Tragedi Titanic sememangnya memberikan kesan yang mendalam terhadap dunia maritim. Sekiranya tragedi kapal yang menyebabkan ratusan atau ribuan nyawa terkorban, ramai yang akan mengaitkan dengan peristiwa Titanic.

Tapi, pernah tak kita fikir kalau apa jadi dekat Titanic kalau dia tak tenggelam?

Katakanlah pelayaran Titanic dari Southampton berjaya tiba di Pelabuhan 59 New York pada Pagi Rabu 17 April 1912. Sudah pasti pelayaran Titanic kali ini akan mendapat liputan meluas dari akhbar-akhbar. Kapten Smith pula bakal bersara dengan penuh gilang-gemilang apabila Titanic berjaya tiba di New York.

Barangkali, Titanic juga bakal menjuarai Piala Blue Riband, sebuah piala untuk kapal yang terpantas bagi menyeberangi Atlantik. Titanic pula dapat memegang rekod kapal paling besar pernah dicipta sehinggalah rekod itu dipecahkan oleh RMS Imperator pada June 1913.

Ketika pelayaran Titanic berlangsung, Piala Blue Riband dimiliki oleh RMS Mauretania yang telah mempertahankan piala tersebut sejak 1909 lagi.

Gambar lukisan Titanic To Plymouth Harbor oleh Norman Wilkinson. Gambar lukisan ini terletak di dandang api bilik merokok kelas pertama Titanic.

Para penumpang pula tiba ke destinasi masing-masing dan untuk para penumpang kelas ketiga, sudah tentu impian mereka untuk memulakan kehidupan baru di “Dunia Baru”. Mungkin ada di antara mereka bakal menjadi jutawan?

Kejayaan Titanic ke New York sudah tentu membuatkan ramai lagi orang akan menaiki Titanic untuk menyeberangi Atlantik. Oleh itu pad 20 April 1912, Titanic dijadualkan untuk melakukan pelayaran dari New York menuju ke Plymouth.

Iklan pelayaran Titanic dari New York ke Plymouth

Titanic akan terus-menerus melakukan pelayaran transatlantic sehinggalah p3r4ng tercetus pada 1914. Kemungkinan Titanic akan dijadikan sebagai kapal p3r4ng atau kapal hospital sebagaimana “saudara”nya RMS Olympic dijadikan sebagai kapal p3r4ng manakala HMHS Brittanic dijadikan sebagai kapal hospital.

Katakanlah Titanic tidak karam sebagaimana Brittanic yang karam di Perairan Kea pada 1916, Titanic akan bertukar semula sebagai kapal penumpang dan kembali membawa penumpang seperti biasa.

Sistem p3mb4k4ran Titanic mungkin akan diubah suai dari menggunakan arang kepada menggunakan minyak sebagai penggerak. Titanic bakal menjadi pilihan penumpang-penumpang pada menjelang dekad 1920an

M4l4ngya The Great Depression pada 1929 membuatkan Titanic bakal menuju ke zaman kejatuhan. Jumlah penumpang akan mengalami penurunan dan akan menjadi lebih tervk selepas Kerajaan Amerika Syarikat mengumumkan Dasar Anti Imigran menyebabkan tiada lagi penumpang kelas ketiga yang kebanyakanya diisi oleh para imigran.

Syarikat Titanic, White Star Line pula terpaksa gulung tikar dan bergabung dengan pesaingnya, Cunard pada 1934. Kapal-kapal yang besar pula terpaksa dihapuskan untuk menjimatkan kos syarikat.

Sebagaimana Olympic yang akhirnya dihapuskan atas sebab keselamatan dan sudah “terlalu tua” disebabkan banyak kapal baru dibina dengan lebih moden, Titanic juga bakal menerima nasib sedemikian.

Kesimpulannya, mungkin Titanic akan sekadar menjadi kapal biasa dan hanya diketahui di dalam buku-buku sejarah maritim sahaja. Oleh itu, tiada lah filem Titanic, tiada Jack dan Rose dan tiada lukisan di atas sofa dan lain-lain lagi.

Namun, kesemua atas ini hanya lah jangkaan jika Titanic tidak karam. Apa yang pasti, Titanic ini menjadi terkenal disebabkan karamnya kapal ini dan bukan kerana ciri-ciri kapal ini. Sudah takdir Tuhan apabila Titanic menerima nasib sedemikian rupa.

RUJUKAN:

Chirnside M.,(2004), RMS Olympic Titanic’s Sister, The History Press

Chirnside M.,(2012), Olympic*Titanic*Britannic An Illustrated History of The “Olympic” Class Ships, The History Press

McCluskie T., Sharpe M., Marriott L.,(1998), Titanic & Her Sisters Olympic & Britannic, Parkgate Books Ltd

McCutcheon J.&C.,(2014), Titanic & Her Sisters A Postcard History, Amberley Publishing


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Titanic - Politik - Filem Klasik

Comments are closed.