Semalam merupakan pengumuman imej pertama Lohong Hitam (Black Hole) yang selama ini geng teori konspirasi dan anti-barat duk perlekeh. Imej ini sekali lagi membuktikan kebenaran Teori Relativiti Umum Einstein selepas penemuan gelombang kegravitian pada tahun 2016 – juga teori yang geng itu canang ‘sekadar teori’. ?

Imej ini diambil oleh Event Horizon Telescope (EHT) yang menggabungkan 8 teleskop gergasi di seluruh dunia. Imej yang ditangkap ialah imej Lohong Hitam di pusat galaksi Messier 87 yang terletak di sekitar 53 juta tahun cahaya. Mempunyai jisim seberat 6 juta kali lebih berat daripada matahari.

Apa itu ‘Black Hole’?

‘Black Hole’ atau ‘Lohong Hitam’ terbentuk hasil daripada kematian bintang. Syarat bintang ini untuk menghasilkan Black Hole mestilah mempunyai jisim seberat paling tidak beratus kali ganda lebih berat daripada Matahari.

Kalau tak, bintang tersebut tidak akan menjadi Black Hole, ia akan jadi White Dwarf atau bintang Neutron.

Setiap bintang ada dua tenaga yang membuatkannya untuk terus hidup iaitu tenaga nuklear dan tenaga graviti yang saling berlawan antara satu sama lain.

Tenaga nuklear ini menjalankan proses pelakuran yang membakar untuk membuatkan bintang terus hidup. Kalau bahan bakar dah tamat, bintang akan mati.

Selepas bintang mati, bintang ini akan jadi tiga benda saja. Sama ada Black Hole ataupun White Dwarf ataupun bintang Neutron. Kalau jisimnya cukup tinggi, ia akan jadi Black Hole.

Bintang berjisim yang lebih besar daripada Matahari mampu menghasilkan besi hasil daripada proses pelakuran nuklear. Pembentukan besi telah menyebabkan berlakunya ketidak-seimbangan antara tenaga graviti dan tenaga nuklear.

Ketidak-seimbangan ini akhirnya menyebabkan pusat bintang berkecai dan meletup menjadi ‘super-nova’ yang menerangi alam.

Kemudian, terbentuklah ‘Black-Hole’.

‘Black-Hole’ kekuatan graviti yang cukup tinggu. Kekuatan graviti Black-Hole sampai cahaya pun tak boleh nak lepas.

Maksudnya apa tuan-tuan?

Roket memerlukan kelajuan 40,320 km/h untuk melepaskan diri daripada graviti Bumi supaya dapat terbang ke angkasa. Kelajuan ini bersamaan 33 kali ganda kelajuan bunyi.

Cahaya pula mempunyai kelajuan bilion km/h yang mana kelajuan ini pun tak dapat nak lepas dengan graviti Black Hole.

Jadi, sesiapa yang masuk ke dalam Black Hole, tidak akan dapat keluar semula.

Sesiapa yang menghampiri Black Hole, masa di sekelilingnya akan bergerak lebih perlahan. Yelah, Black Hole kan mempunyai graviti yang tinggi.

Menurut teori kerelatifan umum (general theory of relativity) yang dirumuskan oleh Albert Einstein, masa akan semakin perlahan apabila berada di tempat yang bergraviti tinggi.

Tetapi, kalau masuk ke dalam Black Hole terus, masa akan terus berhenti. Masa tidak bergerak langsung. Dalam Black Hole ini ada singulariti.

Singulariti ini pertama kali dirumuskan oleh Stephen Hawking and Roger Penrose. Singulariti ini adalah sejenis titik. Titik ini terbentuk hasil daripada fabrik ruang masa yang ‘ditarik’ dan ‘diherot’ sehiggakan tiada isipidu dan tak ada permukaan.

Setakat ini, saintis tak dapat nak tahu sepenuhnya sifat sebenar singulariti ini.

Pembentukan singulariti ini telah menguatkan teori Big Bang tentang asal usul alam semesta yang bermula daripada singulariti.

Hukum fizik dan matematik hancur berkecai dan ralat untuk merumuskan sifat singulariti. Dia jadi macam kau bahagikan apa saja dengan nombor kosong. Kau akan dapat ralat ataupun ‘infinite’.

Black Hole mampu membesar dengan menyedut bintang-bintang atau objek-objek berjisim di sekelilingnya.

Stephen Hawking pernah merumuskan Black-Hole mampu melepaskan sinaran (radiation) yang hari ini dikenali sebagai sinaran Hawking (Hawking radiation).

Menurut Hawking, Black Hole melepaskan sinaran jisim. Sinaran jisim ini kecil saja Black Hole lepaskan. Ia akan teruskan lepaskan sinaran jisimnya sehinggalah Black Hole jadi tersejat dan terus mati.

Tetapi percayalah, Black Hole mengambil masa berjuta-juta tahun untuk tersejat. Paling tidak tunggu bintang-bintang di sekelilingnya mati dulu.

Sinaran Hawking ini sepatutnya dapat memberikan maklumat pasal Black-Hole sama macam bintang-bintang lain yang memberikan sinaran.

Tetapi menariknya, maklumat yang dilepaskan oleh Black Hole melalu sinarannya tak ada maklumat. Dia hancurkan semua maklumat yang dia serap.

Begitulah serba sedikit pasal Black-Hole.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Comments are closed.