Filem Armageddon memang merangsangkan sisi saintifik dalam minda penonton. Plotnya memang tidak logik tetapi pedulikan bab itu. Susunan babak pula boleh kata merepek. NASA berbelanja hampir AS$250 bilion antara tahun 1990 hingga 1999. Alih-alih NASA hantar dua pasukan bangang untuk menyelamatkan planet.

Bukan bab-bab ini yang orang bertanya sampai hari ini. Yang betul-betul menaikkan minat orang ramai adalah premisnya: sebuah asteroid bersaiz Texas sedang menghampiri.

Pertama sekali, hentaman asteroid di Bumi memang sangat mustahil. Perkataan “mustahil” ini berasaskan kebarangkalian (probability). Asteroid berdiameter bawah 1 kilometer boleh kata akan berlaku setiap 500,000 tahun. Asteroid lima kilometer besar berlaku 20 juta tahun sekali. Asteroid bersaiz hampir 700,000 kilometer persegi (saiz Texas) memang ‘mustahil’ sangatlah. Tetapi katakanlah ia menimpa Marikh – dan planet ini musnah dalam letupan yang berlaku.

Gambaran asteroid Texas.

Apa akan jadi pada kita? Jawapan paling singkat: Elon Musk berputih matalah sebab tidak dapat mendarat di Marikh. Mungkin sebab itu beliau beli Twitter. Entah-entah memang “Flying Texas” sedang menghampiri Marikh sekarang. Saja berkonspirasi sikit.

Pertukaran Warna Pada Asteroid

Di antara Marikh dan Musytari ada satu kawasan yang dipenuhi batu-batu asteroid. Kawasan ini dipanggil “Lingkaran Asteroid” (Asteroid Belt). Gambar-gambar satelit ambil semua menampakkan batu-batu hitam kelabu. Tetapi apabila gambar ini ditajamkan (sharpening), semua asteroid nampak hitam kemerah-merahan sebenarnya. Puncanya adalah kerana asteroid ini melintasi Marikh yang berwarna merah.

Merah-merah pipi asteroid.

Ini bukan hujah bangang. Dapatan ini dibuat pihak MIT sendiri – yang Marikh memainkan peranan di sebalik kemerahan asteroid (Chu, 2013). Bukan pasir Marikh ditabur pada permukaan asteroid. Ketepikan habis bahasa saintifik yang kompleks, senang cakap: peranan Marikh adalah berkaitan radiasi kimia.

Bulan Atau Bala – Atau Kedua-duanya

Marikh merupakan sebuah objek yang besar. Kalau ia meletup, mesti serpihannya pun besar. Serpihan-serpihan ini boleh menimpa Bumi. Tengoklah pada kedudukan Bumi dan Marikh.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, KITAB TAMADUN CINA di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman

Tetapi andainya tidak menimpa, Bumi mungkin mendapat Bulan baru. Serpihan-serpihan ini senang cakap akan menjadi “asteroid” berawang-awangan keseorangan macam segelintir dalam kalangan pembaca yang kesepian tanpa peneman dan menggigil terbayang soalan raya “bila nak kahwin?”

Lambat kahwin lama-lama takut ambil suami orang. Perkara ini mungkin berlaku jika “asteroid” bergerak pada kelajuan dan arah yang membolehkan Bumi tangkapnya sebagai “Bulan Kedua”. Untuk Bulan di langit kita dapat madu, kelajuan dan arah memang segala penentu. Kalau ada yang tidak percaya, cuba tengok dua bulan yang menghiasi langit Marikh – Phobos dan Deimos. Bentuknya jelas sekali mirip asteroid yang ditangkap planet Marikh (Morland, 2020).

Bulan-Bulan Marikh

Kalau poligami ini mesra, baguslah. Tetapi poligami jarang sesekali mesra… terutamanya jika seorang suami (Marikh) dibunuh dan isterinya (“asteroid”) lari menggatal dengan suami orang (Bumi).

Macam mana dengan ketentuan air pasang surut yang diimbangi Bulan sedia ada? Macam mana dengan taburan cahaya? Macam mana dengan migrasi burung yang tengok Bulan sebagai panduan navigasi semulajadi? Jika burung keliru dan mati, kesannya boleh nampak pada rantaian makanan pula.

Itulah – bala dan bulan.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, GENESIS II di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman

Silap-silap umat Islam berpecah belah habis. Satu puak nampak Bulan mengambang pada Ramadan ke-15 terus cakap esoknya raya. Satu puak lagi cakap Bulan tersebut palsu. Kena ikut Bulan sedia ada.

Sekarang ini pun sudah nampak bibit-bibitnya sampai majlis agama dituduh buat kerja minit terakhir. Gila suruh tengok anak bulan dan update seminggu awal.

RUJUKAN:

Chu, J. (2013, November 19). Asteroids’ close encounters with Mars. News MIT.

Morland, Z. (2020, Jun 23). Phobos – an asteroid masquerading as a moon of Mars? Open Learn.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply