Malaysia dan Singapura berkongsi hubungan begitu akrab. Malah semasa koronavirus melanda, Malaysia turut membantu keluarkan rayat Singapura daripada Iran (Bernama, 2020).
Walaupun ada yang mengkritik, perbuatan sedemikian ialah muhibah kejiranan. Dianggarkan seramai 300,000 rakyat Malaysia bekerja di Singapura. Separuh daripadanya berulang-alik setiap hari (The Straits Times, 2020).
Jadi Singapura pun ibaratkan “membalas jasa” dengan membantu pekerja-pekerja Malaysia yang diberhentikan kerana koronavirus (Bernama, 2020). Tetapi bantuan sedemikian pun tertakluk kepada situasi juga.
Pekerja-pekerja terkesan hanya dihubungkan dengan prospek-prospek majikan. Kalau tidak dapat, maka tidak dapatlah. Sudahlah tidak boleh masuk Malaysia, di Singapura pula perlu #StayAtHome. Tetapi masalahnya, they have no home.
Maka di mana tempat mereka? Rasanya semua boleh agak. Secara mengejut, koronavirus telah membuatkan rakyat Malaysia menjadi gelandangan.
Stesen-Stesen MRT Marsiling dan MRT Kranji ialah tarikan utama, dengan taburan gelandangan di taman-taman permainan juga (FMT, 2020).
Bagi yang masih bekerja, Kementerian Hak Asasi Manusia Singapura memberikan SG$50 kepada pekerja-pekerja Malaysia melalui majikan (Zazali, 2020).
Masalah Sebenar Di Sana
Tetapi manfaat sebegini tidak sampai kepada pekerja-pekerja upahan paling bawah. Mereka terpaksa mencari teduhan di luar. Ada yang enggan pergi ke rumah tumpangan atas faktor jarak terlalu jauh.
Organisasi-organisasi kemanusiaan Singapura pun bingkas menggerakkan kerja supaya golongan ini perlu dibantu. Dengan pakatan bersama beberapa gereja, mereka pun berjaya membuat sedemikian (CNA Insider, 2020).
Dan apabila satu perkara dijadikan video, berhamburanlah cacian terhadap Malaysia seolah-olah kerajaan telah melupakan kebajikan terhadap rakyat sendiri sehingga negara luar terpaksa membantu.
Hakikatnya jauh sekali berbeza. Kerana pekerja-pekerja sekalipun Malaysia memang perlu dibantu kerajaan Singapura. Walaupun buruh upahan sekalipun, kebajikannya ada pada negara kerjanya.
Situasi sama juga berlaku pada warga-warga asing di Malaysia. Buruh daripada Bangladesh dibawa untuk mengisikan kelompongan dalam industri pembinaan.
Tetapi projek-projek pembangunan digantung sekalipun, mereka masih belum melaporkan dihalau oleh majikan. Begitu juga dengan warga-warga asing dalam sektor lain, seperti peruncitan misalnya.
Kebajikan mereka masih lagi terjaga. Entah kenapa bila Singapura, lain pula bunyinya.
Dasar Circuit Breaker Singapura
Keadaan bertambah buruk pada 3 April 2020. Lee Hsien Loong membuat perutusan khas dalam televisyen tentang perjuangan Singapura menentang koronavirus.
Beliau menerangkan bahawa prestasi Singapura dalam menangani koronavirus menjadi lebih sukar. Sebelum ini rakyat dij4ngkitinya daripada luar – sekarang koronavirus telah bertapak di republik tersebut sehingga kerajaan tidak tahu puncanya (The Straits Times, 2020).
Jadi Singapura ingin mengisytiharkan circuit breaker (pemutus litar). Apa itu circuit breaker? Senang kata lockdown kerana asasnya sama saja.
Kebanyakan perniagaan dipaksa tutup bermula 7 April selama sebulan kecuali sektor-sektor penting seperti pasaraya, klinik, hospital, bank dan sebagainya (The Asian News Network, 2020).
