Isu pertahanan negara sudah lama berbunyi. Malah semasa pemerintahan Najib Razak lagi, ramai pengkaji dan peneliti telahpun bersuara. Hampir empat tahun berlalu sejak pentadbiran Najib berakhir.

Dan imej pertahanan dilihat tercαlαr teruk sejak kebelakangan ini. Pertama sekali, kena tegaskan yang artikel ini tidak sentuh pasal trαgεdi Hawk 108. Memang ada yang cakap pasal “jet lama”. Tetapi tengok luar negara pun tiada beza.

Boleh dapatkan buku terbaru The Patriots di webstore kami: https://bit.ly/pratempahktmktr

Ada saja kes kemαlαηgαη melibatkan F-35 milik Amerika Syarikat, Jepun dan United Kingdom. Kes UK baru berlaku, semasa jet berlepas daripada kapal pengangkut HMS Queen Elizabeth (Lendon, 2021).

Contoh F-35 yang diperkenalkan tahun 2015.

Topik sekarang bukan pasal Hawk 108. Sebaliknya ada satu isu lebih serius. Semua kenal Central Intelligence Agency (CIA) yang disebut-sebut dalam filem dan permainan video. Malaysia ada versi CIA tersendiri, yang dipanggil Malaysian External Intelligence Organisation (MEIO).

Senang cakap, pihak MEIO bekerjasama dengan jabatan lain seperti Majlis Keselamatan Negara dan Special Branch antaranya. Pihak MEIO juga bantu mengekang αηcαmαη Islamic State semasa pemerintahan Abu Bakr al-Baghdadi (Ahmad, 2018).

Baru-baru ini pihak Transparency International ada buat penarafan bab keselamatan antarabangsa menggunakan tanda aras kewangan, operasi, anggota, politik dan pemilikan. Dalam senarai ini, 55 buah negara mendapat markah teruk.

Salah satu adalah Malaysia, yakni melibatkan semua jabatan pertahanan termasuK MEIO. Agak mengejutkan – walaupun aktif, Malaysia mendapat markah “D”.

Penting sangatkah penarafan ini? Penting. Kerana kajian Transparency International menyentuh bab amalan dalam institusi pertahanan dan keselamatan.

Dan Malaysia didapati 1) tiris dari segi belanjawan, 2) tidak kompetitif dalam bab pemilikan aset, 3) tiada/kurang pentadbir bebas dan 4) tiada/kurang data yang telus (Murugiah, 2021).

Jadi markah keseluruhan untuk Malaysia hanyalah 45 sahaja, setanding negara-negara bergolak lain seperti Kenya, Uganda dan Ukraine.

Perubahan Demi Keselamatan

Penarafan Transparency International mesti dipandang serius. Kena ada perubahan pantas demi keselamatan negara. Satu-satunya garisan halus adalah, Rusia juga mendapat markah D.

Tetapi ada satu perbezaan jelas antara Malaysia dan Rusia: punca mendapat markah D. Rusia ada puncanya. Malaysia pun didapati angkara tangan-tangan politik. Kena faham itu dulu.

Malaysia mendapat markah teruk kerana campur tangan politik yang berlaku semasa pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (Ahmad, 2021). Dr Mahathir Mohamad mempunyai persepsi buruk terhadap MEIO, dikontekskan sebagai pengintip rakyat yang tiada kegunaan meskipun cerdas (Abas, et al., 2018).

Mahathir juga berkata bahawa MEIO tidak wujud sepanjang 22 tahun ketika pemerintahan pertama beliau. Kenyataan ini bercanggah dengan kenyataan Kolonel Mohd Sakri Hussin, bahawa MEIO sudah wujud selepas merdeka lagi (Berita Harian, 2018).

Satu pihak cakap ini; satu pihak cakap itu. Hasilnya? Laporan Transparency International. Apabila pucuk berseteru, bawahan pun tarik tali. Dan tempiasnya melibatkan keselamatan negara. Bab keselamatan memang subjektif.

Kalau tiada apa berlaku, alhamdulillah.

Tetapi bayangkan jika ada benda berlaku… Itu harus difikirkan. Memandangkan nama Pakatan Harapan diheret, banyak benda kena pertimbang balik.

Ini adalah kerana Pakatan Harapan mempunyai sokongan kuat dalam kalangan rakyat Malaysia. Sebagai alternatif pada kerajaan sedia ada, pembangkang tidak harus mengambil sikap acuh tak acuh.

Perubahan memang penting… tetapi kalau perubahan mengundang αηcαmαη terhadap negara, apa gunanya? Sebuah kerajaan yang tidak memelihara keselamatan negara tiada hak untuk berbicara tentang amanah. Dan kerajaan tanpa amanah adalah bαrαh dalam pentadbiran.

RUJUKAN:

Abas, A., et al. (2018, Mei 23). MEIO taka da sepanjang 22 tahun jadi PM – Tun M. Berita Harian.

Ahmad, R. (2018, Julai 31). Lawyer: Malaysian spy agency employs over 1,000 personnel worldwide. The Star.

Ahmad, A. (2021, November 17). Perisikan Malaysia dapat markah sifar. Utusan.

Berita Harian. (2018, September 17). Kejayaan, peranan MEIO dirahsiakan.

Lendon, B. (2021, November 18). British F-35 (ditapiskan) jet (ditapiskan) while flying off aircraft carrier HMS Queen Elizabeth. CNN.

Murugiah, S. (2021, November 16). Transparency International urges Putrajaya to tackle (ditapiskan) in defence sector. The Edge Markets.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.