Suasana di Lapangan Terbang Antarabangsa Pyongyang pada 2 Januari 2016 sibuk seperti biasa. Orang ramai berlalu-lalang seperti biasa. Pesawat berlepas dan mendarat, juga seperti biasa.
Satu-satunya kelainan ialah kelibat dua pegawai yang menghampiri seorang warga Amerika Syarikat bernama Otto Warmbier. Mereka tidak bercakap sepatah pun, cuma menepuk pada bahu untuk membawa Warmbier ke tempat lain.
Pesawat mereka berlepas tanpa Warmbier. Seorang pegawai sempat mengumumkan yang Warmbier dibawa ke sebuah hospital kerana jatuh sa.kit (Jenkins, 2016).
Warmbier sebenarnya sihat walafiat. Cuma beliau bakal berdepan dengan dugaan paling besar dalam hidup. Kerana beliau didakwa melakukan jena.yah sangat berat sehari sebelum ditah.an di lapangan terbang.
Untuk menyambut Tahun Baru, kumpulan pelancongan Warmbier bersiar-siar di Dataran Kim Il-Sung. Kemudian mereka kembali ke Hotel Antarabangsa Yanggakdo.
Di sini Warmbier didakwa cuba mencµri sebuah poster propaganda Korea Utara di sebuah kawasa hanya untuk pekerja hotel (Whoriskey, 2016). Poster tersebut mengandungi seruan, “ayuh bersatu padu demi patriotisme Kim Jong-il.”
Mungkin Warmbier tidak tahu: sesiapa yang menyentuh poster pemimpin kerajaan boleh didakwa dalam mahkamah Korea Utara.
Semua diberitahu yang Warmbier dita.han atas dasar “subversif” (melakukan sesuatu yang dianggap bah.aya terhadap Korea Utara).
Pada 29 Februari 2016, Warmbier muncul untuk memberi keterangan: “saya telah melakukan jen.ayah menurunkan slogan politik negara di tempat pekerja hotel. Saya memohon maaf kepada setiap seorang dalam kalangan jutaan rakyat Korea, dan saya merayu kalian faham yang saya dipergunakan.” (Ripley, 2016).
Manipulasi menjadi hujah utama. Beliau mengaku yang tindakannya menguntungkan dua pihak iaitu Z Society dan Friendship United Methodist Church.
Dua organisasi ini akan mendapat ganjaran daripada pentadbiran Barack Obama. Jadi asasnya, Warmbier menuduh White House.
Semua orang tahu yang Warmbier dipaksa membuat pengakuan palsu ini – kerana Warmbier sendiri kelihatan sangat terte.kan (Rogin, 2017).
Untuk pengetahuan semua, Z Society ialah sebuah pertubuhan rahsia dalam kalangan pelajar Universiti Virginia yang kononnya mempunyai hubungan dengan CIA.
Ranap Masa Depan Seorang Pemuda
Meskipun sudah mengaku dengan rayuan khas, Korea Utara tidak mahu melepaskan Otto Warmbier. Malah mahkamah tempatan menjatuhi hµkµman buruh paksa selama 15 tahun. Pertimbangan hanya dibuat dalam masa sejam saja. Dan Warmbier tidak diberikan peluang membuat rayuan langsung. Itulah kali terakhir Warmbier muncul di media.
Entah apa yang terjadi padanya selepas itu. Ibu bapa Warmbier sendiri tidak mendapat sebarang berita. Memang Korea Utara menutup habis semua jendela selepas perbicaraan. Tiada siapa tahu apa-apa… hinggalah 17 bulan kemudian.
Ibu bapa Warmbier mendapat panggilan yang meruntun jiwa. Anak kesayangan mereka sudah koma. Beberapa hari selepas panggilan tersebut, Warmbier dibebaskan Korea Utara (Davis, et al., 2017).
Rex Tillerson daripada pentadbiran Donald J. Trump pun membuat pengumuman kepada orang ramai. Pentadbiran Trump cuma diberitahu Pyongyang yang “Warmbier mengh.idapi botulisme selepas dijatuhi hµkµman… dan koma kerana pil tidur.”.
Entah apa yang berlaku semasa dalam tah.anan. Warmbier menjejaki Korea Utara dalam keadaan baik. Ini keadaan Warmbier ketika kembali ke Cincinnati.
Warmbier hanya boleh menggerakkan mata dan bernafas sahaja. Beliau tidak sedar persekitarannya. Beliau tidak faham apa-apa pertanyaan. Lebih menyayatkan hati, Warmbier menjadi sebulan selepas dijatuhi hµkµman… bermakna 16 bulan dalam tah.anan sebagai may.at hidup saja.
Imbasan kepala mendedahkan bahawa Warmbier kehilangan tisu otak begitu banyak mungkin kerana kehilangan oksigen.
Mereka tidak dapat mengenal pasti sebarang keced.eraan fizikal – dan memang tiada bukti langsung Warmbier mengalami botulisme. Warmbier dikatakan seseorang yang terlantar selama setahun yang tubuhnya dalam keadaan sangat baik.
Dan pada 19 Jun 2017, ibu bapa Warmbier membuat keputusan. Memandangkan tiada harapan langsung untuk Warmbier pulih, mereka menerima hakikat dan meminta tiub pemakanannya dicabut.
Warmbier meninggal dunia pada jam 2:20 petang… dan Korea Utara berkata, “negara kami menjadi mang.sa fitnah yang besar”.
RUJUKAN:
Davis, J.H., et al. (2017, Jun 13). Otto Warmbier, (ditapiskan) American, Is Evacuated From North Korea in a Coma. The New York Times.
Jenkins, N. (2016, April 29). Otto Warmbier Has Been a (ditapiskan) of North Korea Since the Start of 2016. Has America Forgotten Him?Time.
Ripley, W. (2016, Februari 29). First on CNN: U.S. student (ditapiskan) in North Korea confesses to ‘hostile act’. CNN.
Rogin, J. (2017, Jun 15)> Otto Warmbier’s North Korea roommate speaks out. The Washington Post.
Whoriskey, P. (2016, Mac 18). North Korea video (apparently) shows US student Otto Warmbier taking propaganda banner. The Independent.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih