Kalau kita belajar sejarah Perang Dingin, satu istilah yang selalu muncul ialah “negara satelit Soviet”. Tapi apa sebenarnya maksud “negara satelit”?

Kenapa ia penting dalam memahami geopolitik blok Timur?

Secara ringkas, negara satelit Soviet merujuk kepada negara-negara di Eropah Timur yang secara rasmi merdeka, tapi secara praktikal dikawal oleh Kesatuan Soviet (USSR) dari segi politik, ketenteraan dan ideologi sepanjang era Perang Dingin.

Selepas Perang Dunia Kedua tamat pada 1945, Soviet Union mula kukuhkan pengaruhnya ke atas negara-negara yang “dibebaskan” oleh Tentera Merah dari Jerman.

Negara-negara ini termasuklah Poland, Hungary, Romania, Bulgaria, Czechoslovakia, dan Jerman Timur. Walaupun mereka tidak menjadi sebahagian daripada USSR, kerajaan mereka disusun semula untuk tunduk kepada kepentingan Moscow.

Parti komunis dijadikan pemerintah utama, dan dasar-dasar negara selaras dengan ideologi Marxisme-Leninisme.

Kenapa Soviet buat macam ni?

Sebab utama adalah kerana keselamatan dan kawalan pengaruh. Soviet bimbang akan serangan dari Barat, jadi mereka cipta “zon penampan” (buffer zone) — iaitu rangkaian negara yang boleh bertindak sebagai benteng antara USSR dan dunia kapitalis.

Tapi ini bukan sekadar strategi pertahanan. Ia juga jadi cara USSR menunjukkan kepada dunia bahawa komunisme ialah kuasa global yang mampu luaskan pengaruhnya.

Namun, pengaruh ini tidak datang tanpa penentangan. Rakyat di negara-negara satelit sering memberontak. Termasuk kebangkitan Hungary pada 1956 dan Revolusi Prague 1968, tapi semuanya dipatahkan oleh kekuatan Soviet.

Maka kita dapat faham, negara satelit Soviet bukan hanya istilah sejarah. Ia cerminan bagaimana kuasa besar boleh “kawal” negara lain tanpa perlu menjajah secara rasmi. Mereka kekal dalam peta sebagai negara merdeka, tapi dasar mereka ditulis dari Kremlin.

Dan inilah realiti Perang Dingin: perang tanpa tembakan antara dua blok ideologi, kapitalis dan komunis yang berebut pengaruh, bukan saja di Eropah, tapi di seluruh dunia.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Historofil yang punyai minat untuk berkongsi hasil dapatannya melalui wadah penulisan. Harapannya cuma satu, menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan tamadun anak bangsa menuju sebuah keagungan.

Comments are closed.