Newsfeed aku semalam penuh dengan perbualan topik narcissim. Aku tengok semua dok bahas sisi buruk Narcissim jer, tanpa ada seorang pun nak bincangkan sisi baik. Bahkan, mereka tak sedar bahawa dalam diri mereka, ada dos narsistik dalam mereka mengecam narcissim.
Dalam dunia ni, ada pelbagai jenis Narcissism. Kita sentiasa dengar mengenai sisi buruk Narcissism. Kalau google jer pasal Narcissism, kita akan jumpa semua benda-benda yang buruk pasal Narcissim. Page FB yang didedikasikan untuk mengutuk penghidap Narsistic Personality Disorder ini pun banyajk.
Dan lepas tu, kita kalau bertanya mengenai Narcissm ni, kita akan mengetahui betapa setiap orang disekitar kita pernah ada dakwaan bahawa mereka pernah berjumpa dengan seorang yang Narcisis. Padahal statistik menunjukkan hanya 1 dalam 100 orang sahaja, atau kira-kira 1 peratus dari populasi umum manusia menghidap Narcissistic Personality Disorder.
Narcissistic ini diambil dari nama Narcissus, dalam mitologi Yunani mengenai seorang lelaki yang ternampak pantulan dirinya dalam air kolam dan dek jatuh cinta dengan diri dia, maka dia terbuai-buai memandang wajahnya sampai akhirnya dia jatuh lemas di dalam air.
Jadi, secara ringkas, Narcissistic ni ialah perbahasan mengenai seorang yang ada kecintaan pada diri dia, kebanggaan yang meluap-luap dan seumpama dengannya.
Tapi aku tak berminat nak ulas mengenai simptom-simptom dan ciri-ciri yang dikaitkan dengan personaliti Narcissistic ini, tapi korang tahu tak sebenarnya setiap antara korang sebenarnya dibahaskan oleh psikologi memiliki dos narsisistik tersendiri?
Ye, ini yang dibahaskan oleh Bapa Psikoanalisis, Sigmund Freud yang mengatakan bahawa narsisistik sebenarnya adalah sebahagian daripada diri manusia. Yang menjadi masalah adalah apabila sikap ini dibawa ke tahap ekstrim.
Apa yang aku faham melalui pembacaan aku, yang dimaksudkan dengan Narcissism Sihat ni adalah merujuk kepada self-esteem dan self-worth yang tinggi. Ini bermaksud seorang yang memiliki dos Narcissism Sihat memahami dan yakin dengan kebolehan dia tersendiri.
Seorang yang ada Narcissism Sihat memahami kecantikan, kebolehan dan kebijaksanaan mereka sendiri. Kata Dr. Susan Kolod, seorang psychologist, setiap orang harus melatih dalam diri mereka untuk memiliki Narcissism Sihat.
Yelah, kalau kalian lihat orang-orang yang berjaya pada hari ini, mereka terdiri daripada orang yang percaya mengenai keupayaan mereka, yang percaya bahawa mereka ada potensi untuk berjaya dan percaya bahawa diri mereka ditakdirkan untuk sesuatu yang besar.
Tambah Susan Kolod, narcissism sihat ni adalah satu level di atas self-esteem dan self-worth. Ia adalah berkisarkan mengenai bagaimana kita merasa selesa, asyik dan gembira dengan keupayaan diri sendiri. Siap Dr Susnan Kolod petik bahawa Narcissism sihat ini boleh ditafsir dalam satu lirik lagu:
I feel pretty,
Oh, so pretty,
I feel pretty and witty and bright!
And I pity
Any girl who isn’t me tonight.
I feel charming,
Oh, so charming
It’s alarming how charming I feel!
And so pretty
That I hardly can believe I’m real.
– “I Feel Pretty,” West Side Story
Pernah tengok orang yang berjaya yang jenis rasa low-self-esteem dan low-self-worth? Mereka merasakan diri mereka tak berkualiti, tak mampu mencapai sesuatu yang besar dan masih belum dapat mengesan keupayaan mereka. Tak… semua kisah orang yang berjaya bertentangan dengan apa yang aku gariskan kata atas.
Antara manfaat memiliki Narcissism sihat ini ini adalah jika seseorang dapat memperoleh keseronokan narsis dari kerja keras yang dilakukan dengan baik, ia dapat mengekalkan seseorang itu melalui masa-masa kekecewaan dan kegagalan, dengan itu mencegah kemungkinan seperti burnout, depression dan sebagainya.
Narcissism sihat dapat memberikan daya tahan untuk seseorang pada saat kekecewaan dan kesedihan.
Yelah, bayangkan anda merasa puas sebab berjaya menyelesaikan setiap tugasan yang sukar dalam hidup, mencapai kejayaan yang membanggakan, dan anda pula bangga dengan diri anda selepas mencapai itu.
Maka segala kesusahan, kekecewaan dan kegusaran anda hadapi ketika mencapai matlamat anda, berjaya diubati dengan perasaan sayang dan bangga dengan pencapaian anda.
Tapi berbeza dengan penghidap Narsistic Personality Disorder atau kita panggil sebagai Destructive Narcissism atau Narcissism yang menghancurkan. Perasaan keyakinan diri mereka tahap grandiose di mana tidak lagi berpaksi kepada realiti.
Perasaan yakin diri mereka berkualiti sehingga melahirkan sifat superior kepada mereka disekeliling. Tapi sikap grandiose ini tidak terhad kepada penghidap Narsistic Personality Disorder sahaja, tetapi penghidap disorder lain. Contohnya seperti antisocial personality disorder dan bipolar disorder.
Senang cerita, apabila perasaan self-esteem yang terlalu ekstrim wujud dalam diri manusia, sampai hilang empati pada orang lain, menggunakan orang lain untuk mencapai kejayaan, maka ketika itulah sikap Narcissim sudah mencapai tahap kronik dan perlu diubati.
Akhir kata, yakin dengan keupayaan diri anda, merasakan anda berkualiti dan cintakan kebolehan yang TUHAN berikan kepada anda tidak pernah salah. Yang menjadi kesalahannya ialah apabila perasaan itu sampai ke tahap ekstrim sehinggakan memberi kerosakan kepada orang disekitar anda.
RUJUKAN:
Kolod, Susan. (2016). What Is Healthy Narcissism?. Psychology Today.
Brown, Lachlan. (2018). Healthy Narcissism Vs Narcissistic Abuse: What You Need To Know. Hackspirit.
Ananya, Mandal. (2019). Healthy Narcissism.
Hartwell-Walker, Marie. (2018). Narcissistic Personality Disorder vs. Normal Narcissism. PsychCentral.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih