Semasa bercinta, memang semuanya manis sebab masing-masing belum mengenali antara satu sama lain.

Setelah berkahwin, barulah semua tahu perangai sebenar pasangan hidup tambah pula apabila sudah direzekikan anak. Hubungan perkahwinan kadangkala berantakan atas sebab-sebab tertentu.

Lafaz nikah dan taklik (entah kenapa ada sampai bertalkin pula) memulakan hubungan baru yang semoga tiada lafaz talak.

Katanya perbalahan ialah perkara biasa dalam perkahwinan. Sebuah kajian dibuat penulis Joseph Grenny mengatakan perbalahan merapatkan hubungan suami isteri (Hill, 2018).

Logik ini ada betul pun sebab ramai saja mendapat anak sembilan bulan selepas bergaduh besar. Tetapi di sebalik pergaduhan-pergaduhan yang diromantiskan, ada pula konflik rumahtangga yang mengganggu psikologi dan ketenteraan jiwa.

Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan kerajaan Muhyiddin Yassin untuk tujuan yang baik iaitu mencegah dan membendung penularan COVID-19. Tetapi semasa tempoh PKP, ramai dalam kalangan isteri kehilangan ketenangan hidup (Bernama, 2020).

Bagi mereka, tempat kerja sahaja zon selamat kerana tiada suami yang kurang ajar.

Banyak perkara berlaku semasa bergaduh. Denyutan jantung menjadi laju. Pernafasan pun begitu juga. Mode defensive ini ialah sistem semulajadi ibaratkan tindak balas diperlukan badan.

Amarah dan kekecewaan menyebabkan t3k4nan yang melemahkan sistem imunisasi badan. Jadi inilah masa senang terkena p3ny4kit seperti demam sebagai contohnya. Kalau tubuh badan sihat sekalipun, hormon str3s ini boleh menyebabkan keletihan. Siapalah suka bergaduh setiap masa?

Dari segi psikologi pula, ramai yang melaporkan insomnia (susah tidur), risau, tidur tidak lena, bangun tidur masih penat, kemurungan dan gangguan pemakanan sampai menyebabkan obesiti. Semua tahu macam-macam p3ny4kit akan datang apabila ada obesiti.

Apa Perlu Buat Semasa Bergaduh?

Walaupun Oprah Winfrey sudah tidak lagi aktif dalam industri hiburan, beliau masih berjasa dalam menangani konflik kekeluargaan.

Dalam laman sesawang miliknya, Oprah mencadangkan “diam” ialah jalan terbaik untuk menenangkan keadaan.

Tiada siapa boleh bergaduh seorang diri (kecuali orang gila). Apabila orang kedua diam, orang pertama tidak mungkin boleh bergaduh. Dan jika tiada pergaduhan berlaku, kedua-dua pihak pun cepat sejuk dan akhirnya boleh berkomunikasi semula.

Hanya dengan komunikasi sahaja boleh selesaikan masalah yang berbangkit seperti kewangan, kesetiaan (mungkin susah) dan keadaan (rumah berselerak misalnya).

Jika punca pergaduhan itu kecil, tentu sekali kedua-duanya boleh mencari “level terms” kerana amarah biasanya menghilangkan pertimbangan. Malah kali ini pun pasangan boleh berbincang lebih rapi:

  • Apa patut buat untuk elak bergaduh?
  • Apa patut buat untuk tenangkan keadaan?
  • Apa patut buat selepas bergaduh untuk selesaikan masalah?

Ketiga-tiga soalan ini boleh dijawab melalui komunikasi sahaja. Kalau ditanya semasa marah, suami mesti cakap isteri itu ini (begitu juga sebaliknya). Padahal kedua-duanya tahu masing-masing sangat berkomited membina rumahtangga.

Pergaduhan suami isteri tidak sama sekali boleh dinormalisasikan. Ia tidak normal, terutamanya jika asyik berulang. Malah perkembangan minda anak-anak pun boleh terjejas jika ibu-bapa asyik bergaduh.

Anak-anak yang sudah dewasa pun boleh terkesan juga. Ketidakstabilan keluarga ialah sesuatu yang ditakuti anak lebih-lebih lagi dalam persekitaran masyarakat bercerai-berai.

Kata-kata nista yang dihamburkan semasa pergaduhan boleh melunturkan imej ibu bapa di mata anak.

Jika berterusan, emosi anak itu sendiri terganggu. Apabila meningkat dewasa pun, anak-anak mungkin menghadapi masalah tingkah-laku dan perhubungan (Morin, 2019). Semuanya berbalik kepada punca kepada segala masalah dalam hal ini: pergaduhan.

RUJUKAN:

Bernama. (2020). MCO seeks spike in domestic vi0l3nce cases.

Hill, A. (2018). Couples who argue together, stay together, research finds. The Guardian – https://www.theguardian.com/lifeandstyle/2018/feb/13/couples-who-argue-together-stay-together-research-finds

Morin, A. (2019). How Parents F1ght1ng Affects a Child’s Mental Health. Very Well Family.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Diploma Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Ranaco Education & Training Institute (RETI). Bidang penulisan sebagai pengisian masa lapang. Minat dalam bidang psikologi pekerjaan dan teknologi bangunan. "Hidup tak pernah adil. Tindak balas kita berbeza." - Azam Abu Bakar, 2019

Comments are closed.