Siapa saja tak kenal Andalusia. Ia adalah wilayah yang cukup sinonim dengan kegemilangan Islam di persada Eropah. Di sinilah berdirinya masjid-masjid indah seperti Masjid Cordoba dan lahirnya ilmuwan hebat seperti Ibn Rushd dan Al-Zahrawi.
Namun malangya, semua itu berakhir pada tahun 1492, apabila Granada iaitu kubu terakhir umat Islam, jatuh ke tangan Ferdinand dan Isabella. Persoalan yang timbul, bagaimana tamadun yang begitu hebat ini boleh runtuh. Apa yang kita boleh belajar daripadanya?
Pertama, kejatuhan Andalusia mengajar kita tentang bahaya perpecahan. Ketika zaman kegemilangannya, kerajaan-kerajaan Islam di Andalusia bersatu di bawah pemerintahan Umayyah.
Namun, selepas kejatuhan Dinasti Umayyah, wilayah itu terpecah kepada kerajaan-kerajaan kecil yang dikenali sebagai ta’ifah. Setiap kerajaan ini pula sibuk bersaing antara satu sama lain daripada menghadapi ancaman luar. Akhirnya, kelemahan dalaman inilah yang memudahkan musuh untuk menakluk wilayah mereka satu demi satu.
Kedua, Andalusia adalah pengajaran tentang pentingnya ilmu dan inovasi. Pada zaman kegemilangannya, Andalusia menjadi pusat ilmu pengetahuan dunia, di mana pelajar dari seluruh Eropah datang untuk belajar matematik, perubatan, dan falsafah.
Namun, apabila umat Islam mula melupakan ilmu dan lebih fokus kepada kemewahan, mereka kehilangan daya saing. Ini membuka peluang kepada orang Eropah yang sedang memasuki zaman Renaissance, untuk bangkit dan mendominasi dunia.
Ketiga, kita belajar bahawa agama dan kuasa politik harus seiring. Kejatuhan Andalusia berlaku ketika umat Islam semakin jauh daripada nilai-nilai Islam sebenar, termasuk keadilan, perpaduan, dan kepimpinan yang amanah. Ini melemahkan kekuatan moral dan sosial masyarakat Islam. Lalu menjadikan mereka lebih mudah ditewaskan oleh musuh.
Hari ini, kejatuhan Andalusia harus menjadi peringatan bagi kita semua. Ia mengajar kita bahawa perpaduan, penguasaan ilmu, dan berpegang teguh kepada nilai-nilai Islam adalah asas kepada kejayaan sebuah tamadun. Jika kita gagal belajar daripada sejarah, adakah kita akan mengulanginya?
—
Sejarah Tamadun Islam cukup menarik untuk kita teroka.
Terdapat begitu banyak kisah jatuh dan bangun yang kita dapat pelajari dari lipatan sejarah Tamadun Islam.
Anda berminat untuk dalami sejarah gemilang Tamadun Islam?
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
Historofil yang punyai minat untuk berkongsi hasil dapatannya melalui wadah penulisan. Harapannya cuma satu, menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan tamadun anak bangsa menuju sebuah keagungan.