Harini tular pasal 16 seksyen dalam peruntukan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 (Enakmen 2019) diputuskan terbatal dan tak sah oleh Mahkamah Persekutuan.

 

Apa sebenarnya yang terjadi ni? Mahkamah Syariah hilang kuasa ke?

 

Pertama sekali, kita kena tahu kenapa isu ni dibangkitkan. Isu ni dibangkitkan menerusi petisyen yang difailkan Nik Elin dan Tengku Yasmin pada 25 Mei 2022.

 

Anaknya berhujah bahawa kuasa menggubal undang-undang mengenai perkara jenayah adalah milik parlimen secara eksklusif, dengan dewan undangan negeri (DUN) hanya diberi hak untuk menggubal undang-undang berkaitan akidah Islam.

 

Enakmen-enakmen yang dibatalkan sebenarnya bertindih dengan undang-undang yang dah tertakluk di dalam Perlembagaan Persekutuan.

 

Mahkamah Syariah juga hanya mengamalkan hukuman takzir memandangkan hudud dan qisas masih tak dijalankan di Malaysia.

 

Hudud dan Qisas ialah hukuman yang dah ditetapkan oleh Allah. Manakala Takzir ialah hukuman yang tak ditentukan oleh Allah tetapi kadar dan bentuk hukuman ditentukan oleh kerajaan/pemerintah dan akan dijatuhkan kepada penjenayah mengikut budibicara hakim.

 

Memandangkan Mahkamah Sivil juga mengamalkan undang-undang takzir, ia akan menimbulkan kekeliruan untuk menghukum pesalah.

 

Hukuman takzir di Mahkamah Syariah ni ikut undang-undang yang ditetapkan kerajaan Negeri manakala hukuman takzir yang dilaksanakan oleh Mahkamah Sivil ikut undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan Persekutuan yang diluluskan oleh Parlimen.

 

Sebagai contoh, antara enakmen yang dah dibatalkan tu ialah Seksyen 16 & 17, kesalahan bagi bersetubuh dengan binatang dan mayat. Mengikut enakmen ni, hanya penjara tak melebihi 2 tahun dikenakan bagi pesalah.

 

Jika nak dibandingkan dengan undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan, Seksyen 377 bagi kesalahan yang sama menghukum pesalah dengan maksimum 20 tahun penjara.

 

Jadi, sama je pesalah tetap akan dikenakan hukuman walaupun enakmen dari Mahkamah Syariah tu dah dibatalkan.

 

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Korang nak cari buku-buku pop ilmiah dengan bahasa yang mudah difahami? Korang boleh cuba dapatkan pelbagai buku terbitan kami seperti Siri Kitab Tamadun di shopee segera!

shope.ee/7KYaQY9faJ


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply