Tiada siapa sangka yang Will Smith akan bangun meηαmpαr Chris Rock. Gurauan pentas kalau di Dunia Hollywood memang perkara biasa. Justin Bieber sendiri pernah cakap Ludacris kelihatan macam Mr. Potato dalam Toy Story. Dan jujurnya Will Smith pun banyak kali buat gurauan kasar.

Entah apa yang berlaku sampai beliau trigger betul-betul – dan spekulasi mengatakan itu adalah dorongan tox.ic masculinity iaitu ingin tunjuk kejantanan pada dasar yang membαhαyαkan orang keliling.

Apa-apa pun, bab ini tidak penting. Sebab tujuan artikel ini adalah untuk menerangi pelita kesedaran tentang isi jenaka Chris Rock: “Jada, I love ya’. G.I. Jane 2, can’t wait to see it.” (Tak sabar nak tengok G.I. Jane 2).

Sebenarnya Jada Smith tidak berlakon pun dalam filem G.I. Jane 2. Malah filem ini tidak wujud, kononnya sekuel G.I. Jane yang gagal di pawagam pada tahun 1997.

Dalam filem G.I. Jane, Demi Moore berlakon dengan Viggo Mortensen. Moore dalam filem itu perlu mencukur kepala sampai botak licin. Jadi isi jenaka Chris Rock ada pada “botak licin”.

Beli buku terbaru Patriots di Shopee berkenaan perjuangan Komando 69 Melawan Komunis: http://bit.ly/PertempuranDiHutanShopee

Isu Kesihatan Yang Agak Sensitif

Jada Smith tidak pilih untuk jadi botak. Beliau sebenarnya tiada pilihan lain kerana didapati menghidαp penyakit autoimmune. Mungkin ada dalam kalangan pembaca tidak faham definisi “autoimmune”.

Tidak mengapa. Teruskan membaca – ada penerangan lanjut. Kita mula dengan bahasa perubatan dulu: penyakit ini adalah alopecia areata yang menjejaskan kesihatan 6.8 juta orang di Amerika Syarikat.

Penyakit ini tiada penawar berdasarkan teknologi semasa. Pesakit boleh menjalani terapi pertumbuhan rambut. Tetapi rambut akan gugur jua dalam masa tertentu (McIntosh, 2017).

Situasi alopecia areata. Kena cukur baru nampak elok.

Asas pada penyakit ini adalah berkaitan dengan rambut. Alopecia areata ada dua jenis: 1) totalis, iaitu hanya pada kepala sahaja dan 2) universalis, seluruh badan.

Kes Jada Smith mungkin jenis universalis kerana keningnya kelihatan dilukis. Sebelum mengulas panjang tentang situasi dihadapinya, kena sentuh sedikit tentang identiti kaum.

Golongan African Americans sangat cenderung untuk kena alopecia. Jangankan Jada, seorang ahli politik bernama Ayanna Pressley juga menghadapi situasi sama.

Kajian mendapati 30 hingga 50 peratus wanita African American akan kena penyakit alopecia (Carson, 2020). Faktor genetik hanyalah punca sampingan.

Saintis mendapati alopecia selalu berlaku kerana kaedah penjagaan rambut itu sendiri seperti anyaman (braiding), sikat panas dan gaya corn row. Dan pesakit juga jarang mendapatkan rawatan kerana malu antaranya.

Mahkota Yang Hilang

Chris Rock dan Will Smith sudah saling meminta maaf secara terbuka (mungkin juga untuk menjaga pengaruh jenama).

Tetapi isu ini sebenarnya menunjukkan masalah wanita yang boleh berlaku pada sesiapa sahaja. Salah seorang pesakit adalah Mabel Peralta yang merupakan etnik Afrika Latin (ibu bapa berkahwin campur). Mabel sangat taat pada budaya Dominican Republic yang mendaulatkan rambut.

Mabel Peralta.

Apabila alopecia menyerαηg, rambutnya pun gugur. Jadi baginya, “kewanitaannya” sudah luntur sampai naik murung dibuatnya. Mungkin benda sama dirasai Jada. Dan Will selepas faham gurauan “G.I. Jane 2” bertindak sedemikian.

Kerana Mabel sendiri pernah dibahan di TikTok kerana beli terlalu banyak rambut palsu (Bellamy, 2022).

Beli buku terbaru Patriots di Shopee berkenaan perjuangan Komando 69 Melawan Komunis: http://bit.ly/PertempuranDiHutanShopee

Kisah-kisah sebegini membawa kita balik kepada dua benda utama. Pertama sekali, dunia hiburan telah memurnikan gurauan kasar di hadapan orang ramai. Dan kedua, gurauan perlu ada batas.

Kebebasan bersuara sememangnya mutlak dinikmati semua. Tetapi kebebasan selepas bersuara tidak semestinya mutlak. Itu masalahnya.

RUJUKAN:

Bellamy, C. (2022, Januari 7). How Jada Pinkett Smith is uplifting Black women with alopecia. NBC News.

Carson, J. (2020, Februari 18). What black women need to know about their hair loss. Allina Health.

McIntosh, J. (2017, Disember 22). What’s to know about alopecia areata? Medical News Today.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply