Dunia digital sekarang tidak terasing dengan media sosial, yang mempunyai banyak manfaat dan juga masalah. Hari ini orang melayari Facebook, Twitter dan Instagram. Generasi Millennial mungkin masih ingat keadaan Facebook satu masa dahulu.

Tetapi ramai dalam kalangan millennial masih ingat dua media sosial tersohor sebelum Facebook menimba populariti. Friendster merupakan sebutan orang ramai sejak dilancarkan pada 22 Mac 2003. Tetapi Friendster hilang populariti dan berkµbµr pada 30 Jun 2018 buat selamanya.

IKLAN: PBAKL ONLINE sedang berlangsung di Shopee The Patriots. Dapatkan judul kami pada harga serendah RM20. Klik: shp.ee/efz9vb5

Satu lagi media sosial ialah MySpace, juga dilancarkan pada tahun yang sama. Myspace masih aktif pada hari ini, dengan jumlah pengunjung tidak sehebat Facebook.

Contohnya Facebook mempunyai 2.6 bilion pengguna aktif setiap bulan. Myspace pula sekadar 7 juta sahaja (Moreau, 2020), padahal dulu Myspace berjaya mendapat 115 juta pengguna. Pada zaman kemuncaknya, Myspace menjana perolehan sebanyak AS$800 juta (Dignan, 2007).

Kejatuhan Myspace berlaku pada 19 April 2008, apabila dipintas Facebook kerana orang ramai lebih suka pengalaman rangkaian sosial (Chmielewski & Sarno, 2009).

Gambar yang menjadi kenangan pengguna Myspace di United Kingdom.

Jadi persoalannya, apa yang Tom Anderson sedang buat sekarang? Untuk pengetahuan semua, Anderson mencipta MySpace pada Ogos 2003 sebagai tindak balas terhadap dasar syarikat Friendster yang menyekat akaun tanpa nama sebenar (Agger, 2009).

Tetapi Myspace senang kata dinaungi eUniverse yang kemudian diganti Intermix Media. Dan Myspace mula menjadi popular semasa berada dalam pangkuan Intermix.

Gambar yang menjadi meme atas talian… tetapi inilah dia Tom Anderson.

Myspace kemudian menjadi milik News Corp, yang membeli Intermix dengan harga AS$580 juta. News Corp melantik Anderson sebagai Presiden Myspace (Gibson, 2008).

Sebelum ini Anderson boleh membuat apa-apa sahaja. Apabila dibeli, tentu sekali beliau berdepan dengan kerenah birokrasi seperti penilaian belanjawan misalnya. Mestilah – sebab sekarang Myspace menjadi milik orang.

Namun seorang eksekutif daripada News Corp mengatakan yang Anderson menjadi punca semuanya tergendala (Adegoke, 2011). Akhirnya, Anderson yang mengasaskan Myspace sendiri ditendang keluar.

Karier Pasca-Myspace

Walaupun kehilangan takhta sendiri, Tom Anderson jauh sekali seorang fakir. Pada tahun 2019, beliau membeli rumah di Hollywood, Los Angeles. Semua boleh membayangkan kemewahan rumah berharga AS$3.8 juta.

Menurut sumber atas talian, inilah rumah Tom Anderson.

Memang benar Myspace jatuh kerana ramai meminati tawaran Facebook. Tetapi Anderson tidak menyimpan dendam. Beliau selamba membuat akaun Facebook dan Instagram, yang menjadi platform perkongsian gambar.

Itulah aktiviti beliau sekarang: fotografi. Tom Anderson sedang menikmati pengalaman dalam persaraan dengan hobinya iaitu mengimbau keindahan alam.

Gambar-gambar beliau mendapat capaian tinggi di media sosial, sekali gus mengekalkan namanya sebagai antara individu yang popular.

Keindahan panorama diambil Tom Anderson.
Satu gambar, 1000 makna.

Wang yang banyak memudahkan kerja Anderson. Beliau mengembara ke merata tempat, seperti Bhutan, Maldives dan Thailand misalnya. Setiap gambar diletakkan dalam media sosial.

Namun Anderson mempunyai jiwa yang suka bertukar-tukar kerja. Beliau tidak suka kekal dalam satu skop sepanjang hidup.

Pada September 2014, beliau bercerita tentang dirinya. Semasa di sekolah tinggi, beliau mahu menjadi ahli muzik. Beberapa tahun kemudian, beliau berminat untuk menjadi sarjana dalam bidang falsafah.

Jadi memang betul Anderson tidak mahu kembali dalam alam pengurusan media sosial. Beliau sendiri mengatakannya… tetapi beliau juga berkata, “I’ll never say never” (Miller, 2014).

Ada kebarangkalian yang Anderson kembali dengan platform baru. Cuma mungkin juga beliau kekal dalam persaraan.

Jelas dan nyata, pengalaman bersama alam semulajadi adalah jauh lebih menenangkan berbanding angka dan huruf pada kertas laporan syarikat. Sementara gergasi silam tidak jemu mencari jalan untuk kembali ke puncak, Anderson lebih tenang hidup dengan gayanya sendiri.

IKLAN: Kami melancarkan POLITIK UNTUK PEMULA pada harga diskaun di PBAKL Online. 100 pembeli terawal dapat sign penulis. Link beli: https://shp.ee/rjhp7xi

Dan beliau tidak perlu fikir langsung pasal wang. Rumah AS$3.8 juta itu pun tentu sekali tidak dibeli secara hutang… kerana apabila News Corp membeli Myspace, harta Anderson dijangka mencecah AS$60 juta.

Sekarang ini, Myspace bukan lagi anak syarikat dibawah News Corp. Kerana Myspace sudah dibeli Time Inc yang kemudian dibeli Meredith Corporation. Itulah beza antara Facebook dan Myspace… nasib antara gergasi dan anak syarikat yang sentiasa bertukar-tukar tangan.

RUJUKAN:

Adegoke, Y. (2011, April 7). Special report: How News Corp got lost in Myspace. Reuters.

Agger, M. (2009, April 16). Dude, Murdoch Friended Us! The New York Times.

Chmielewski, D., & Sarno, D. (2009, Jun 17). How Myspace fell off the pace. Los Angeles Times.

Dignan, L. (2007, Ogos 8). Fox Interactive turns annual profit; Myspace revenue to top $800 million is fiscal 2008. ZD Net.

Gibson, O. (2008, Jun 23). 200 million friends and counting. The Guardian.

Miller, J.T. (2014, September 9). Myspace Co-Founder Tom Anderson’s New Life as a Landscape Photographer. ABC News.

Moreau, E. (2020, Disember 16). Is MySpace (ditapiskan)? Lifewire.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.