Pakaian angkasa sebenarnya nampak saja macam murah. Tetapi sebenarnya, sepasang pakaian saja boleh memiskinkan seorang jutawan. Dari dulu lagi pakaian angkasa sememangnya mahal.

Dan sekarang NASA sedang membuat rekaan baru yang lebih maju. Ikut harga sekarang, sepasang pakaian angkasa boleh mencecah AS$1 bilion (Fernholz, 2021).

Mahal tetapi serba boleh untuk melindungi tubuh badan angkasawan daripada permukaan Bulan yang suhunya sangat rambang. Jadi sebenarnya, pakaian angkasa adalah sebuah “kenderaan” kecil digunakan untuk keperluan angkasawan seperti komunikasi misalnya.

“Kenderaan” kecil yang memenuhi segala kehendak biologi.

Apa akan jadi jika tubuh badan terdedah pada ruangan angkasa? Cuba tengok filem Hollywood. Asal terdedah saja, ada yang bersepai. Ada yang beku terus.

Macam biasa, Hollywood tidak boleh dijadikan sumber.

Babak dalam Mission to Mars.

Seorang angkasawan jika terdedah memang pergi buat selamanya. Tetapi prosesnya sangat teruk dan mengambil masa beberapa minit (bukannya dalam masa beberapa saat).

Ruangan angkasa akan mengganggu cecair dalam tubuh badan yang akan mengembang. Oleh kerana tiada udara di ruangan angkasa, laluan pernafasan (hidung dan mulut) akan menjadi keras. Benda sebegini pernah berlaku dulu pada tahun 1966.

Seorang jurutera aeroangkasa bernama Jim LeBlanc sedang bantu menguji prototaip baju angkasa dalam sebuah “kamar angkasa” (bilik yang membuang udara dan tekanan mirip angkasa).

Kejadian yang mendebarkan tetapi amat mendidik.

LeBlanc ikut semua piawaian dalam operasi angkasa. Tetapi paip yang menyalurkan udara dalam helmet beliau tiba-tiba tercabut. Satu benda saja beliau ingat: air liur pada lidah membuih (Kwan, 2021).

Kemudian beliau pengsan. Pembuihan air liur dipanggil ebullism, sesuatu yang boleh berlaku pada penyelam laut dalam. Bagi yang tidak tahu, penyelam boleh turun ke dasar dengan cepat. Tetapi mereka tidak boleh bergegas naik ke atas. Kerana perubahan tekanan dari tinggi ke rendah akan menjejaskan sistem peredaran dαrαh.

Simtom ebullism adalah pembuihan dalam mulut (dan mata). Malah dαrαh juga akan membuih… dan kulit pun membeηgkαk sampai akhirnya otak boleh lemαs tanpa oksigen kerana arteri tersumbat. Ini yang berlaku pada LeBlanc. Manusia boleh pengsan dalam masa 10 saat, sampai ada yang terbuang nαjis kecil dan besar (Murray, et al., 2013).

Simulasi Menggunakan Data Komputer

NASA tidak mahu berpegang pada teori semata-mata. Dan mereka takkan boleh menguji secara praktikal. Memang gilalah terbang seorang manusia semata-mata untuk kena buang ke ruangan angkasa. Jadi mereka mengumpul semua data biologi yang ada berdasarkan kajian sedia ada. Dengan data yang ada, mereka membuat simulasi seolah-olah berlaku secara realiti.

Dapatan mereka sangat menakutkan sebenarnya. Ruangan angkasa akan memaksa udara keluar daripada paru-paru (walaupun tanpa hembusan). Angkasawan yang terdedah akan sesak nafas selama beberapa minit, mengharungi detik cemαs kerana gas dan air dalam badan akan keluar sekali.

Memang menakutkan. Seolah-olah kena sedut hidup-hidup tanpa sebarang jalan keluar. Andainya terjadi, angkasawan ada 15 saat sahaja sebelum simtom ebullism menjadi teruk. Masa yang sangat singkat untuk menyelesaikan suatu masalah… sesiapa saja akan panik jika berdepan dengan situasi sebegini.

Sebab itulah pihak NASA sanggup berbelanja sampai AS$1 bilion semata-mata untuk buat pakaian angkasa. Benda ini tidak boleh berlaku. Kalau apa-apa jadi di ruangan angkasa, misi berkenaan tentu sekali akan gagal. Kemudian NASA yang berada di Bumi perlu menjawab macam-macam soalan dan disiasat habis-habisan.

RUJUKAN:

Fernholz, T. (2021, Ogos 12). A $1 billion space suit is holding up NASA’s 2024 moon landing. Quartz.

Kwan, J. (2021, November 14). What would happen to the human body in the vacuum of space? Live Science.

Murray, D.H., et al. (2013). Pathophysiology, prevention and treatment of ebullism. Aviat Space Environ Med. 84 (2): 89-96.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.