Kenal tak Garisan Nazca yang popular di Peru, garisan berupa sosok tubuh dewa-dewi masyarakat tamadun Nazca yang dilukis di kawasan bukit yang berbatu? Jika kenal, tak perlulah saya ulas panjang akan kewujudan Garisan Nazca ini. Artikel ini cuma membahaskan penemuan terbaru oleh ahli arkeologi Peru, tentang Garisan Nazca terbaru berupa kucing besar.
Kumpulan pengurusan konservasi Garisan Nazca itu telah menemui garisan geoglif (kawasan alam sekitar yang mempunyai tulisan/grafiti kuno) berupa kucing besar di sebuah bukit dalam Tapak Arkeologi Nazca-Palpa, selatan Peru.
Menurut ketua kumpulan pengurusan bernama Jhonny Isla, geoglif itu ditemui secara tidak sengaja apabila mereka sedang menaiktaraf pusat lawatan pelancong, tempat yang mampu melihat garisan-garisan Nazca dengan jelas. Tambahan lagi, geoglif kucing itu dilukis oleh orang Palpa dan Nazca sekitar 500 SM dan 500 Masihi.
Geoglif kucing itu dilukis dengan kepala kucing itu mendongak ke puncak bukit, manakala badan dan ekornya memanjang ke bawah sehingga kaki bukit. Ia seluas 37 meter dan ketebalan garisan itu adalah 25.4 cm.
Menteri Kebudayaan Peru berkata bahawa geoglif tersebut hampir tidak kelihatan kerana ia mengalami hakisan tanah yang bakal menghilangan garisan Nazca tersebut. Kumpulan pengurusan konservasi kemudian bersihkan garisan yang terlindung oleh batu-batuan kecil selama seminggu, sehinggalah geoglif kucing terdedah sepenuhnya.
Berdasarkan kajian lanjut berkenaan geoglif kucing itu, dipercayai bahawa geoglif itu dilukis pada 200-300 SM. Ini menunjukkan bahawa tamadun Palpa iaitu tamadun terawal sebelum Nazca yang melukis geoglif kucing, menjadikan berkemungkinan besar tamadun Palpa adalah tamadun pertama mengamalkan tradisi geoglif ini.
Kucing dan tamadun Palpa sebenarnya mempunyai hubungan yang kuat. Buktinya adalah seramik dan kain tektil Palpa yang ditemui ahli arkeologi mempunyai corak kucing. Ini menguatkan hujah bahawa geoglif kucing adalah milik orang Palpa. Orang Nazca kemudian mengambil budaya Palpa kemudian meneruskan tradisi geoglif, sehinggalah lahirnya geoglif dewa-dewi Nazca bertaburan.
Berabad lamanya orang Palpa dan Nazca melukis geoglif untuk tujuan keagamaan dan penyembahan. Banyak geoglif-geoglif melambangkan setiap kumpulan penyembah dewa atau dewi mereka masing-masing. Terdapat juga pendapat pakar bahawa geoglif Nazca sebenarnya penunjuk arah ke kawasan perairan. Ada juga pendapat segelintir bahawa geoglif ini adalah kerja makhluk asing di angkasa.
Jhonny Islas berkata bahawa terdapat banyak lagi geoglif yang tersembunyi selain geoglif kucing yang mereka jumpa. Terbaru, sekumpulan penyelidik Jepun dari Universiti Yamagata menemui beratus-ratus geoglif Nazca. Penemuan ini pasti menarik lebih banyak pelancong untuk menyaksikan kepopulariti Garisan Nazca namun penyelidik harus peka akan hakisan tanah yang bakal ‘pupuskan’ Garisan Nazca pada masa hadapan.
RUJUKAN:
Wehlan, E. (17 October 2020). Giant Cat Geoglyph Found Near the Mysterious Nazca Lines. Ancient Origins. Retrieved from 31 October 2020. https://www.ancient-origins.net/news…/cat-geoglyph-0014413
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih