Texas sekarang mengalami masalah besar. Walaupun terletak di bahagian Selatan Amerika Syarikat, negeri ini telah dibadai sebuah taufan ais yang bermula pada 10 Februari 2021.
Hari itu saja, pihak polis di Arlington menerima banyak aduan daripada orang ramai. Sebanyak 80 kema.langan kereta berlaku, dipercayai kerana jalan terlalu licin.
Keesokannya, Forth Worth pula dikejutkan dengan kema.langan besar di Interstate 35W yang penuh dengan ais. 133 kereta berselerakan akibat kema.langan itu, hingga pihak NTSB melancarkan satu siasatan untuk mengenal pasti langkah pembendungan dan pencegahan.
Taufan ini berakhir pada 12 Februari 2021, meninggalkan kesan besar hingga 212,000 rumah sekurang-kurangnya kehilangan bekalan elektrik (Wiley & Joy, 2021).
Fort Worth mengisytiharkan perintah didih air, satu perkara biasa (selepas taufan) di sana untuk memastikan air diminum tidak terce.mar.
Dalam masa sehari, taufan ini telah membuatkan seramai 170 juta orang terkesan. Apabila bekalan elektrik terpµtµs, ramai orang menggigit jari. Sudahlah mereka terkesan akibat COVID-19.
Sekarang mereka tidak boleh memanaskan sekeliling, untuk mengharungi taufan salji yang melampau. Dijangka 668,000 rumah di Texas mengalami gangguan elektrik, meninggalkan impak kepada 2.7 juta isi rumah (CBS, 2021).
Terdesak kerana terlalu sejuk, seorang ibu dan anak terbµnµh kerana kerac.unan karbon monoksida, akibat terlalu lama dalam kereta (untuk memanaskan badan).
Keadaan semakin keruh di tempat-tempat perlindungan haiwan (animal sanctuary). Banyak haiwan seperti cimpanzi, lemur dan monyet ma.ti beku (Morawa & Andrew, 2021).
Ditimpa kesusahan, ramai rakyat Texas membuat dakwaan palsu terhadap teknologi kincir angin dan suria. Kononnya dua teknologi itulah menyebabkan Texas tidak mampu menjana elektrik (Farrer, 2021). Dakwaan ini dibuat atas hujah kincir angin telah beku.
Walau bagaimanapun, hujah sedemikian tidak mengambil kira yang loji gas asli juga terpaksa ditutup (Ellis, et al., 2021). Suhu terlalu rendah (di luar jangkaan) telah menghµkµm Texas, yakni negeri paling banyak menjana tenaga.
Alam Sekitar Menundukkan Infrastruktur
Sebuah kedai perabot di Houston mengalu-alukan sesiapa sahaja yang mengalami gangguan bekalan elektrik.
Makanan dan air tersedia juga tetapi tidak banyak untuk semua. Bagi sesiapa yang jauh, mereka terpaksa mencari jalan sendiri. Suhu menjunam memaksa semua buat apa saja.
Seorang gadis 19 tahun cuba tidur dalam troli semasa tunggu giliran (bersama teman lelakinya) masuk pasaraya.
Realiti ini menunjukan bahawa Texas dibadai hingga melutut. Gangguan bekalan elektrik ialah punca segala masalah, apabila rakyat sudah tidak boleh duduk rumah kerana terlalu sejuk.
Ser.angan alam sekitar yang melampau membangkitkan teori perubahan iklim, yang tidak boleh dinafikan. Taufan melampau menunjukkan sistem pencawang elektrik tidak mampu bertahan sejuk.
Dan sistem pencawang ini barangkali tidak diselenggara dengan baik, sama seperti infrastruktur Amerika Syarikat yang lain.
Sudah lama ahli-ahli politik tempatan bersuara tentang hal ini. Antara suara yang paling lantang ialah Bernie Sanders, seorang Senator daripada negeri Vermont.
Beliau sudah lama melihat perubahan iklim sebagai mµsµh utama Amerika Syarikat, yang mesti dibendung melalui pembaharuan infrastruktur (Halsey, 2015).
Sejak pemerintahan Barack Obama lagi, isu infrastruktur sentiasa dimainkan politik. Terlalu banyak dibazirkan bagi membiayai operasi jangka panjang di Afghanistan dan Iraq.
Jika jumlah trillion ini dilaburkan pada infrastruktur negara, tentu sekali masalah sebegini boleh dikurangkan impaknya (atau dielakkan terus).
Dalam menghadapi COVID-19, semua perlu duduk rumah. COVID-19 dikatakan lebih agre.sif semasa musim salji (Fernandez, 2020).
Berdepan dengan situasi genting sebegini, Joe Biden meluluskan permohonan daru.rat bagi pihak Texas. Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan (FEMA) telah diberikan kuasa untuk mengagihkan keperluan penting serta sumber utama bagi meringankan bebanan dihadapi Texas. Dan 75 peratus daripada dana ini akan disalurkan kerajaan persekutuan diketuai Biden.
RUJUKAN:
CBS. (2021, Februari 17). Texas power outages stretch into third day as millions face freezing conditions.
Ellis, R. et al. (2021, Februari 16). Frozen wind turbines, limited gas supplies and rolling blackouts: Behind Texas’ energy woes. CNN.
Farrer, M. (2021, Februari 17). US conservatives falsely blame renewables for Texas storm outages. The Guardian.
Fernandez, S. (2020, Oktober 27). Winter is coming: Here’s what it’ll mean for the spread of COVID-19. World Economic Forum.
Halsey, A. (2015, Januari 27). Bernie Sanders wants to spend $1 trillion on infrastructure. The Washington Post.
Morawa, M., & Andrew, S. (2021, Februari 17). Animals are freezing to (ditapiskan) at this sanctuary in Texas. CNN.
Wiley, E., & Joy, W. (2021, Februari 15). Fort Worth residents cope with no power or water as outages continue amid a boil water order. News Center Maine.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih