Pada tahun 2012, CERN telah menjumpai zarah baru iaitu popular dikenali sebagai God Particle. Dalam komuniti saintifik, ia dikenali sebagai Higgs Boson bersempena dengan nama ahli fizik menemui zarah ini iaitu Peter Higgs. Penemuan zarah ini lantas membuktikan kewujudan Medan Higgs (Higgs Field) yang berperanan memberikan jisim kepada zarah asas – zarah yang membentuk blok-blok binaan setiap objek termasuk tubuh manusia.
Untuk mudah difahami, analogikan Medan Higgs seperti udara di sekeliling kita. Ia wujud, tetapi tidak nampak. Kewujudannya memenuhi ruang. Apa itu zarah asas? Zarah asas adalah zarah yang paling kecil ditemui oleh manusia setakat ini dan ia tidak boleh dibelah lagi seperti electron, kuark, gluon, lepton dan lain-lain. Zarah ini lebih kecil daripada atom.
Zarah asas pula terbahagi kepada dua jenis iaitu Fermion dan Boson. Fermion adalah zarah-zarah asas yang membentuk jirim (objek) seperti manusia, meja, pokok, tumubuhan dan lain-lain. Boson pula adalah zarah-zarah asas yang membawa sifat kepada jirim seperti jisim contohnya. Higgs Boson adalah zarah boson yang memberikan jisim kepada jirim. Zarah boson dikatakan sebagai pembawa sifat dan tenaga. Foton adalah zarah boson yang membawa tenaga gelombang elektromagnet.
Manusia dan objek-objek lain mempunyai jisim kerana zarah-zarah asas tubuh kita berinteraksi dengan Medan Higgs. Lebih kuat zarah-zarah ini berinteraski, semakin besarlah jisimnya.
Mengapa ia dipanggil sebagai God Particle?
Gelaran ini diberikan oleh Leon Lederman, seorang ahli fizik dalam bukunya bertajuk ‘The God Particle: If The Universe Is The Answer, What Is The Question?’ Pada asalnya, Lederman meletakkan tajuk buku tersebut ‘The Goddamn Particle…’ bagi menggambarkan betapa sukar untuk menemui Higgs Boson. Tetapi editor penerbit yang memnerbitkan bukunya menukar tajuk tersebut.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih