1824, Perjanjian Inggeris-Belanda. Kesultanan Johor dibelah dua. Johor di bawah pengaruh British dan Kesultanan Riau di bawah penguasaan Belanda.

 

Kesultanan Riau dihapuskan oleh Belanda pada tahun 1911 manakala Johor kekal sebagai sebuah kesultanan di dalam Malaysia sehingga ke hari ini.

 

Semasa kesultanan-kesultanan Melayu lain dikuasai British, Johor di bawah pentadbiran Sultan Abu Bakar kekal merdeka dan diiktiraf kedaulatannya.

 

1868, baginda gunakan gelaran ‘Maharaja’ dan berkelana ke seluruh dunia bagi menjalin hubungan diplomatik dengan negara-negara berdaulat seperti United Kingdom, Empayar Uthmaniyah dan Prussia.

 

Bila British nak sangat letak penasihat dia di Johor, baginda sendiri turun ke England pada tahun 1884 untuk bincang dengan Pejabat Tanah Jajahan British di London untuk minta Residen British tak dilantik lalu diluluskan.

 

1885, Ratu Victoria iktiraf kedaulatan Johor apabila Perjanjian British-Johor ditandatangani. Baginda kemudiannya menggunakan gelaran ‘Sultan’ bermula tahun 1886.

 

Sultan Abu Bakar kuatkuasakan Undang-undang Tubuh Negeri Johor pada 1895 untuk pastikan Johor kekal merdeka.

 

Tapi tekanan kuat daripada British membuatkan Sultan Ibrahim, penerus Sultan Abu Bakar menerima Penasihat British menerusi perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1914. Runtuhnya benteng terakhir kesultanan Melayu di Tanah Melayu.

 

Kalau Johor tak jadi sebahagian jajahan British, apa yang mungkin berlaku?

 

Persekutuan Tanah Melayu kemungkinan besar takkan terbentuk dan Malayan Union menyatukan negeri-negeri Melayu yang lain mungkin tak dihapuskan pada tahun 1946.

 

Dato’ Onn Jaafar juga tak mungkin akan menubuhkan Parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) kerana parti ini lahir di Johor.

 

Malaysia hari ini mungkin dikenali sebagai Malayan Union yang mana kesemua penduduk Malaya pada tahun 1946 diberikan kerakyatan secara jus soli.

 

Johor pula akan kekal sebagai sebuah negara monarki seperti negara Brunei Darussalam dan bukan sebagai sebuah negeri.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Mungkin nilah “Alternate Ending” kalau Johor takde dalam Malaysia. Tapi korang terfikir tak apa jadi kalau Melayu Raya berjaya dibentuk?

Kalau nak tau, dapatkan segera KITAB TAMADUN MELAYU! Ada topik khas yang membincangkan mengenai Melayu Raya ni tau!

https://bit.ly/40FLVup


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply