Sesuai dengan namanya, ‘Neo’ berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud ‘baru’. Maka, ‘Neoliberalism’ adalah Liberaslim dalam bentuknya yang baru.
Idea ini muncul sebagai sanggahan kepada liberalism klasik daripada blok Von Mises, John Locke, Adam Smith, dll.
Tokoh dalam Neoliberalism dalah seperti F. Hayek, Milton Friedman dan James M. Bucahanan. Disebabkan bacaan aku lebih banyak karya-karya Hayek, maka Neoliberalsim yang aku tulis disini adalah versi beliau sendiri.
Neoliberalism lebih dekat dengan konservatifism walaupun F. Hayek menyangkal dakwaan itu. Rujukan mereka untuk sesetengah idea tentang akal datang daripada konservatif seperti Edmund Burke.
Idea Neoliberalism ini luas. Ia merupakan idea yang menumpu pada kebebasan ekonomi dan pasaran bebas. Aku tak mahu sembang sangat pasal idea ekonominya.
Tapi aku nak sembang dasar kebebasan individu dan masyarakat yang digariskan oleh Neoliberalism.
Berikut merupakan prinsip ‘kebebasan’ tersebut.
1. Kebebasan Individu
Menurut Hayek. kebebasan adalah milik setiap individu. Dalam mendefinisikan kebebasan ini, Hayek tidak menumpu pada apa yang individu boleh buat.
Tapi dia menumpu apakah hambatan luaran yang membuatkan individu tak mampu membuat pilihan dan rencana hidupnya sendiri.
Persoalan utama yang timbul, bukan apa yang aku bebas lakukan, tapi apakah apa yang aku buat ini mampu memaksa orang lain.
Hambatan luaran ini, tidak lain dan tidak bukan datang daripada individu lain yang berbentuk paksaan.
Kebebasan individu ini sama sekali Hayek tegaskan jangan dicampurkan dengan kebebasan politik. Individu yang berpolitik tak boleh bebas menggunakan kuasanya.
Kemudian, Hayek menggariskan yang kebebasan individu ini mesti datang dengan tanggungjawab. Apa yang kau buat, kau bertanggungjawab ke atasnya.
Kebebasan individu yang digariskan oleh Hayek lebih menumpu pada kemajuan materialistik dan kemajuan peradaban. Yelah, kan Neoliberalism teori ekonomi.
Contohnya, kau nak jadi doktor, tapi mak ayah tak bagi. Menurut Neoliberalism, mak ayah telah menghalang kebebasan tersebut.
2. Batasan Kuasa Negara
Ramai orang salah faham dengan batasan ini.
Neoliberalism sangat tekankan paksaan negara ke atas rakyatnya. Paksaan ini akan dijalankan apabila terdapat kelompok ataupun individu menyekat kebebasan individu atau kelompok lain.
Dalam hal ini, Neoliberalism akui tidak semua bentuk paksaan oleh individu lain dapat dihalang.
Neoliberalism tak kisah kalau paksaan itu datang dalam bentuk psikologi ataupun teguran. Tapi Neoliberalism sangat menentang paksaan dalam bentuk diskriminasi dan fizikal.
Negara berperanan menghalang paksaan yang berbentuk begitu demi untuk menjaga kebebasan individu dan masyarakat.
3. Idea Berkenaan Moraliti
Bagi Neoliberalism, cuma satu benda saja yang individu tak boleh bebas iaitu moraliti.
Bagi Neoliberalism, setiap individu wajib tunduk pada moral. Ia bukan pilihan bebas. Hal ini ditekankan bagi menjaga tingkah laku manusia dan memelihara keamanan.
Hayek kata, “Tidak mempunyai pilihan kecuali tunduk.”
Moral apa pula yang kena ikut? Moral liberalism ke? Eh, tentulah bukan seperti yang dicanang-canang.
Neoliberalism tidak tekankan, tapi mengharapkan setiap individu mengikuti moral masyarakat setempat supaya berlakunya kesepakatan.
Neoliberalism bukan ideologi agama untuk beritahu apa yang baik dan apa yang buruk. Sebab itu bila timbulnya paksaan dari segi moral, Neoliberalism tak ambil peduli sangat.
Hal ini yang membuatkan Hayek kata John S. Mill (liberalism klasik) sebagai berlebih-lebihan tentang makna kebebasan apabila datangnya isu berkenaan moral.
4. Kebebasan Bertindak.
Dalam hal ini, Neoliberalism mahu melindungi setiap individu daripada gangguan fizikal yang mampu menghalang individu itu daripada bertindak untuk merencana hidupnya sendiri.
Untuk merencana hidup, individu memerlukan pelbagai maklumat. Jadi, bentuk paksaan yang menghalang kebebasan tersebut menurut Neoliberalism adalah menghalang kemasukan maklumat.
Jadi sekatan ke atas maklumat seperti haramkan buku, tak beritahu ke mana duit disalurkan, tak beritahu duit rakyat digunakan untuk apa, tak diberitahu duit zakat disalurkan ke mana adalah bentuk-bentuk yang menghalang kebebasan.
5. Kesetaraan & Keadilan
Berbeza dengan Liberalism klasik yang kata semua manusia dilahirkan sama, Neoliberalism menolak idea ini. Mereka menyatakan manusia semua dilahirkan tak sama.
Semua orang dilahirkan dengan bakat dan kapasiti yang berbeza-beza.
Dari segi hukum dan undang-undang, manusia tidak sepatutnya disetarakan, tapi menuntut pada keadilan.
6. Anti-Rasionalism
Ini merupakan dasar penting dalam Neoliberalism.
Neoliberalism menolak idea rasionalism yang didukung oleh John Locke dan ‘sekutu-sekutunya’.
Tapi, Neoliberalism tak menentang rasionalism, cuma ia mahu akal dapat berfungsi dengan lebih efektif. Mereka tak gunakan isitlah ‘anti-rasionalism’ kerana kelihatan berbahaya dan salah faham.
Jadi, mereka mewujudkan istilah ‘konstruktivis’ dan ‘kritis’ yang berbeza dengan rasionalism. Dalam hal ini mereka meletakkan ‘batas’ pada akal supaya akal lebih efektif.
Cumanya, batas yang dimaksdukan oleh Neoliberalism bukan bermaksud tak boleh fikir itu tak boleh fikir ini, tak boleh baca itu, tak boleh baca ini.
Tapi ia menuntut kritikan ke atas akal tersebut.
Sekian.
Rujukan:
Friedrich August von Hayek
Pemenang Anugerah Nobel Ekonomi 1974
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih