Bagi yang mengikuti siri digital British Netflix The Crown, pasti maklum siri tersebut kini memasuki musim keempat. Dan antara kisah yang paling dinantikan ialah kisah mendiang Puteri Diana dengan watak kerabat diraja British itu dipegang oleh pendatang baru Emma Corrin. Tetapi dengan pelbagai kontroversi yang menyelubungi cerita ini, penulis tertanya-tanya bagaimana produksi diketuai penulis Peter Morgan mengendalikan satu aspek kisah ini: kem-ala-ngan di Paris 1997.
Setahun sebelum kem-ala-ngan, Diana dan suaminya ketika itu, Putera Charles mengambil keputusan untuk berpisah selepas merasakan kedua-duanya tidak lagi sehaluan. Ia dianggap kemuncak kepada segala isu rumahtangga yang melanda mereka ketika itu termasuk hubungan sulit baginda dengan kekasih lamanya, Camilla Parker Bowles.
Sejak itu, Diana mengambil keputusan mendedikasikan hidupnya kepada kerja-kerja kebajikan dalam banyak isu seperti pembersihan periuk api di negara bekas per-ang, kesedaran peny-akit AIDS/HIV dan peny-akit kusta. Pada ketika itu juga, baginda dikaitkan dengan beberapa orang lelaki seperti Dr Hasnat Khan, Bryan Adams dan Emad ‘Dodi’ al-Fayed.
Pada 30 Ogos 1997, Diana dan Dodi tiba di Paris selepas menghabiskan masa bersama selama 10 hari di French Riviera. Mereka kemudian makan malam bersama di sebuah salon persendirian di Hotel Ritz Paris. Selain memiliki kelab Fulham FC pada musim panas 1997, Mohamed juga merupakan pemilik hotel berkenaan dan gedung beli belah Harrods di London.
Beberapa minit selepas tengah malam 31 Ogos 1997, kedua-duanya menaiki kereta Mercedes Benz yang dipandu pemandu Henri Paul. Besar kemungkinan mereka ingin pergi ke estet peribadi milik Dodi di Paris. Walaupun had kelajuan yang dibenarkan ialah 30 batu sejam, entah apa sebabnya Paul mengambil keputusan memandu sekitar 70 batu semasa memasuki terowong Pont de l’Alma.
Mengikut keterangan saksi, pemandu itu gagal mengawal kereta sebelum berlanggar pada sebuah tiang di tengah-tengah lebuh raya. Paul dan Dodi diisytiharkan ma-ti di tempat kejadian sementara Diana yang masih bersabung nyawa dibawa ke Hospital Pitie-Salpetriere. Bagaimanapun, usaha para doktor menyelamatkan kerabat diraja England itu gagal dan baginda diisytiharkan mangkat pada jam 4.53 pagi kerana pendar-ahan dalaman.
Pada tahun 2019, pakar patologi forensik terkemuka British Dr Richard Shepherd mendedahkan punca sebenar kemat-ian Puteri Diana. Dalam laporannya, beliau mendapati wujud satu luka kecil pada vena paru-parunya. Beliau menambah, “Keced-eraan yang dialaminya sangat spesifik, jarang saya lihat dalam karier saya bahawa saya tak percaya akan melihat keced-eraan sebegitu rupa.
Beliau percaya Diana boleh terselamat dalam kemal-angan itu dengan syarat baginda memakai tali pinggang keledar. Jika baginda memakainya semasa kemal-angan berlaku, baginda hanya akan mengalami kecederaan ringan. Satu-satunya mangsa yang terselamat dalam kemal-angan tersebut ialah pegawal peribadi Diana, Trevor Rees-Jones dan semasa kejadian, dia masih memakai tali pinggang keledar.
Jadi, apa sebenarnya punca kemal-angan? Menurut pihak berkuasa Perancis, Paul dikatakan berada dalam keadaan mabuk dan tidak sepatutnya memandu pada malam itu. Pada masa sama, saksi mendedahkan pemandu itu memandu laju selepas kereta mereka diekori rapat oleh kumpulan paparazi yang menaiki kereta atau motosikal. Kumpulan jurukamera ini berharap dapat menangkap gambar Diana dan Dodi bersama.
Sebagai respon kepada kemal-angan tersebut, tujuh jurugambar Perancis ditahan dan disoal siasat. Mereka kemudiannya didakwa di mahkamah atas dakwaan pemat-ian orang tetapi disabitkan tidak bersalah oleh hakim. Tetapi tiga daripada mereka didapati bersalah kerana menceroboh privasi dan dikenakan denda simbolik €1.
Walaupun ia sudah dinyatakan sebagai kemal-angan jalan raya biasa, masih ramai yang menolak teori tersebut dan mendakwa baginda dan Dodi sebenarnya dibu-nuh. Teori ini terus dipegang oleh Mohamed sehingga hari ini walaupun siasatan yang dijalankan selepas itu membuktikan sebaliknya.
Teori turut disokong dengan penerbitan nota baginda yang dibuat oleh butlernya pada tahun 2003. Nota tersebut dikatakan ditulis tidak lama selepas Diana bercerai dengan Charles. Dalam nota tersebut, baginda merasa bimbang dengan status keselamatannya dan merasakan wujud plot pembu-nuhan terhadapnya bagi membolehkan bekas suaminya itu berkahwin semula.
Pada tahun 2004, satu siasatan dijalankan oleh Polis Metropolitan Britain dijalankan bagi menyiasat semua teori konspirasi yang menyelubungi kemal-angan berkenaan. Siasatan yang dikenali sebagai Operasi Paget itu melihat punca kemat-ian baginda ialah kemalangan jalan raya biasa, bukannya konspirasi jen-ayah seperti didakwa Mohamed.
Kesimpulan sama turut dibuat pihak berkuasa Perancis selepas melihat setiap aspek kemal-angan termasuk kemungkinan konspirasi jena-yah. Siasatan pihak persendirian terhadap kemal-angan ini turut membawa kepada kesimpulan sama seperti dilakukan oleh Martyn Gregory.
Semasa kemal-angan itu berlaku, dua putera kesayangan Diana iaitu Putera William dan Putera Harry sedang bercuti di Istana Balmoral, Scotland. Ketika itu, kedua-duanya berusia 15 dan 12 tahun. Dan seperti dijangka, berita kemat-ian bonda kesayangan mereka itu memberi kesan mendalam terhadap mereka seperti didedahkan oleh William dan Harry dalam beberapa siri temubual mereka.
Dalam satu temubual, William mendedahkan nenda mereka, Ratu Elizabeth II berusaha melindungi mereka daripada menjadi buruan media tabloid. Ini membolehkan mereka sekeluarga termasuk ayahanda mereka, Charles dapat berkabung tanpa perlu bimbang privasi mereka diganggu.
“Pada ketika itu, tiada telefon bimbit atau benda sepertinya, jadi anda tidak akan mendapat berita dan syukurlah pada waktu itu, sejujurnya, kami ada privasi untuk berkabung, mengumpul fikiran kami dan ruang daripada semua orang,” ujar baginda dalam dokumentari khas BBC pada tahun 2017. Dan sejak beberapa tahun ini, dua bersaudara itu mula membuka mulut tentang kehilangan besar yang dialami mereka.
Dalam satu program kebajikan kesihatan mental pada tahun 2016, Harry bertitah, “Beta menyesal tidak pernah bercakap tentang perkara ini. Untuk 28 tahun pertama dalam kehidupan beta, beta tidak pernah menyebutnya. Tiada masalah untuk menempuhnya tetapi selagi mana anda mahu bercakap tentangnya. Ini bukan kelemahan. Kelemahan ialah mempunyai masalah tetapi tidak mahu mengakuinya dan tidak mahu menyelesaikannya.”
Yang pasti, kelewatan Elizabeth II berucap kepada seluruh negara mengakibatkan kerabat diraja Britain dituduh sebagai tidak sensitif dan gagal mempamerkan kepimpinan diperlukan semasa krisis. Baginda mengambil masa lima hari sebelum berucap kepada seluruh rakyat negara itu.
Pembantu baginda, Mary Francis terkejut dengan perbezaan reaksi dunia terhadap kemangkatan Diana dengan sikap mendiamkan diri yang diambil kerabat diraja Britain. Dalam satu temubual bersama Newsweek pada 2017, beliau berkata, “Ini merupakan sebuah keluarga yang terkesan dengan tragedi peribadi terutama membabitkan cucu-cucu baginda dan itu merupakan reaksi pertama.
“Tetapi pada masa sama, saya fikir kerabat diraja lambat mengenali keperluan untuk tampil ke hadapan untuk mengisi peranan mereka di khalayak awam dengan menunjukkan kepimpinan diperlukan kepada negara yang masih bersedih dengan pemergian puteri kesayangan mereka itu.” Pada 9 September 1997, baginda tampil di kaca televisyen sejak Per-ang Teluk dan memuji keperibadian Diana terutama kasih sayangnya terhadap dua puteranya itu.
Sehari sebelumnya, majlis pemakaman baginda diadakan dengan upacara tersebut disiarkan secara langsung di kaca televisyen. Majlis pemakaman baginda menarik 2.5 bilion penonton, lebih daripada 750 juta orang yang menonton hari bahagianya bersama Charles. Namun begitu, satu imej kontroversi daripada upacara tersebut ialah apabila dua puteranya yang masih kecil itu berjalan bersebelahan kerandanya dari Istana Buckingham ke Katedral Westminster.
Dalam satu temubual bersama Newsweek pada 2017, Harry masih teringat perasaan berjalan di samping keranda bonda tercintanya itu. “Bonda beta telah tiada dan beta perlu berjalan jauh di belakang kerandanya, dikelilingi ribuan orang yang melihat dengan jutaan lagi melihat di televisyen. Beta tidak fikir mana-mana kanak-kanak patut melakukannya dalam apa jua keadaan sekalipun. Beta fikir ia tidak akan berlaku hari ini,” ujarnya.
William turut berkongsi sentimen sama dengan adindanya itu dalam dokumentari BBC bertajuk Diana, 7 Days dengan menambah, “Itu merupakan perkara paling sukar beta pernah lakukan, perjalanan itu. Beta merasakan seperti bonda kami berjalan bersama kami untuk membantu kami mengharunginya.”
Perhatian media yang keterlaluan terhadap Diana termasuk pada hari pemakamannya mengundang rasa tidak puas hati adindanya, Earl Spencer Kesembilan, Charles Spencer. Pada tahun 2007, beliau merasakan kekandanya itu diperlakukan seperti haiwan eksotik dan menyifatkan Diana sebagai orang yang paling teruk diburu dalam era moden.
Dalam kalangan 2.5 bilion penonton yang menonton upacara pemakaman, salah seorang daripadanya kemudian menjadi isteri Harry iaitu Meghan Markle. Semasa peristiwa itu, Markle baru saja berusia 16 tahun dan seperti penonton lain, turut menitiskan air mata bersama rakan-rakannya bila melihat upacara tersebut.
Dan seperti Diana, baginda juga menjadi buruan media tabloid dan paparazi sehingga ke satu tahap menceroboh privasi mereka. Atas sebab inilah, pasangan ini kemudiannya menyaman beberapa akhbar tabloid British kerana tidak tahan dengan gangguan mereka. Dan penulis tidak terkejut sekiranya gangguan sebegini berterusan, media akan sekali lagi dipersalahkan sekiranya tragedi diraja tercetus angkara kegilaan mereka mengejar berita picisan!
RUJUKAN:
Nicolau, E. (2020). The Details of Princess Diana’s De-ath—and the Royal Family’s Response. The Oprah Magazine.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih