The doctor-patient relationship is critical to the placebo effect.” – Irving Kirsch

Pada tahun 1996, Guy Montgomery dan Irving Kirsch dari University Connecticut melakukan kajian ke atas 56 orang pelajar. 32 perempuan dan 24 lelaki yang sukarela untuk mengambil bahagian sebagai ganjaran jam kredit untuk kursus psikologi.

Sebelum eksperimen dimulakan, mereka telah menjalani ujian kesihatan. Kalau ada s*kit-s*kit macam d*rah tinggi, diabetes, trauma, lupus dan apa saja masalah kesihatan tidak dibenarkan untuk terlibat dalam eksperimen.

Ketika dalam makmal, para pelajar ini diberitahu yang saintis dalam makmal itu sedang menguji sejenis ubat yang boleh mengurangkan s*kit. Ubat tersebut diberikan nama ‘trivaricane’. Para pelajar ini juga diberitahu bahawa ubat tersebut telah dibuktikan berkesan berdasarkan kajian di universiti-universiti lain.

Kemudian, setiap pelajar disapu ubat trivaricane pada jari telunjuk masing-masing. Dalam jurnal, tak diberitahu sama ada jari kanan ataupun jari kiri. Tapi yang pasti ianya salah satu.

Selepas 30 saat ubat tersebut disapu, jari-jari telunjuk mereka diketam dengan sebuah alat. Kadar daya yang dikenakan memang dia dah tentukan. Jadi, semua orang akan rasa daya ketaman yang sama.

Okey selesai.

Para pelajar ini ditanya tahap kes*kitan yang mereka alami. Mereka mendapati trivaricane memberikan kesan untuk menahan s*kit. Antara dua-dua jari telunjuk yang diketam, para pelajar ini kata jari yang disapu ubat kurang s*kit berbanding yang tak disapu langsung.

Yang menariknya adalah sebenarnya trivaricane bukanlah ubat tahan s*kit. Ia cuma sekadar campuran iodin, minyak dan air yang sememangnya tak memberikan apa-apa kesan pun untuk mengurangkan rasa sakit.

Tapi kenapa para pelajar memberitahu hasil yang sebaliknya?

Inilah yang dipanggil sebagai kesan placebo. Ia adalah kesan pada minda kita. Sesuatu yang palsu apabila dipercayai akan kelihatan benar. Inilah yang berlaku kepada para pelajar tadi.

Sebelum eksperimen dijalankan, para pelajar ini dah percaya siap-siap yang trivaricane itu adalah ubat tahan s*kit. Saintis dalam makmal itu pula siap cakap ia terbukti berkesan berdasarkan kajian daripada pelbagai universiti.

Padahal saintis itu bohong saja. Dia cakap macam itu sebab nak menanam kepercayaan para pelajar terhadap ubat tersebut.

Perkataan ‘placebo’  berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud ‘I shall please’. Kesan placebo ini telah lama digunakan oleh ahli-ahli perubatan zaman pertengahan untuk mengubat penyakit yang tak ada ubatnya.

Ia digunakan untuk mengubah set minda (mind-set) pesakit supaya lebih positif. Kepercayaan pesakit terhadap doktor dan ubat-ubatan dikatakan mampu mengubah faktor fisiologi yang mampu memperbaiki simptom-simptom yang dialami. Dapat mengurangkan tekanan darah, kelajuan degupan jantung dan mampu melepaskan endorfin yang bertanggungjawab mengurangkan s*kit.

Sama macam placebo, nacebo juga mempunyai kesan yang sama. Cuma nacebo ini terbalik. Kalau placebo memberikan kesan yang positif seperti menyembuhkan, nacebo pula memberikan kesan yang negatif.

Nacebo berasal daripada perkataan Latin juga yang bermaksud ‘I shall h*rm’.

Pada 2 Disember 2017, dua orang kawan aku bercerita pasal hantu. Seorang kawan aku cerita, ada seorang kawan dia dulu macam kena saka sampai dia sekali terkena kesannya. Kesannya itu sampai mimpi-mimpi buruk.

Kemudian, aku tanya dia, “Mimpi buruk itu datang selepas kau tahu dia ada saka ataupun memang kau dah ada mimpi itu sebelum kau tahu?”

Dia jawab, dia dapat mimpi buruk itu selepas dia tahu kawan dia itu ada saka. Padahal kawan dah lama. Tapi kena saka bila dah tahu cerita.

Ini menunjukkan kepercayaan terhadap saka itu sendiri memberikan kesan kepada minda kita sampai terbawa-bawa dalam mimpi. Bukan saka itu sendiri. Tapi kepercayaan itu. Kalau tak percaya, tak ada apa.

Seorang lagi kawan aku cerita pula dia cakap, dia ada tengok cerita hantu. Cerita hantu sampai buatkan dia ternampak itu ini dan terbawa-bawa dalam mimpi. Tapi lepas seminggu dua, tak ada dah benda-benda macam itu.

Ini bermaksud, benda-benda negatif yang palsu, apabila kita percaya akan kelihatan benar. Tapi kesannya adalah negatif. Terbalik dengan kesan placebo tadi.

Kajian dalam perubatan mendapati pesakit akan mudah menerima sesuatu yang negatif, terutamanya apabila dia menghadapi sesuatu yang kelihatan meng*ncam dirinya seperti pemb*dahan dan penyakit yang teruk.

Ada pesakit yang menerima suntikan mengalami kegelisahan dan kes*kitan yang tinggi apabila perkataan ‘suntikan yang menyengat’, ‘meny*kitkan’, dan ‘teruk’ digunakan.

Kalau doktor gunakan perkataan seperti, “S*ntikan ini akan bagi kebas dan kamu akan lebih selesa,” pe*akit akan lebih selesa. Malah kadar s*kitnya tidak setinggi kalau doktor sebut, “S&ntikan ini sangat menyengat dan ini adalah prosedur yang paling meny4kitkan”.

Kesan placebo & nacebo selalu dibincangkan dalam kajian-kajian perubatan. Tapi dalam dunia seharian kita, benda macam ini pun kita dapat rasa impaknya.

Ambil saja contoh gejala buli melalui verbal (perkataan). Kata-kata negatif dapat membuatkan orang yang kita buli itu percaya perkataan itu, lalu mampu mengubah gaya hidupnya sendiri. Boleh jadi muram dan suram. Kalau dia tak endah, hidupnya lebih senang.

Di laman sosial pun begitu, kalau orang cakap kita bodoh, tak reti apa semua, ia memberikan kesan kalau kita percaya apa yang dia cakap itu adalah kita. Kalau tak percaya dan tak endah, kesannya lain pula.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Comments are closed.