Setelah sekian lama, akhirnya Malaysia berjaya kembali di dalam pentas paling berprestij di Asia.

 

Piala Asia 2023 yang akan membuka tirainya pada 12 Januari nanti menyaksikan Malaysia bakal bertemu Jordan, Bahrain dan Korea Selatan dalam saingan peringkat kumpulan.

 

Ingat tak bila kali terakhir kita bermain di Piala Asia?

 

Piala Asia 2007, kita menjadi tuan rumah bersama Thailand, Vietnam dan Indonesia. Tapi keputusan pasukan kebangsaan sangat tidak memberangsangkan.

 

Tiada apa yang boleh dibanggakan. Harimau Malaya kalah semua perlawanan kumpulan menentang China, Iran dan Uzbekistan dengan bolos sebanyak 12 gol dan hanya menjaringkan 1 gol yang dijaringkan oleh Indra Putra Mahyuddin.

 

Dikala tuan rumah lain dapat juga mencuri kemenangan, kita hanya melopong melihat Harimau Malaya dibaham China 1-5, Uzbekistan 0-5 dan Iran 0-2.

 

Bola sepak Malaysia ketika itu bukanlah berada dalam keadaan yang baik untuk kita bersaing setara dengan gergasi Asia lain.

 

Ianya merupakan impak daripada skandal rasuah yang berlaku pada 1993. Malaysia ambil masa yang sangat panjang untuk pulih semula sehingga berjaya merangkul Piala AFF Suzuki pada 2010 di bawah kendalian K. Rajagobal.

 

Semakin hari, pasukan kebangsaan kita semakin bertambah baik. Namun sekali lagi kita jatuh dengan kekalahan paling besar yang direkodkan sepanjang masa 10-0 ke atas UAE.

 

Sekali lagi Malaysia merangkak-rangkak kembali semula seperti sedia kala di bawah kendalian Tan Cheng Hoe.

 

Kim Pan Gon pula diamanahkan untuk memimpin skuad kebangsaan. Hasilnya, kita berjaya layak semula ke Piala Asia 2023 secara merit selepas kali terakhir pada edisi 1980, 42 tahun yang lalu.

 

Keputusan-keputusan sebelum kejohanan juga amat memberangsangkan. Kita berjaya mengikat China 1-1, menewaskan India 4-2, malah “comeback” setelah ketinggalan 1-3 menjadikan keputusan 4-3 ketika menentang Kyrgyzstan.

 

Dengan barisan pemain sekarang seperti Faisal Halim, Arif Aiman serta pemain-pemain lain pasti kejayaan berjaya kita capai dalam kejohanan ini.

 

Sebagai rakyat Malaysia, jangan lupa tanggungjawab anda menjadi pemain ke-12 menyokong skuad kebangsaan kita.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Korang minat sukan? Korang penyokong tegar Liverpool? Mari sini ada barang baik punya. Dapatkan segera LIVERPOOL MAHKOTA EROPAH:

https://shope.ee/5fPTPWY9UL


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply