Pernahkah anda terfikir macam mana seseorang individu boleh jadi pelukis, jurutera, ahli anatomi, dan saintis serentak? Dekat sini, nama Leonardo da Vinci pasti tak asing lagi, tetapi tahukah anda betapa luasnya sumbangan beliau kepada dunia hingga hari ini?
Leonardo da Vinci lahir pada tahun 1452 di Itali. Beliau dianggap sebagai seorang “Renaissance Man” terulung kerana kepakaran beliau dalam pelbagai bidang.
Sebagai pelukis, karya seperti Mona Lisa dan The Last Supper bukan sahaja menjadi mahakarya seni, tetapi juga simbol kehalusan dan keindahan estetika yang ada pada tamadun Eropah ketika itu.
Teknik penggunaan cahaya dan bayang (chiaroscuro) dalam lukisannya mempengaruhi generasi pelukis selepasnya. Inimenjadikan beliau salah seorang artis paling penting dalam sejarah seni dunia.
Namun, Leonardo bukan hanya seorang pelukis. Beliau adalah seorang pencipta dan jurutera yang sentiasa melihat jauh ke hadapan. Buku catatan beliau dipenuhi dengan lukisan mesin terbang, kereta kebal, dan jambatan gantung.
Mudah kata, beliau banyak teroka konsep-konsep yang mendahului zamannya. Walaupun banyak daripada ciptaan beliau tidak dapat direalisasikan semasa hayatnya, idea-idea ini menjadi asas kepada banyak inovasi moden.
Dalam bidang sains, Leonardo merupakan antara individu terawal yang mengkaji anatomi manusia secara mendalam. Melalui bedah siasat, beliau menghasilkan lukisan terperinci organ dan otot manusia yang begitu tepat sehingga ia masih dianggap relevan oleh ahli perubatan hari ini.
Usaha beliau bukan sahaja membuka mata dunia tentang tubuh manusia, tetapi juga membuktikan bagaimana seni dan sains boleh bergabung untuk memahami keajaiban ciptaan.
Selain itu, Leonardo juga seorang pemerhati alam yang luar biasa. Kajian beliau terhadap aliran air, pembentukan batu-batuan, dan pola tumbuhan membantu dalam perkembangan awal ilmu geologi dan botani.
Apa kita boleh belajar?
Leonardo da Vinci ajar kita bahawa sifat ingin tahu adalah kunci kepada kemajuan. Dengan mencabar batas pemikiran zaman, beliau berjaya mewariskan legasi yang merentasi pelbagai bidang termasuk seni, sains, dan teknologi. Sampai hari ini, nama Leonardo Da Vinci terus menjadi inspirasi untuk kita belajar dan berkarya.
Bayangkan, jika seorang manusia boleh menyumbang sebanyak ini, apa pula potensi kita?
Tahu tak selain Leonardi Da Vinci, ada ramai lagi tokoh yang pernah mencorak Tamadun Eropah.
Antaranya: Francis Bacon, Galileo Galilei, Lorenzo Valla dan ramai lagi.
Nak kenal dengan mereka?
Anda kena baca KITAB TAMADUN EROPAH! Banyak ilmu pasal tamadun Eropah ada dalam buku ini.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Historofil yang punyai minat untuk berkongsi hasil dapatannya melalui wadah penulisan. Harapannya cuma satu, menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan tamadun anak bangsa menuju sebuah keagungan.

Comments are closed.