Masyarakat Malaysia umumnya tahu tentang kewujudan program TVET ini dan kerajaan Malaysia memberi perhatian yang lebih kepada perkara ini hinggakan sejumlah RM 4.9 Billion di peruntukkan untuk membangunkan bidang TVET ini. Untuk apa bangunkan TVET walaupun Universiti di Malaysia ada menawarkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan?

 

Pengumuman bajet 2018 untuk TVET.(sumber: https://twitter.com/kempendidikan/status/923874263001546752)

Untuk pengetahuan, TVET dan pengajian kejuruteraan yang telah bertapak di Universiti ni berbeza. TVET lebih kearah pengetahuan dan kemahiran teknikal. TVET juga terbahagi kepada banyak peringkat pengajian sebagai contoh, Sijil Kemahiran Malaysia(SKM tahap 1,2,3),Diploma Kemahiran dan Ijazah Teknologi Kejuruteraan(B. Tech).

Manakala bidang kejuruteraan ataupun lebih tepat bidang sains kejuruteraan adalah lebih kepada pengetahuan teori dan akademik. Hasil dari kursusnya juga berbeza sebagaimana bidang kejuruteraan teknikal didalam TVET akan menghasilkan graduan yang mampu mengendali mesin atau peralatan teknologi terkini.

Mereka ini juga perlu berkemahiran untuk menyelesaikan masalah yang lebih teknikal serta kerja-tangan. Sebaliknya, graduan bidang sains kejuruteraan ini pula perlu berkemahiran dalam menganalisis masalah mengunakan teori yang praktikal dan mampu membuat kajian terperinci terhadap sesuatu perkara  didalam bidang kejuruteraan. Nampak macam sama tapi sebenarnya berbeza.

Kalau hendak permudahkan lagi pemahaman tuan/puan boleh bayangkan situasi didalam satu kilang terdapat satu produk yang bermasalah sehingga menyebabkan 10,000 produk yang rosak. Untuk mengetahui apa yang rosak ianya boleh dilakukan oleh graduan kejuruteraan teknikal atau nama jawatannya ‘Technologist’ dengan mengunakan peralatan yang ada.

Tapi untuk mencari punca bagaimana berlakunya kerosakan itu, ianya perlukan kemahiran analisis dari graduan sains kejuruteraan atau nama jawatannya ‘engineer’. Oleh itu, tiada bidang yang lebih penting dan tidak penting atau dalam Bahasa pasarnya ‘cikai’. Masing-masing ada tugas dan kepentingan di organisasi kejuruteraan dalam industri.

TVET ini penting kerana ianya satu inisiatif yang mampu memajukan sesebuah negara. Lihat sahaja bagaimana negara Jerman sangat pentingkan pelajaran bidang TVET hinggakan mereka mampu menjadi kunci kepada teknologi dunia. Lihat juga negara China yang telah menjadi ‘manufacturing leader’.

Ada orang berkata sebab produktiviti di China murah. Bagi aku yang pernah mengunakan khidmat dari negara china untuk menghasilkan produk, harganya tidaklah murah seperti yang disangkakan.

Cuma bagi aku disana terdapat banyak solusi kepada proses penghasilan produk hinggakan dulunya produk dari china ini dianggap sebagai tiada kualiti tetapi sekarang ini banyak syarikat terkemuka menggunakan khidmat china untuk menghasilak produk. Ya, TVET ini adalah bidang penting hinggakan kerajaan Malaysia menitik beratkan bidang ini dan memberi dana yang besar walaupun pelaksanaannya masih mempunya masalah.

Laluan pengajian yang dilaksana oleh negara Jerman.(sumber: http://education.runbos.site/education-system-in-germany-today/)

Sekarang ini, kita fokus pada perkara penting iaitu permasalahan dalam perlaksanaan TVET ni dekat Malaysia dan solusinya. Aku pecahkan masalah ini kepada tiga:-

  1. Perlaksaanaan TVET didalam institusi pengajian.

Memandangkan TVET ini perkara yang agak baru(sebenarnya sudah lama wujud program TVET tetapi dari kebelakangan ini masyarakat makin prihatin) maka banyak masalah yang berlaku dari segi penstrukturannya. Sebagai contoh, graduan Kolej Vokasional yang tidak mendapat pengiktirafan dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan tidak berpeluang untuk lanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Tetapi perkara ini telah pun selesai setelah beberapa badan atau organisasi TVET di peringkat nasional telah di bentuk dan berbincang untuk membuat keputusan ianya telah mendapat kata putus. Manakala‘Malaysian Technical University Network(MTUN)’ telah pun bersedia menerima graduan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM).

Cuma kecelaruan sistem sebelum ini telah memberi persepsi yang buruk kepada graduan TVET ini. Ada juga beberapa pendapat guru-guru dan tenaga pengajar yang kebanyakkan pembuat dasar ini sebenarnya tiada pengalaman dalam industry terkini. Oleh itu, silibusnya tidak ‘up to date’. Segala inisiatif yang diambil hanya untuk melepasi karenah-karenah birokrasi.

2. Penerimaan masyarakat.

Selama ini bidang TVET ini menjadi pilihan terakhir untuk pelajar melanjutkan pelajaran. Graduannya dianggap sebagai ‘3rd rate’. Masyarakat memandang hanya orang tidak mendapat keputusan peperiksaan  yang cemerlang sahaja perlu pergi ke institusi kemahiran seperti Institut Latihan Perindustrian(ILP), Giatmara, kolej komuniti dan lain-lain. Kadang-kadang ibu bapa juga berpendapat yang institusi yang tidak di ikitiraf ini adalah institusi pelajaran yang rendah martabatnya. Sedangkan isi pembelajarannya belum di ketahui. Sebenarnya, perkara ini terjadi pada aku sendiri.

Walaupun aku mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM tetapi aku memilih untuk sambung belajar di tempat seperti Geman-Malaysian Institute(GMI) atau Japan-Malaysia Technical Institute(JMTI) kerana aku lebih cenderung melakukan kerja-tangan. Namun pilhan itu tidak diterima oleh keluarga. Aku tidak salahkan mereka sebab keluarga aku tidak terdedah tentang pengajian bidang kejuruteraan.

Oleh itu, walaupun aku belajar dalam sains kejuruteraan tetapi aku banyak menghabiskan masa untuk membuat kerja pratikal seperti merekacipta mesin atau apa-apa peralatan. Sepanjang lima ke enam tahun aku rasa dalam 500 projek keatas aku dah buat. Mungkin aku tidak lah cemerlang di tempat aku belajar tetapi aku di iktiraf dalam industri. Kerana aku suka merekod hasil kerja aku dan suka bercerita tentang projek apa yang aku lakukan. Akhirnya aku menerima banyak pelawaan dari industry untuk bekerja. Jadi pelajar di luar mungkin boleh ikut tips ini. Kita buktikan graduan yang cenderung kepada kemahiran teknikal sebenarnya bernilai.

3. Pelajar itu sendiri

Walaupun aku baru sahaja menamatkan pengajian Ijazah sarjana muda ku ini. Sebenarnya aku dah berpengalaman dalam bidangan pengajaran selama 6 tahun. Aku bermula dengan memasuki sekolah-sekolah untuk memperkenalkan bidang pengaturcaraan sejak 2012 lagi dan sekarang aku mempunyai syarikat yang menyediakan latihan dalam bidang teknologi baharu kepada pelajar,pengajar dan pekerja industri.

Sepanjang aku memberi syarahan dan mengajar beberapa kumpulan pelajar. Sebenarnya aku dapati daripada mereka ini banyak yang memilih bidang kejuruteraan ini sebagai talian hayat sahaja. Bagi aku untuk Berjaya dalam bidang kejuruteraan ini minat yang mendalam itu sangat penting. Kerana di dalam kelas kau tidak akan belajar semua benda. Kalau nak ajar semua benda rasanya tempoh ijazah mungkin ambil masa 10 tahun.

Oleh itu, minat itu sangat penting. Industri bukan seperti sekolah, setiap saat masa yang diambil untuk selesaikan masalah dalam industri adalah kerugian kepada syarikat. Oleh itu, pelajar itu sendiri perlu ada inisiatif untuk belajar bukan hanya untuk skor dalam peperiksaan setiap semester. Maklum balas dari tenaga pengajar juga menyatakan yang kemasukan pelajar kolej-kolej dan institusi makin berkurang.

Bagi aku, institusi pengajian dan industri perlu lebih fokus dalam pelaksanaan program TVET ini kerana untuk mengembangkan sektor perindustrian di negara kita. Kita perlukan lebih ramai tenaga mahir. Pihak industri perlu memberikan maklumbalas tentang graduan hasil dari program TVET untuk memastikan pengetahuan dan kemahiran yang diajar kepada pelatih sesuai dan relevan dengan keperluan mereka. Yang paling penting adalah imej TVET perlu dia naikkan untuk menambah keyakinan masyarakat terhadapa institusi TVET. Dengan bertambah baiknya imej TVET maka peratusan kemasukan pelajar akan meningkat seterusnya dapat mengembangkan lagi bidang pengajian TVET.

Sumber:

  1. https://www.oxbridgeacademy.edu.za/blog/9-differences-technical-engineering-qualification-engineering-degree/
  2. https://afterschool.my/bm/berita/pelajar-kolej-vokasional-layak-menyambung-pengajian-ke-peringkat-ijazah-sarjana-muda-di-universiti-awam
  3. Heike Solga, Paula Protsch, Christian Ebner, Christian Brzinsky-Fay(2014).” The German vocational education and training system: Its institutional configuration, strengths, and challenges”.
  4. Mohd Jalil Ahmad, Noor Hisham Jalani, Annas Akhmal Hasmori(2015). “TEVT di Malaysia: Cabaran dan Harapan”.
  5. http://www.utusan.com.my/berita/nasional/rm4-9-bilion-untuk-tvet-malaysia-1.543819
  6. https://www.tvetmalaysia.gov.my/

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang pelajar Sarjana Kejuruteraan Mekatronik di UniMAP. Sangat meminati dunia Inovasi sejak kecil dan mempunyai mesin rekaan sendiri ketika berumur 17 tahun. Selain belajar, Azarul juga seorang R&D Freelance dan tenaga pengajar bebas untuk bidang pengaturcaraan, STEM serta teknologi-teknologi untuk revolusi industri ke-4. Suka mengkaji dan berkongsi ilmu kerana "the best way to learn is to teach". Memperjuangkan prinsip 'kebebasan berinovasi' dan 'masyarakat yang membudayakan ilmu'.

Comments are closed.