Kita dah biasa dengar pasal pelarian Rohingya datang naik bot keluar dari tempat diorang. Sampaikan berita paling baru Acheh halau 3 bot berjumlah 500 orang Rohingya ni pulang ke tempat asal diorang.
Tapi kalini kita tengok pada konteks Kemboja. Apa yang buat diorang lari sebenarnya?
Nuon Chea dan Khieu Samphan merupakan pemimpin Khmer Rogue dipenjarakan seumur hidup atas kesalahan kemanusiaan yang diorang buat ketika dibawah Pol Pot.
Dibawah rejim komunisme diorang ni, lebih daripada dua juta rakyat mati akibat pembunuhan, terlebih kerja dan kelaparan.
Rejim ni bangkit rampas kuasa Kemboja selepas lapan tahun Perang Saudara.
Maka tertubuhlah Kemboja Demokratik (Khmer Rouge). Dan beberapa hari lepas tu mulalah kerahan diorang agar rakyat di Phnom Penh dan bandar-bandar lain memulakan pekerjaan pertanian.
Dasar-dasar pembaharuan komunisme dimulakan dengan penghapusan wang, pasaran terbuka, persekolahan normal, hartanah milik sendiri, gaya pakaian asing, dan agama.
Rumah-rumah ibadat ditutup dan ditukarkan untuk kegunaan lain.
Hiburan-hiburan yang ada hanyalah pro-revolusi sahaja. Aktiviti-aktiviti lain semuanya terhad. Pakaian hitam (pakaian revolusi) jadi asas kepada masyarakat.
Rakyat terpaksa hidup dengan kesengsaraan kuku besi. Sampaikan diorang boleh dituduh sebagai musuh jika tiga orang berkumpul. Hubungan kekeluargaan pun disekat.
Beribu-ribu anggota dan pegawai ketenteraan, termasuk juga pekerja kerajaan dibunuh hanya kerana diorang “tak suci”.
Pembunuhan beramai-ramai ni membabitkan rakyat minoriti kaum Cham, Vietnam dan Cina. Ahli-ahli parti sendiri pun dihukum juga. Ramai ditahan dalam penjara, dianiayai dan akhirnya dibunuh.
14,000 orang dipenjarakan di S-21 (penjara Kemboja). Hanya 12 sahaja yang dikeluarkan.
Dibawah Rancangan Negara 1976, rakyat Kemboja dituntut hasilkan tiga tan beras bagi setiap hektar.
Penuaian perlu dibuat setiap bulan untuk capai kuota dan rejim Khmer paksa rakyat kerja lebih daripada 12 jam sehari tanpa rehat atau makanan yang cukup, jentera dan kemudahan yang sesuai.
Akhirnya, Rejim Khmer berakhir apabila diorang berperang dengan Vietnam.
Hubungan diorang retak setelah jatuhnya Saigon, diorang serang kepulauan Phu Quoc dan Tho Chau.
Vietnam balas serangan sehinggalah Phnom Penh dirampas dan pemimpin-pemimpin Khmer larikan diri ke Thailand dengan bantuan China dan Thailand.
Pentadbiran baru Phnom Penh raih sokongan ramai dibawah nama Republik Rakyat Kampuchea (PRK). Ekonomi berjaya dikembalikan, dan Rejim Khmer mula diperangi sebagai pemberontak.
Oleh: Azizul Farhan
___
Tak lama lagi, Pesta Buku Antarabangsa Selangor akan berlangsung pada 1 hingga 10 Disember ini! Set masa anda untuk memeriahkan pesta buku ini!
Pesta Buku Antarabangsa Selangor akan diadakan di Pusat Konvensyen MBSA dan kami akan berada di reruai H37 dan N19.
Jangan lupa kunjungi reruai kami!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih