Sejak pakaian rasmi kontinjen Malaysia ke Olimpik Paris 2024 dipertontonkan kepada umum, ramai yang memberikan pandangan kerana rekaannya yang tidak menginspirasi dan pelaksanaannya yang sangat lemah.
Ia langsung tak melambangkan identiti Malaysia seperti pakaian rasmi sebelum ini yang jelas mempamerkan belang Harimau Malaya.
Belang harimau ini sepatutnya menggambarkan semangat harimau, kekuatan dan keberanian atlet kita di arena sukan.
Namun, keseluruhan rekaan baru ini lesu dan belang harimau kelihatan jarang. Hampir tiada belang pada versi baju berlengan panjang.
Lebih menyedihkan, pakaian tersebut dipamerkan pada patung-patung kedai baju yang kelihatan aneh macam orang yang kena slip disc.
Tapi apa kaitan belang ni dengan atlet negara?
Belang Harimau Malaya ni asalnya bukanlah identiti untuk atlet Olimpik Malaysia. Sebelumnya, pakaian atlet Olimpik Malaysia menggunakan warna-warna Jalur Gemilang.
Pada mulanya, sebuah pertandingan peringkat kebangsaan diadakan pada tahun 2005 untuk memperkenalkan pakaian kebangsaan yang seragam.
Pertandingan itu menarik lebih daripada 4,000 penyertaan. Pemenangnya adalah Zulkifli Abdul Aziz, seorang pembantu arkitek dari Johor.
Limkokwing University College memperbaiki reka bentuk yang menang itu kepada lima belang harimau dan ia dilancarkan oleh timbalan perdana menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak.
Atlet Olimpik Malaysia mula memperagakan pakaian berbelang Harimau Malaya ini sejak Sukan SEA 2005 di Filipina yang ditaja oleh Antioni.
Kemudian, Mesuma Sports pula menghasilkan pakaian untuk kontinjen kebangsaan mengurangkan belangnya kepada tiga untuk menjadikannya mesra komersial.
Hubungan Mesuma dan Majlis Sukan Negara (MSN) menjadi buruk apabila MSN menandatangani perjanjian dengan Telekom Malaysia untuk melancarkan jersi Team Malaysia Panthera pada 28 April 2011.
Mesuma tidak puas hati kerana reka bentuk ini adalah hak milik mereka selama 10 tahun – dari 9 Julai 2009 hingga 9 Julai 2019. Apabila naik turun mahkamah. Akhirnya, MSN memenangi hak tersebut.
Dan sejak itu, atlet Olimpik Malaysia kekal dengan identiti belang Harimau Malaya. Dan sejak itu juga, kita telah memenangi 9 pingat di Olimpik. 6 diantaranya ialah perak dan 3 daripadanya ialah gangsa.
Namun, reka bentuk dan pelancaran yang lemah semalam sekali lagi mengingatkan kata-kata mendiang Tan Sri Lim Kok Wing yang mengkritik pakaian kontinjen Malaysia di Sukan Sea 2017 di Kuala Lumpur.
“Jersi-jersi ini diterima, tetapi semangat di sebalik belang itu gagal dipromosikan dan kita kehilangan peluang branding yang hebat dalam sukan.”
Pemilihan belang Harimau Malaya sebagai elemen utama dalam pakaian rasmi atlet Malaysia bertujuan untuk memperkukuh identiti nasional dan menyuntik semangat patriotisme.
Harimau Malaya sebagai simbol kekuatan dan keberanian sepatutnya menjadi inspirasi kepada atlet untuk bertanding dengan penuh semangat juang di arena antarabangsa.
Namun, dalam usaha mengekalkan elemen tradisional ini, terdapat cabaran dalam memastikan reka bentuk pakaian sentiasa relevan dan menarik.
Kritik terhadap pakaian terkini menunjukkan betapa pentingnya bagi pereka untuk terus mengekalkan keseimbangan antara warisan dan inovasi.
Sebagai rakyat Malaysia, kita berharap agar kontinjen negara tampil dengan penuh bangga dan membawa pulang kejayaan sambil mengharumkan nama negara.
Belang Harimau Malaya bukan sekadar corak pada pakaian, tetapi simbol kepada keberanian dan semangat yang membara dalam jiwa setiap atlet Malaysia.
Oleh: Azizul Farhan
___
Nak tahu bagaimana rahsia kewangan yang berjaya? Ambil inspirasi daripada tokoh-tokoh kewangan hebat di dalam PSYCHOLOGY OF MONEY sekarang!
https://shope.ee/2VTAVGuQkN
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih