Di Trino Vertex, Rizab Biosfera Mapimi di utara Mexico, terdapat satu kawasan yang menyebabkan kompas bermasalah dan tidak mendapat sebarang isyarat radio atau satelit. Kawasan ini dikenali sebagai La Zona del Silencio atau Zon Senyap. Pendek kata, ini merupakan Segi Tiga Bermuda di darat.
Nama Zon Senyap mula dikenali pada tahun 1930-an menerusi dakwaan seorang juruterbang bernama Francesco Sarabia. Sarabia mendakwa semasa di terbang di kawasan berkenaan, peralatan penerbangannya tidak berfungsi sama sekali. Cubaan mendapatkan bantuan dari menara kawalan juga tidak berhasil kerana tidak mendapat sebarang isyarat radio.
Kemudian pada tahun 1970-an, kerajaan Amerika Syarikat memberitahu Mexico bahawa sebuah pe.lu.ru berpandu mereka yang dilancarkan dari Pangkalan Pe.lu.ru Berpandu White Sands, New Mexico rosak atau ditarik sekitar Zon Senyap. Kebenaran kemudiannya diberi kepada pihak AS untuk menyiasat insiden berkenaan. Semasa siasatan dijalankan, pasukan penyiasat mendapati tiada sebarang isyarat boleh menembusi kawasan itu.
Ini disebabkan oleh kewujudan lapangan magnetik tempatan yang menghasilkan zon gelap sekaligus mengakibatkan semua isyarat dihantar ke situ tiada. Situasi ini mendorong Mexico City menubuhkan sebuah makmal penyelidikan di situ dengan tujuan mengkaji flora dan fauna yang wujud di situ. Tetapi ramai percaya makmal kerajaan itu sebenarnya ditubuhkan untuk menyiasat pelbagai anomali yang berlaku di Zon Senyap.
Para saintis percaya lapangan magnetik sekitar Zon Senyap terhasil akibat kuantiti deposit magnetit dan uranium yang tinggi. Ini berlaku disebabkan oleh kawasan ini sentiasa dihentam oleh meteorit terutama insiden pada 1938 dan 1954. Saintis percaya saki-baki meteorit ini mempunyai ciri magnetik yang berupaya menarik meteorit lain gugur di tempat sama.
Tetapi anomali yang biasanya disaksikan di Zon Senyap ialah fenomena piring terbang atau UFO. Kalau tidak melihat UFO, ada saksi mendakwa terserempak dengan individu yang mendakwa dirinya datang dari atas (planet lain), Terpulang kepada para pembaca untuk mempercayainya atau tidak. Tetapi Zon Senyap merupakan saksi kepada pelbagai insiden yang tidak dapat dijelaskan secara logik.
Lebih aneh, dari segi geografi, kedudukan Zon Senyap dilihat selari dengan Segi Tiga Bermuda dan Piramid Giza serta di utara Tropic of Cancer. Saintis Mexico menggelar kawasan ini sebagai Laut Thetys berikutan ia pada asalnya merupakan dasar laut jutaan tahun lalu. Mungkinkah semua ini ada kaitan dengan fenomena-fenomena di Zon Senyap? Dengan pelbagai fenomena yang tidak dapat dijelaskan berlaku di situ, maka ia sesuatu yang perlu dilihat oleh komuniti saintifik secara terbuka dan tanpa bias.
RUJUKAN
Holloway, A. (2021, 10 Disember). The Zone of Silence – The Bizarre Bermuda Triangle of Northern Mexico. Ancient-Origins.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih