Biasa lihat tak jika dalam drama atau filem Cina purba, ada ditunjukkan sebuah gendang yang boleh diketuk oleh rakyat biasa? Jadi, apa sebenarnya fungsi gendang ini ketika zaman Cina purba?
Jika anda nak tahu, gendang itu adalah salah satu cara bagaimana sistem aduan rakyat Cina purba berfungsi. Sebenarnya, selain daripada penggunaan gendang, sistem aduan rakyat ini ada banyak jenis.
Sistem aduan rakyat ini menjadi satu amalan ideal dalam ketamadunan Cina, dengan permulaannya sebagai sebuah institusi tidak formal pada Dinasti Han, dan berkembang menjadi sistem agak komprehensif pada Dinasti Tang.
Sistem aduan ini telah mengalami pengubahsuaian yang ketara selama beberapa tempoh, termasuk ketika Dinasti Song (960–1279), Dinasti Yuan (1279–1368), Dinasti Ming (1368–1644), dan Dinasti Qing (1644–1911).
Meskipun pada pendapat para pentadbir negara, ia dianggap sebagai sesuatu yang memalukan, malah sering gagal untuk memuaskan hati rakyat, sistem aduan ini tetap berkembang dengan berakar umbi daripada konsep yang mereka panggil sebagai ‘tianli kangzheng’, iaitu penentangan yang dibenarkan oleh syurga.
Dari segi sejarah, ia dikatakan telah mempunyai konsep asas ketika zaman Zhou Timur (771–246 SM), apabila asas undang-undang China mula terbentuk. Namun, rekod bertulis pertama tentang sistem aduan ini adalah ketika Dinasti Han.
Zhouli, iaitu teks purba yang ceritakan tentang Dinasti Zhou, mencatatkan dua kaedah utama untuk membuat aduan kepada pemerintah legenda Yao dan Shun. Yang pertama ialah gendang yang didirikan di luar pintu gerbang istana yang paling dalam.
Seorang pegawai yang dipanggil ‘dapu’, yang tugasnya termasuk mengekalkan takhta kerajaan, menyampaikan perintah raja, dan menghukum rakyat yang terpesong, telah ditugaskan untuk mengendalikan gendang.
Mana-mana rakyat yang tidak berpuas hati dan tidak dilayan di tempat lain dibenarkan untuk memukul gendang. Setiap kali dia mendengar bunyi gendang, dapu akan segera melaporkan kes itu kepada raja.
Cara kedua pula, adalah menggunakan batu merah (feishi), untuk meluahkan ketidakpuasan serta rungutan mereka kepada pemerintah.
Ketika Dinasti Han pula, kaedah yang paling penting dan digunakan secara meluas untuk menyuarakan aduan adalah merayu di hadapan gerbang istana. Pada 167 SM, semasa zaman pemerintah Wendi, seorang gadis muda bernama Ti Ying merayu ke gerbang istana di Chang’an, apabila bapanya, seorang kerani, dijatuhkan hukuman dicacatkan badan.
Suratnya bukan sahaja sampai ke tangan Wendi dan menyelamatkan nyawa bapanya, tetapi juga membantu memujuk penguasa untuk menghapuskan kebanyakan hukuman pencacatan badan tidak lama selepas itu.
Ketika Dinasti Han ini juga, pegawai dan rakyat jelata boleh mengemukakan aduan melalui kereta sorong rasmi (gongche shangshu) yang dihantar oleh mahkamah untuk membawa pelajar ke ibu negara.
Pada era Dinasti Tang pula, sistem aduan yang dibenarkan adalah melalui tiga cara utama, iaitu memukul gendang, menghentikan kereta/pedati diraja serta menyerahkan surat aduan terus kepada mahkamah (shangbiao). Tapi, pengadu yang mengambil kesempatan atau menipu akan dihukum dengan sebanyak 80 kali sebatan buluh jika rayuan mereka terbukti tiada asas yang kukuh.
Dan, meskipun melalui beberapa perubahan dalam sistem aduan ini, kaedah ini kekal sehingga Dinasti Ming iaitu melalui tiga kaedah utama tersebut. Bezanya, aduan yang tak berasas tanpa bukti kukuh boleh menyebabkan pengadunya dihukum 100 kali sebatan.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih