Sementara negara-negara ASEAN sibuk dengan COVID-19, China mengorak langkah terbaru bagi mengukuhkan penguasaan ke atas LCS.
Pada 6 April, sebuah kapal nelayan Vietnam dikatakan ditenggelamkan oleh kapal Pengawal Pantai China (Chinese Coast Guard / CCG).
Minggu seterusnya, kapal West Capella sewaan Petronas Malaysia pula diganggu oleh kapal hidrografi China bernama Haiyang Dizhi 8 yang diiringi oleh kapal CCG.
Kemudian pada 18 April, China secara rasmi mewujudkan Daerah Xisha & Daerah Nansha di bawah pentadbiran Wilayah Hainan.
Xisha & Nansha adalah nama China bagi Kepulauan Paracel & Kepulauan Spratly, 2 kumpulan pulau & terumbu karang utama di LCS.
Kemudian pada 18 April, China secara rasmi mewujudkan Daerah Xisha & Daerah Nansha di bawah pentadbiran Wilayah Hainan.
Xisha & Nansha adalah nama China bagi Kepulauan Paracel & Kepulauan Spratly, 2 kumpulan pulau & terumbu karang utama di LCS.
Selain China, Vietnam, Filipina, Brunei juga tuntut sebahagian daripada Spratly. Dan tuntutan negara2 ni saling bertindih.
Vietnam tuntut seluruh Paracel (orang Vietnam panggil Hoang Sa) dan sebahagian Spratly (Trường Sa). Vietnam pernah berp3rang dengan China pada tahun 1974 & 1988. Dua2 kalah dan China merampas sebahagian besar Paracel.
Filipina tuntut sebahagian Spratly (Filipina panggil Kalayaan) & Terumbu Scarborough yang dikuasai oleh China.
Malaysia tuntut bahagian Spratly yang berada dalam zon ekonomi ekslusif (explain di bawah). Malaysia kuasai 5 terumbu: Peninjau, Siput, Mantanani, UBi & Layang-Layang.
Pulau Amboyna Cay & Terumbu Barque Canada Reef) dikuasai Vietnam manakala Terumbu Rizal dikuasai Filipina.
Brunei hanya tuntut satu terumbu je di Spratly iaitu Terumbu Semarang Barat Kecil (Louisa Reef). Dan Brunei tidak menguasai mana-mana pulau atau terembu.
So LCS ni siapa punya?
Untuk memahami status LCS, kena bezakan hak milik ke atas kawasan laut & hak milik ke atas tanah (pulau, terumbu).
Untuk menentukan hak milik kawasan laut, kebanyakan negara ikut UN Convention on the Law of the Sea (UNCLOS) tahun 1982.
Bawah UNCLOS, kawasan 12 batu nautika (nm) bersamaan 22km dari garis pangkal (baseline) pantai adalah “territorial sea” negara di mana negara ada hak mutlak atasnya, boleh larang kapal asing masuk.
Manakala 200nm (370km) dari baseline adalah zon ekonomi esklusif negara (EEZ).
Negara ada hak milik eksklusif ke atas sumber di bawah laut dan dasar laut EEZ, tetapi tidak ke atas permukaan air.
200nm tu maksima, tak semestinya negara kena tuntut habis. Negara boleh claim lebih dari 200 nm kalau pelantar benua (continental shelf) negara melebihi 200 nm.
Prinsip ni juga terpakai kepada pulau. Mana2 negara yang menguasai sesebuah pulau juga akan dapat territorial waters & EEZ.
Kalau terumbu, negara hanya boleh dapat territorial waters tapi tidak EEZ.
Ini adalah sempadan laut di LCS kalau ikut prinsip EEZ. Boleh nampak Vietnam & China dah over-claim.
Sebab itu Vietnam & China tuntut pulau2 & terumbu2 di LCS sebab ia akan menambahkan kawasan laut negara.
Malaysia, Brunei & Filipina hanya tuntut pulau & terumbu yang berada dalam lingkungan EEZ negara, patuh undang-undang antarabangsa.
Nak tuntut pulau-pulau & terumbu-terumbu di luar EEZ, Vietnam & China perlu buktikan mereka mempunyai kedaulatan (sovereignty) ke atas apa yang mereka tuntut. Macam dalam kes Batu Puteh, kena tunjuk ada perjanjian yang mengakui kedaulatan mereka.
China sekadar guna alasan sejarah “dari dulu-dulu lagi pulau2 ni dah jadi milik kita” & alasan tersebut telah ditolak oleh Tribunal Timbang Tara LCS pada tahun 2016.
Tapi China peduli apa, malah terus membina pangkalan ketenteraan di pulau2 & terumbu2, membuat latihan ketenteraan & kacau kapal-kapal negara penuntut lain untuk mengukuhkan penguasaannya ke atas LCS.
Kenapa China obses sangat dengan LCS?
Ada yang kata sebab sumber minyak & gas yang ada di dasar laut China, dan juga sumber perikanan.
Tapi faktor yang lebih mendesak ialah geopolitik & keselamatan.
Ada yang kata sebab sumber minyak & gas yang ada di dasar laut China, dan juga sumber perikanan.
Tapi faktor yang lebih mendesak ialah geopolitik & keselamatan.
Dalam pemikiran China, pulau-pulau sebelah timurnya (Jepun, Taiwan & Filipina) membentuk satu rantaian pulau (island chain) yang dikenali sebagai First Island Chain. Apabila island chain dikuasai musuh, China berada dalam bahaya.
Hanya dengan menguasai LCS China akan selamat.
Secara teori, negara-negara kecil patut bekerjasama untuk menghalang China membolot seluruh LCS, negara-negara ASEAN kena bersatu.
Tapi bagi negara-negara yang terlibat dalam tuntutan seperti Thailand, Laos & Cambodia, diorang tak suka bincang isu LCS demi memelihara hubungan baik dengan China.
Untuk mempertahankan tuntutannya, Vietnam berbaik-baik dengan US walaupun US pernah menceroboh Vietnam semasa P3rang Vietnam 1964-1973.
Sebab itu apabila China jadi agresif baru-baru ni, US turut kerah kapal p3rangnya untuk deter China dan sebagai isyarat sokongan kepada Vietnam.
Filipina di zaman Aquino mengamalkan dasar pro-US dalam isu LCS, tapi Duterte memilih untuk berbaik-baik dengan China.
Brunei punya tuntutan terhad, dan Brunei pun tak mau bergaduh dengan China sebab bergantung kepada pelaburan China untuk menjayakan Wawasan 2035. Jadi Brunei banyak berdiam diri dalam isu LCS.
Indonesia tak terlibat dengan tuntutan di Paracel atau Spratly, cuma kekadang China langgar masuk kawasan perairan Indonesia sebelah Natuna macam awal tahun ni. Indonesia akan protes demi hak dia, tapi basically tak ambil port isu Laut China Selatan
Apa yang Malaysia patut buat untuk mempertahankan haknya?
Netizen Malaysia kan bijak pandai belaka, cuba fikir apa solusi terbaik kepada Malaysia dalam isu ni.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih