Terlalu awal untuk memberi kesimpulan tentang karier politik Benjamin Netanyahu. Sejak 2019 lagi, populariti dia sudah menyusut begitu teruk.

Tidak cukup dengan itu, dia perlu menghadapi perbicaraan mahkamah atas beberapa tuduhan serius (Bob, 2020).

Walau bagaimanapun masa masih berpihak pada Netanyahu. Kerana dia masih ada mandat kepimpinan Likud selepas menewaskan Gideon Sa’ar pada 26 Disember 2019 dalam pemilihan parti.

Gideon Sa’ar.

Ironinya selepas kalah, Sa’ar keluar menubuhkan parti New Hope yang berjaya menggulingkan kerajaan Netanyahu.

Kejatuhan kerajaan Netanyahu memang boleh nampak. Israel telah mengadakan banyak pilihan raya bagi menentukan kuasa kerajaan. Netanyahu tidak berjaya menambahkan jumlah sokongan.

Cuma yang tidak sangka, Netanyahu kalah pada tangan seorang bekas pelakon bernama Yair Lapid. Sejak tahun 2012 lagi, Lapid telah berjinak-jinak dalam arena politik dengan parti Yesh Atid.

Yair Lapid.

Dia mendapat tampuk Kementerian Kewangan dibawah Netanyahu pada tahun 2013 tetapi dipecat sembilan bulan seterusnya. Lapid gagal mengalahkan Netanyahu dalam pilihan raya seterusnya.

Namun sebelum pilihan raya 2019, Yesh Atid bergabung dengan Israel Resilience (pimpinan Benny Gantz) dan Telem. Gabungan ini digelar Blue and White, yang berjaya menandingi Likud.

Benny Gantz.

Keterampilan Gantz memang menyerlah. Tetapi dia kemudian menerima pinangan Netanyahu dan membentuk kerajaan perpaduan untuk menghadapi COVID-19. Keputusan Gantz menyebabkan Yesh Atid keluar.

Dalam pilihan raya seterusnya, Gantz mendapat undi lebih rendah. Dan Lapid pula menjadi bintang politik. Dia tidak terlalu banyak berkata, kelihatan seperti orang tidak serius pun ada.

Strategi ini membuahkan hasil. Kerana pemimpin-pemimpin politik lain menimba kontro.versi tidak kesudahan kerana sentiasa bercakap. Lapid mendapat mandat dan kemudian membentuk kerajaan bersama tujuh parti lain.

Selepas disahkan tewas, Gantz paling untung. Keluar mandat Netanyahu, masuk mandat Lapid sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Walaupun menang, Lapid tidak menjadi Perdana Menteri Israel. Dia bersetuju untuk memberi laluan kepada Naftali Bennett terlebih dahulu.

Mengenali Akal Dan Jiwa Naftali Bennett

Yamina adalah sebuah inisiatif politik yang berfungsi sebagai parti sekular diasas Naftali Bennett dan Ayelet Shaked. Kedua-dua figura ini berkhidmat sangat lama dalam kerajaan Benjamin Netanyahu.

Ayelet Shaked (tengah) dan Naftali Bennett (kanan)

Apa yang berlaku memang mirip proses matrifagi dalam kehidupan serangga. Setelah sekian lama menjadi anak didik (Bennett dan Shaked), mereka bangkit memak.an ketua sendiri (Netanyahu).

Kestabilan kerajaan baru ini tertakluk pada ketersediaan masing-masing untuk bertolak ansur dan bekerjasama.

Namun Israel mempunyai sebuah populasi kecil yang sangat ketara dari segi perbezaan pendapat: haluan kanan, kiri dan tengah. Mereka takkan mampu bertolak ansur dalam isu Palestin, kerana takut haluan kanan terlalu marah sampai mempengaruhi survival parti.

Likud dan Yamina berhaluan kanan. Apabila Bennett enggan menyokong Netanyahu, ramai terlalu marah sampai mengµgµt bµnµh (TOI, 2021). Inilah realiti dalam politik Israel. Untuk mencadang solusi bersama Palestin sambil menjaga kerelevanan politik kepartian, dia merangka Inisiatif Kestabilan Israel (ISI) berdasarkan Rancangan Keamanan Bumi dan Rancangan Keamanan Elon (sempena Binyamin Elon).

Inisiatif Bennett bermula dengan satu azam jelas: “saya akan pastikan yang mereka (Palestin) takkan mendapat negara.” (Remnick, 2013). Namun Bennett tidak minta warga Palestin keluar. Sebaliknya, dia bercadang untuk mengilh.akan (anne.xation) Kawasan C dalam Israel.

Kawasan C berwarna biru.

Maksudnya setiap inci tanah dalam Kawasan Biru akan menjadi kedaulatan Israel. Manakala Semenanjung Gaza pula akan diserahkan kepada Mesir. Tinggal hanya Kawasan A dan Kawasan B sahaja.

Kawasan A (putih susu) dan Kawasan B (merah pudar)

Palestin akan mendapat kedua-dua kawasan ini… tetapi bukan sebagai negara. Sebaliknya, kedaulatan Palestin akan berfungsi sebagai “negara dalam negara”, bermakna keselamatannya akan dijaga Angkatan Pertahanan Israel dan Agensi Keselamatan Israel (Levinson, 2013).

Israel akan menyuntik pelaburan infrastruktur supaya rakyat Palestin boleh bergerak antara dua kawasan tanpa pemeriksaan.

Apakah ISI Akan Berlaku?

Jawapan yang paling mudah: bukan sekarang. Walaupun sebagai Perdana Menteri, kepimpinan Naftali Bennett tiada kuasa mutlak.

Dia hanya berkuasa dalam pentadbiran sahaja… kerana struktur diplomasi dan urusan luar negeri diuruskan Yair Lapid, yang sangat menyokong inisiatif dua negara. Untuk faham struktur politik ini, kena tengok balik semasa Ariel Sharon menjadi Perdana Menteri antara 2001 hingga 2006.

Sharon hanya berkuasa penuh hingga 2003 sahaja, kerana menghadapi tek.anan dalaman parti Likud. Solusi dia mudah. dia akan berkuasa dalam bab diplomasi dan keten.teraan.

Dia akan memberi kuasa pentadbiran (bagaikan seorang Perdana Menteri) kepada Menteri Kewangan. Mudah kata, dua Perdana Menteri dalam satu negara: Sharon jaga bahagiannya, Menteri Kewangan jaga bahagiannya. Dan siapa Menteri Kewangan pada masa itu? Benjamin Netanyahulah.

RUJUKAN:

Bob, Y.J. (2020, Mac 15). Was the delay of Netanyahu’s trial cynical or legal – analysis. The Jerusalem Post.

Levinson, C. (2013, Januari 17). Bennett’s West Bank plan ignores existence of about 100,000 Palestinians. Haaretz.

Remnick, D. (2013, Januari 21). The settlers move to annex the West Bank – and Israeli politics. The New Yorker.

TOI. (2021, Mei 3). Bennett to get boosted security, reportedly after receiving (ditapiskan) (ditapiskan).


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.