Hubungan Bumi dan Bulan adalah bagai aur dan tebing. Kedua-dua objek angkasa ini bergantung antara satu sama lain. Jadi tanpa Bulan, tentu sekali kehidupan di Bumi akan berubah dengan ketara. Sangat ketara, sampai ada αηcαmαη kepυpυsαη.

Selain daripada serαηgαη makhluk asing bertaraf “planet killεr” atau kebodohan manusia sendiri, tidak mungkin Bumi akan mυsηαh. Heηtαmαη asteroid pun belum tentu boleh mengapa-apakan Bulan. Tetapi andai kata Bulan tiba-tiba hilang, apa akan berlaku pada Bumi?

Situasi jika Bulan tiba-tiba tiada.

Logiknya semua kehidupan di Bumi akan terkesan. Selain daripada tuntutan agama, Bulan ada peranan dalam kehidupan ramai orang.

Fasa Bulan mempengaruhi kadar melatonin yang bersangkut paut dengan kitaran hαiδ, sekali gus berkaitan pula dengan hal-hal kesuburan manusia (Zimecki, 2006).

Namun ada kajian menyatakan bahawa hubungan Bulan dengan kesuburan wanita sudah lama berakhir kerana kehidupan moden yang menggunakan cahaya lampu (Helfrich-Forster, et al. 2021).

Jadi sekadar untuk perbincangan: biologi manusia tidak terkesan. Tetapi serangga seperti kupu-kupu selama ini terbang mengikut cahaya Bulan dan bintang.

Kemudian anak-anak penyu yang baru menetas akan ikut cahaya Bulan untuk cari laut. Sebab itu banyak anak penyu keliru pergi ke jalan raya kerana ikut cahaya lampu (Zscheile, 2012).

Masalah Paling Besar

Cukup setakat seperti anak penyu dan kupu-kupu untuk faham ‘masalah-masalah kecil’. Semua tahu Bulan ada kena mengena dengan pasang surut laut. Walaupun jauh, graviti Bulan sedang menarik laut ke arahnya seperti dalam gambar dibawah:

High tide = air pasang.

Graviti Matahari turut memainkan peranan. Apabila Matahari dan Bulan berada sebaris, air laut akan ditarik daripada dua arah sekali gus menyebabkan air pasang sangat tinggi (Hemer, 2018).

Jadi tanpa Bulan, perkara pertama akan terganggu adalah imbangan pasang surut… sebelum faktor musim pula. Setiap negara ada musim sendiri. Dunia Barat paling ketara dengan panas, luruh, salji dan bunga.

Perubahan cuaca berlaku kerana kecondongan Bumi pada 23.4 darjah yang berpunca daripada Bulan.

Kecondongan Bumi yang berpunca daripada Bulan.

Jika Bulan tiba-tiba tiada, tentu sekali cuaca Bumi akan lebih rambang. Silap-silap ada bahagian Bumi takkan terima cahaya Matahari langsung… dan ada negara entahnya akan terima terlalu banyak cahaya Matahari (Johnson-Groh, 2019).

Dari sini semuanya akan rαηαp. Bayangkan jika Malaysia tiba-tiba tiada Matahari. Berapa lama sebelum industri padi dan sawit hαηcυr, menyebabkan krisis kelaparan dalam kalangan rakyat yang akan mula bercαkαrαη antara satu sama lain.

Jangankan pokok – haiwan yang hidup ikut musim pun terkesan habis. Mereka takkan boleh menyesuaikan diri kerana perubahan terlalu mengejut.

Manusia Hilang Arah

Bab percαkαrαη untuk makanan sudah satu hal yang besar. Umat manusia juga akan bersuara dalam naratif agama. Penganut agama Islam akan marah kerana tidak lagi dapat beramal bulan Ramadhan dan Syawal secara semulajadi.

Ramai dalam kalangan umat akan menyatakan pendapat tentang kiαmαt yang mesti disahut penganut agama lain. Dorongan Kristian pasti akan panas juga. Segala unsur sekularisme dalam Dunia Barat akan diheηtαm secara bergelombangan.

Ramai dalam kalangan penganut Kristian sekarang amalkan hidup “jaga kυbυr masing-masing”. Jika Bulan dilenyapkan, mesti semangat ini akan luntur sampai mereka terlebih jaga tepi kain orang.

Itu pun tertakluk seandainya cebisan Bulan tidak menimpa Bumi dalam bentuk asteroid… yang tentu sekali akan memυsηαhkan segalanya.

RUJUKAN:

Helfrich-Forster, C., et al. (2021). Women temporarily synchronize their menstrual cycles with the luminance and gravimetric cycles of the Moon. Science Advances. 7 (5).

Hemer, M. (2018, Disember 12). Curious Kids: How does the Moon, being so far away, affect the tides on Earth? The Conversation.

Johnson-Groh, M. (2019, November 25). What if the Moon disappeared tomorrow? Astronomy.

Zimecki, M. (2006). The lunar cycle: effects on human and animal behavior and physiology. Postepy Hig Med Dosw. 60: 1-7.

Zscheile, A. (2012). Wilbur the Washback Sea Turtle. Trafford Publishing. Halaman 4.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.