Perintah lockdown ini mencetuskan kerisauan jika pekerja-pekerja Malaysia terpaksa balik (Omar, 2020). Tetapi kerajaan Singapura sendiri akan membuat ujian terhadap rakyat Malaysia.
Jika negatif, mereka dibenarkan menyeberangi selat dan pulang ke tanahair, dimana Malaysia menjaminkan takkan kuarantin oleh kerana sudahpun negatif (The Straits Times, 2020).
Membiarkan pekerja-pekerja upahan merempat sebagai gelandangan menunjukkan kegagalan dari segi pengurusan mitigasi.
Hidup merempat juga boleh mengeruhkan keadaan, oleh kerana terlalu terdedah. Siapa sebenarnya tahu jika permukaan ditiduri mempunyai air liur kering yang masih bergelumangan dengan koronavirus.
Sebuah negara tidak sama sekali boleh dipimpin seperti syarikat. Singapura perlu jaga pekerja-pekerja semua negara di situ.
RUJUKAN:
The Asian News Network. (2020, April 3). Singapore to see most workplaces closed down from Tuesday. The Star Online. Retrieved from https://www.thestar.com.my/news/regional/2020/04/03/singapore-pm-we-will-put-in-place-a-circuit-breaker-to-pre-empt-escalating-coronavirus-infections
Bernama. (2020, March 31). Covid-19: Singapore to help retrenched Malaysian workers find jobs. The Malay Mail Online. Retrieved from https://www.malaymail.com/news/malaysia/2020/03/31/covid-19-singapore-to-help-retrenched-malaysian-workers-find-jobs/1852178
Bernama. (2020, March 22). Singapore says ‘Thank you, Malaysia’ for evacuating its citizens from Iran. The Star Online. Retrieved from https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/03/22/singapore-says-thank-you-malaysia-for-evacuating-its-citizens-from-iran
CAN Insider. (2020, April 3). Homeless Shelter helps Malaysians sleeping rough in Singapore. YouTube. Retrieved from https://www.youtube.com/watch?v=BjoSW0b9psU&feature=youtu.be&fbclid=IwAR1PXYF6WhxDu4FP2XqHieFStPrZNU1qhTTCnsZlUlsXuqndB1SLWSH5yRA
FMT. (2020, March 19). Homeless in Singapore, some Malaysians spend the night outdoors. Retrieved from https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2020/03/19/homeless-in-singapore-some-malaysians-spend-the-night-outdoors/
Omar, A. (2020, April 4). More Malaysians to return from Singapore following lockdown. New Straits Times. Retrieved from https://www.nst.com.my/news/nation/2020/04/581302/more-malaysians-return-singapore-following-lockdown
The Straits Times. (2020, March 30). Home away from home. Retrieved from https://www.straitstimes.com/singapore/home-away-from-home
The Straits Times. (2020, April 3). Why Singapore needs a coronavirus circuit breaker. Retrieved from https://www.straitstimes.com/opinion/why-singapore-needs-a-coronavirus-circuit-breaker
The Straits Times. (2020, April 4). Coronavirus: Putrajaya to waive quarantine for Malaysians returning from Singapore who test negative. Retrieved from https://www.straitstimes.com/asia/se-asia/coronavirus-putrajaya-to-waive-quarantine-for-malaysians-returning-from-singapore-who
Wong, Y. (2020, March 27). Coronavirus: Singaporeans reach out to stranded Malaysian workers. The Straits Times. Retrieved from https://www.straitstimes.com/singapore/coronavirus-singaporeans-reach-out-to-stranded-malaysian-workers
Zazali, M. (2020, March 31). Malaysians working in Singapore stay put during MCO. The Star Online. Retrieved from https://www.thestar.com.my/metro/metro-news/2020/03/31/malaysians-working-in-singapore-stay-put-during-mco
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih