleh seorang ketua pengarah (1927–1975) dan seorang pengerusi (sejak tahun 1975), yang secara rasminya memainkan peranan dan tugas sebagai presiden.

Semasa awal penubuhannya, ideologi komunisme bukan satu keperluan untuk rakyat China memandangkan China telah pun bebas dari cengkaman feudalisme imperial Dinasti Qing selepas Kuomintang melancarkan revolusi dan menubuhkan Republik China pada tahun 1911, maka penubuhan Parti Komunis China adalah tidak relevan pada waktu itu.

Tetapi segalanya bermula dan berpunca dari Kesatuan Soviet di Rusia. Pada tahun 1921, pihak Komintern dari Soviet mengirim perwakilan mereka, Gregori Voitinsky dan G. Maring ke China untuk membantu penubuhan parti politik komunis dan mengawasi kegiatannya. Perlembagaan terawal dengan jelas menyatakan bahawa parti itu adalah wakil kepada Komintern Soviet yang berikrar akan mematuhi deklarasi dan resolusi Komintern.

Dasar dan asas Parti Komunis China hanyalah untuk berperanan dari China sebagai penyokong Soviet di Rusia semata-mata. Secara luaran, ia dilihat sebagai sebuah perwakilan parti tempatan yang bergerak secara antarabangsa (seperti UMNO di Malaysia yang ada Kelab UMNO Luar Negara) dan secara dalaman ia adalah sebuah parti yang menumpukan kelas tertentu.

Dasar dan prinsip kedua-dua parti Kuomintang dan Komunis China adalah amat jauh berbeza. Parti Kuomintang berpegang kepada dasar dan prinsip Dr. Sun Yat-sen. Secara politik, iaitu perjuangan nasionalisme (kebangsaan) dan demokrasi, dari segi ekonomi, ia menyokong peningkatan taraf hidup rakyat, secara ideologi, ia menyokong teori kerjasama secara sosial dan berpendapat bahawa taraf kehidupan rakyat yang baik adalah titik penting kepada kemajuan sosial.

Parti Komunis China diasaskan dengan menanam doktrin Marxisme. Secara politik, ia membawa idea Komunisme antarabangsa dan memiliki visi sistem pemerintahan kediktatoran proletariat,  dari segi ekonomi, ia menyokong konsep ekonomi Komunis-Sosialis yang tidak terbuka, secara ideologi, ia bersifat materialistik dan mempromosikan agenda perjuangan kelas-kelas masyarakat tertentu, terutamanya kelas pekerja dan petani.

Kedua-dua parti memiliki pandangan yang bertentangan mengenai revolusi China. Kuomintang percaya bahawa China memerlukan revolusi nasional untuk menggulingkan pemerintahan Dinasti Qing, menghapuskan pengaruh panglima pera.ng feudal, menentang pemerintahan imperialisme, menubuhkan Republik China, mengatur pemerintahan kerajaan nasionalis, memperkenalkan sistem demokratik, menjalankan program pembaharuan negara, mengehadkan budaya ekonomi kapitalis persendirian menurut undang-undang, dan lain-lain.

Selama 70 tahun yang terakhir, Kuomintang telah berusaha untuk memenuhi objektif ini. Namun, Parti Komunis China berpendapat bahawa China perlu melaksanakan revolusi sosialis kelas pekerja dan petani untuk menggulingkan pemerintah, menubuhkan “Republik Rakyat China”, memperkenalkan kediktatoran proletariat, mengambil alih harta dan tanah persendirian, membina masyarakat berteraskan idea sosialisme, membentuk sistem komune rakyat (perkongsian harta dan tanah tertentu secara bersama dalam satu kelompok masyarakat),  dan lain-lain.

Sejak pemerintahan Kuomintang digulingkan oleh Komunis yang menyebabkan seluruh struktur organisasi, sayap k.etenter.aan, pegawai, ahli dan para penyokong Kuomintang berpindah ke Taiwan pada tahun 1949, di sana, mereka menguatkuasakan kembali Perlembagaan Republik China, melaksanakan pemerintahan tempatan sendiri, menjalankan program reformasi “tanah untuk petani”, menggalakkan perusahaan bebas melalui pasaran terbuka, menjamin kestabilan politik dan kemajuan ekonomi, dan meningkatkan taraf hidup rakyat.

Di tanah besar, pada waktu itu gambarannya jauh berbeza. Di bawah pemerintahan diktator Komunis, para petani telah kehilangan tanah sendiri, tidak ada perusahaan persendirian, hanya birokrasi radikal terhadap kapitalisme yang mengakibatkan kepincangan politik, kemunduran ekonomi, dan penurunan taraf hidup. Jadi, perbezaan ini menjelaskan mengapa kedua-dua parti politik ini tidak mungkin boleh wujud pada tempat dan waktu yang sama.

Republik China dan Republik Rakyat China

Dasar-dasar Parti Kuomintang ditambah selepas kejatuhan mereka di China hingga sekarang iaitu “merebut kembali tanah besar”, manakala dasar Parti Komunis China pula “pembebasan Taiwan”. Namun, tiada siapa yang tahu bilakah kedua-dua pihak ini akan bertembung dalam pe.ran.g penentuan yang terakhir. Hari ini, Republik Rakyat China sedang membangun sebaris dengan kuasa-kuasa besar dunia yang lain, apa rahsia mereka? Perubahan serba sedikit dasar dalam ekonomi dan budaya, dan sudah tentulah sistem pemerintahan diktator autokratik komunis yang kuku besi.

Bagaimanakah Kuomintang dan Komunis mula terlibat dalam .kon.fli dan per.an.g? Kita perlu teliti kembali bermula selepas penubuhan Parti Komunis China pada tahun 1921, ketika itu seorang komisar Soviet bernama Joffee meyakinkan Dr Sun Yat-sen bahawa Kesatuan Soviet tidak berhasrat mahu memperkenalkan Komunisme dan menerapkan sistem gaya Soviet terhadap China. Kuomintang kemudian memberi keizinan kepada ahli-ahli Parti Komunis China untuk turut sama menyertai Parti Kuomintang di atas kapasiti individu.

Pada zahirnya, kedua-dua parti politik ini dilihat menjalinkan hubungan kerjasama dari tahun 1924 hingga 1927. Tetapi sebenarnya, ketegangan mula meningkat lebih serius selepas tahun 1924, yang akhirnya akan memuncak sepenuhnya melalui pertembungan yang lebih terbuka pada tahun 1927.

Sun Yat-sen bersetuju untuk membenarkan Parti Komunis China bergabung dengan Kuomintang dengan harapan dapat menyatukan rakyat China demi menyemp.urnakan objektif Revolusi Nasionalis sekaligus merealisasikan Tiga Prinsip Rakyat.  Sebilangan besar anggota Kuomintang, seperti Feng Tse-yu, konsisten menentang Parti Komunis China kerana menganggap komunis sebagai ancaman terhadap keperluan dan aspirasi China.

Setelah kema.tian Sun Yat-sen pada bulan Mac 1925, semakin ramai anggota Kuomintang menyuarakan penentangan mereka terhadap Komunis. Pada bulan November tahun itu juga, Chang Chi, Chu Cheng, Tsou Lu, Hsieh Chi, dan ramai lagi tokoh-tokoh nasionalis China mengadakan pertemuan di lokasi yang juga merupakan kompleks pemakaman Sun yat-Sen di Pergunungan Barat berhampiran Peiping untuk membincangkan langkah-langkah lanjut dan agenda anti-Komunis.

Setelah bergabung dengan Kuomintang, anggota Parti Komunis China secara diam-diam mengembangkan organisasi mereka sendiri. Agenda mereka adalah untuk memecah belah dan mendominasi kuasa tertinggi Kuomintang dari dalam, namun agenda mereka sedikit demi sedikit akhirnya mula terdedah.

Anggota Kuomintang yang sebelum itu menyokong pakatan Kuomintang dengan Parti Komunis China mula berubah fikiran. Kejadian kapal pe.r.a.ng Chung Shan pada 18-20 Mac 1926, dan resolusi 15 Mei sesi plenari kedua Jawatankuasa Pusat Kuomintang Kedua untuk menstruktur semula parti menjadi gambaran awal penolakan Kuomintang terhadap Komunisme.

Tahun yang sama menyaksikan kemajuan pesat Ekspedisi Utara, yang bermula dari Canton dan mendorong ke utara di lembah Sungai Yangtze. Kekuatan pihak komunis juga semakin berkembang pesat dan menimbulkan ancaman yang serius bagi kerajaan Kuomintang. Tirai pergerakan anti-Komunis secara besar-besan mula tercetus pada 12 April 1927. Setiap anggota Komunis yang berada di dalam barisan parti Kuomintang sama ada tentera, badan-badan politik dan awam diusir dan dib.ant.ai dalam satu proses pemutihan ideologi secara besar-besaran.

Parti Komunis China bertindak balas dengan melancarkan pemberontakan di Nanchang, Canton, dan beberapa pemberontakan kecil di tempat-tempat lain, namun semua pemberontakan berjaya dipatahkan oleh sayap tentera Kuomintang dan tentera kebangsaan kerajaan Republik China. Selepas gagal mengekalkan kedudukannya di bandar-bandar, tentera Komunis melarikan diri ke pinggir bandar. Mereka menstruktur semula pasukan tentera, menjalankan operasi gerila, dan menjarah dan membu.nuh ramai penduduk desa yang tidak memberikan kerjsama.

Pada waktu ini, tentera komunis lebih memainkan peranan sebagai pen.yam.un liar berbanding memainkan peranan sebagai wakil parti politik yang bertanggungjawab. Pengaruh komunis tersebar secara berperingkat di Hubei, Hunan, Anhui, Jiangxi, dan Fujian. Di Jiangxi, Parti Komunis China menubuhkan rejim kete.nter.aan mengikut model militari Soviet. Mereka menggelarkan sayap ketenteraan mereka sebagai Tentera Merah dan melaksanakan kempen yang dikenali sebagai “revolusi tanah air”.

Kerajaan Republik China pada mulanya berjaya dalam ekspedisi punitif ketenteraan. Dalam masa beberapa tahun, pasukan gerila Komunis di berbagai wilayah telah dimusnahkan. Pasukan di Jiangxi akhirnya terpaksa melarikan diri ke barat laut. Pada bulan Oktober 1935, saki baki anggota parti Komunis di Jiangxi tiba di Yan’an di bahagian utara Shaanxi.

Insiden Xi’an

Pada awal tahun 1931, tentera imperialis Jepun telah menc.erobo.h dan menduduki wilayah-wilayah di Timur Laut (Manchuria), lalu menimbulkan ancaman terhadap kedudukan Soviet di sekitar wilayah kejiranan di Siberia. Ancaman Jepun terhadap Soviet hanya boleh disingkirkan sekiranya China bangkit menentang penc.erobo.han Jepun. Pada persidangan dunia ketujuh yang diadakan di Moscow pada bulan Julai 1935, pihak Komintern memutuskan untuk menerapkan dasar “barisan bersatu” .

Mereka membuat keputusan untuk membawa Kuomintang dan Komunis China ke meja gencatan sen agar tentera Parti Komunis China boleh turut serta dalam pe.ran.g menentang penja.ja.han Jepun. Tetapi pada waktu itu tentera Komunis hanya berbaki sekitar 20,000 orang kekuatan di bahagian utara Shaanxi, mereka bukan lagi pasukan tentera yang boleh disandarkan harapan.

Pasukan tentera kerajaan yang ditempatkan di Shaanxi untuk menghapuskan tentera Komunis, secara kebetulan adalah tentera Timur Laut. Merasa tercabar oleh slogan yang dilaungkan tentera Komunis: “Ayuh kita berjuang menuju ke tanah air kita”, tentera Timur Laut menjadi perancang kepada peristiwa Insiden Xi’an dengan sengaja pada bulan Disember 1936. Namun kempen penghapusan Komunis akan berhenti secara tiba-tiba.

Chiang Kai-shek

Pada tahun berikutnya, Empayar Jepun melancarkan pence.robo.han yang terbaru terhadap China. Pertembungan terbesar Sino-Jepun itu meletus pada bulan Julai 1937. Pada bulan Ogos, Perte.mp.uran Shanghai bermula. Pada bulan September, Parti Komunis China mengeluarkan manifesto yang menyatakan bahawa mereka akan membubarkan rejim gaya Soviet di China, membentuk semula tentera Merah, menghentikan “revolusi tanah air”, menyokong pemerintahan kerajaan nasionalis Kuomintang, dan akan berpegang kepada Tiga Prinsip Rakyat yang diasaskan Sun yat-Sen. Mereka mengerahkan anggota Parti Komunis China untuk bergabung dengan Kuomintang di dalam gagasan Barisan Bersatu.

Jelas, pasukan tentera kerajaan tidak mampu menghadapi dua peper.an.gan pada satu masa yang sama, iaitu dengan Jepun secara luaran dan dengan Komunis China secara dalaman. Selain itu, China memerlukan bantuan dari pihak asing dan Kesatuan Soviet adalah antara kerajaan asing yang menawarkan sokongan. Namun, hasil dari pengalaman, kerajaan nasionalis telah mengambil pengajaran masa lalu dan sentiasa bersikap skeptikal terhadap hasrat Komunis mahu mem.era.n.gi Jepun, dan oleh itu, Kuomintang yang telah fobia mula melaksanakan dasar yang menghalang penrkembangan Komunis.

Pemimpin Kuomintang menolak tawaran keanggotaan dalam gagasan Barisan Bersatu oleh Komunis. Pada zahirnya, kedua-dua parti ini kelihatan seperti telah menjalinkan hubungan sekutu sekali lagi, kali ini adalah demi usaha mengusir penja.jah Jepun. Namun pada hakikatnya, tentera Komunis telah merebut peluang itu untuk melancarkan per.ang gerila dan meningkatkan jumlah kekuatan dan wilayah pendudukan Komunis.

Akibat sera.n.gan tanpa henti dari tentera Komunis terhadap tentera kerajaan, kerajaan Republik China bertindak membubarkan Tentera Keempat Komunis Baharu pada tahun 1938. Jelas sekali, hubungan di antara kedua-dua parti ini semakin hari semakin bertambah buruk.

Peralihan Kuasa

Memandangkan China memerlukan sedikit keamanan selepas penat berpe.ra.n.g selama lapan tahun melawan Jepun, kerajaan Kuomintang menjemput Mao Zedong ke Chongqing untuk melakukan rundingan. Amerika Syarikat memandang serius usaha ke arah penyelesaian secara damai, mereka cuba merealisasikan perjanjian gencatan sen.ja.ta di antara pasukan tentera nasional kerajaan Republik China dengan tentera pembebasan rakyat Parti Komunis China.

Walau bagaimanapun, Komunis hanya berminat mahu mengeksploitasi China yang telah penat dan lemah selepas per.a.ng demi merampas kuasa pemerintahan. Mereka menggunakan rundingan damai sebagai helah yang boleh melindungi kegiatan mereka dalam meningkatkan kekuatan pasukan tentera mereka dan memperluaskan wilayah penguasaan mereka secara berperingkat.

Setelah kegagalan rundingan damai, Jeneral George C. Marshal, delegasi khas Amerika Syarikat ke China, bera.ngkat pulang ke Washington untuk menerima jawatan barunya sebagai setiausaha negara pada awal tahun 1947. Amerika Syarikat kemudian menghentikan saluran bantuan dan sokongan kepada kerajaan nasionalis, manakala Kesatuan Soviet di Rusia terus membantu Parti Komunis China.

Tidak lama kemudian, kerajaan nasionalis Republik China yang diperintah oleh Parti Kuomintang berjaya dig.ulin.gkan oleh tentera pembebasan rakyat Parti Komunis China dalam Pera.ng Saudara China. Komunis akhirnya menak.luki tanah besar China dan menubuhkan kerajaan baru yang bernama “Republik Rakyat China” pada tahun 1949.

Pada tahun 1949, bekas pemerintah kerajaan nasionalis, anggota-anggota, para pegawai, sayap ketenteraan, dan para penyokong Kuomintang melarikan diri ke kepulauan Taiwan, sebahagian yang lain melarikan diri ke beberapa buah negara termasuklah ke Malaya.

Bekas pegawai-pegawai Kuomintang inilah yang akan menjadi pelopor kepada penubuhan parti politik warisan Kuomintang di Malaya / Malaysia iaitu Persatuan Cina Malaya/Malaysia atau MCA (Malaysian Chinese Association) yang diasaskan oleh Tun Tan Cheng Lok pada tahun 1949 yang menjadi parti musuh kepada Parti Komunis Malaya yang telah lama ditubuhkan.

Tun Tan Cheng Lok

Di Taiwan pula, saki baki pemimpin Kuomintang yang tiba di sana menganggap kejatuhan itu hanyalah sekadar satu bentuk pengunduran jangka masa panjang, maka mereka memindahkan pusat pemerintahan Republik China ke Taiwan dan terus berfungsi sesuai dengan Perlembagaan yang dikekalkan sejak tahun 1946. Mereka telah menyusun semula struktur angkatan tentera, meningkatkan pengeluaran hasil pertanian dan perindustrian, dan menaiktaraf fasiliti kemudahan pendidikan sebagai sebahagian dari persiapan untuk merebut kembali tanah besar China.

Barisan kepimpinan parti Kuomintang dan kerajaan Republik China diperbaharui secara menyeluruh. Kuomintang telah menjadi parti politik ketenteraan dengan mewujudkan unit militari, sayap-sayap parti serta parti-parti komponen yang kuat. Parti China Muda dan Parti Sosialis Demokratik juga telah melaksanakan reformasi mereka sendiri bagi menghadapi cabaran yang baru.

Bagi memupuk semangat perpaduan di antara seluruh kuasa-kuasa demokratik dalam usaha memer.a.ngi Komunisme, Kuomintang telah berulang kali mengundang Parti China Muda dan Parti Sosialis Demokratik untuk menyertai barisan kabinet kerajaan Republik China. Namun, dek kerana pertikaian dalaman, kedua-dua parti minoriti itu tidak mencalonkan wakil masing-masing. Kedua-dua parti ini tetap meneruskan kerjasama sesama mereka termasuklah dengan pihak kerajaan hanya kerana banyak persamaan dalam sebahagian besar dasar-dasar politik mereka iaitu penentangan terhadap Komunisme dan menuntut kembali tanah besar.

Pernah juga wujud gerakan untuk menubuhkan parti politik lain beberapa tahun selepas mereka memindahkan pusat pemerintahan ke Taiwan, tetapi ia tidak menjadi kenyataan. Rakyat Taiwan yang berminat dalam politik hanya memilih Kuomintang, Parti China Muda, dan Parti Sosialis Demokratik. Keperluan untuk mewujudkan parti baru nampaknya tiada. Pada bulan Jun 1963, Kuomintang memiliki seramai 600,000 keahlian, di mana lebih 20,500 daripadanya adalah rakyat Taiwan sendiri.

Ramai pemerhati politik tertanya-tanya, adakah Kuomintang dan Komunis tidak boleh memeterai perjanjian yang baru dan kembali hidup bersama sebagai sebuah negara sekali lagi.  Kon.fli.k kedua-dua parti itu telah berlangsung selama hampir satu abad dan pertem.puran akhir masih belum berlaku.

Tetapi jalan penyelesaian secara aman seolah-olah bukan salah satu pilihan mereka. Walaupun hari ini Republik China berada di bawah pemerintahan Parti Demokratik Progresif dan bukan lagi Kuomintang, namun kedua-dua kerajaan negara China di tanah besar dan di Taiwan masih tidak menemui sebarang jalan munasabah yang boleh menyatukan mereka.

Kon.fli.k Tanpa Henti

Mengapa Kuomintang masih gagal merebut kembali tanah besar dan mengapa Komunis China belum bertindak menawan Taiwan? Adakah status quo Selat Taiwan masih dikekalkan? Tapi mengapa?

Sebabnya: Walaupun Komunis telah menguasai tanah besar, mereka tidak memiliki alasan yang lebih kukuh untuk melancarkan sera.n.gan yang efektif terhadap Taiwan, walaupun Kuomintang bertekad untuk menuntut balik tanah besar China, mereka belum menemui peluang yang baik untuk melancarkan se.r.a.ngan ketenteraan. Jika difikirkan secara logik, sebesar manakah kekuatan Kuomintang yang masih ada hari ini di saat mereka sendiri hilang kuasa pemerintahan di Taiwan selepas kalah dalam pilihanraya.

Oleh kerana Taiwan memiliki wilayah, populasi, dan jumlah angkatan bersen.jata yang kecil, dan kekurangan sumber daya alam jika dibandingkan dengan tanah besar, timbul persoalan tentang bagaimana Kuomintang boleh menggulingkan rejim Komunis dan menuntut kembali tanah besar. Sebenarnya perjuangan anti-Komunis adalah kon.flik dalaman di mana faktor politik jauh lebih penting daripada kekuatan ketenteraan semata-mata. Setelah tentera Kuomintang menduduki satu atau dua wilayah di daratan, mereka akan dapat memperoleh kembali seluruh China berdasarkan sokongan popular.

Rakyat tanah besar juga menentang rejim Komunis. Sejak diperkenalkan komune rakyat, para petani yang telah kehilangan tanah mereka mula berpaling menentang Komunis. Golongan kelas pekerja juga telah menentang Komunis kerana eksploitasi dan dislokasi industri akibat kegagalan pertanian. Ahli perniagaan yang secara sistematik melarikan diri dari oleh Komunis kerana tidak menyukai rejim tersebut.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Oleh itu, dapat disimpulkan dengan selamat bahawa sebahagian besar penduduk di daratan adalah anti-Komunis, tetapi mereka tiada pilihan berikutan sistem kuku besi yang diamalkan kerajaan. Rakyat mungkin akan bertindak akan bertindak apabila Kuomintang mula campur tangan sekali lagi. Mereka akan bangkit menyokong Kuomintang dan menggulingkan rejim Komunis. Mereka akan menyokong Kuomintang seperti yang mereka lakukan dalam Revolusi 1911, yang menggulingkan Dinasti Qing, dan dalam Ekspedisi Utara 1926-1928, yang meruntuhkan pengaruh para panglima pe.ra.ng.

Namun, tidak semestinya hanya Kuomintang sahaja yang dijadikan sandaran para penduduk tanah besar China. Setelah berpuluh tahun berlalu, tetapi Kuomintang masih tidak melakukan apa-apa, malahan kalah di dalam pilihanraya, kini rakyat tanah besar China mula beralih kepada kuasa-kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat dan Rusia.

RUJUKAN:

Lynch, Michael (2010). The Chinese Civil W.a.r 1945–49. Osprey Publishing.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.