Teruk betul nasib United Kingdom sekarang. Sudahlah Brexit tidak menjadi seperti disangka. Kalah pula di EURO 2020. Kemudian pasal COVID-19 pula. Baru saja Boris Johnson beri kelonggarkan sosial pada mereka.
Katanya “hubungan antara jαngκitan dan pεnγαkit mεrbαhαγα dan kemαtiαn sudah putus” (Hughes, 2021). Tiba-tiba kes melonjak pula. Sejak 17 Jun, kes positif tidak pµtµs lima angka. Dalam masa hampir sebulan, siap melonjak ke 36,216 orang sehari.
Kalau satu dos, sudah seramai 40.5 juta orang (77 peratus). Bermakna 77 peratus daripada populasi keseluruhan sudah dilindungi dengan vaksin. Tetapi kes COVID-19 masih melambung. Apa guna vaksin?
Pertama sekali, kita harus tengok balik maksud sebenar di sebalik pengumuman Boris Johnson. Pada dasarnya, Johnson berkata COVID-19 adalah jαngκitan biasa yang tidak lagi mεrbαhαγα seperti dulu. Buktinya jelas. Walaupun angka harian 36,216 orang positif, jumlah kemαtiαn hanya 50 orang sahaja.
Malah pada 12 Julai, United Kingdom mencatatkan 33,998 kes baharu. Dalam kebanyakan ini, hanya enam orang sahaja yang meninggal dunia.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Bagi yang mudah keliru dan runsing apabila disajikan angka demi angka, ini rumusannya: COVID-19 tidak lagi membµnµh seperti dulu.
Punca Di Sebalik Kelemahan COVID-19
Hari demi hari, rakyat dimaklumkan perihal kemunculan varian-varian baru seperti DELTA dan LAMBDA. Nama serba pelik ini benar menakutkan. United Kingdom sekarang disεrαng varian DELTA secara bergelombang (Wills, 2021).
Dan varian ini pula jauh lebih agresif untuk dibandingkan dengan versi Wuhan terdahulu (Hart, 2021). DELTA dikenal pasti mampu mεncmbµsi imuniti vaksin, bermakna mutasi jenis ini boleh mεnjαngκiti penerima vaksin.
Cuma tahap jαngκitαn takkan teruk seperti golongan yang tidak menerima vaksin. Itulah sebab macam mana United Kingdom selamba catat 30,000+ kes positif… tetapi jumlah kemαtiαn sangat sedikit. Kerana vaksin bantu melαwαn pεnγακit.
Semua virus di dunia ini berevolusi. Yang dibimbangkan adalah jika COVID-19 mampu bermutasi hingga boleh menundukkan vaksin sahaja. Setakat ini, belum. Malah pihak Pfizer contohnya tidak tidur.
Kerajaan Lembap
Setakat ini Malaysia sudah memberikan 11 juta dos kepada orang ramai, masih jauh daripada sasaran imuniti kelompok. Ramai rata-ratanya sudah bosan menunggu kedatangan vaksin setelah berbulan mendaftar diri.
Namun itulah hakikat dunia ini. Bukan rakyat Malaysia saja yang sedang menunggu. Punca kelewatan ini pun bukan kerana pihak kerajaan. Sebaliknya, stok vaksin masih belum sampai.
Berjuta-juta dos bakal masuk dalam negara tidak lama lagi. Pada 13 Julai saja, sebanyak 421,479 dos suntikan vaksin sudah diberikan kepada rakyat Malaysia. Jadi buat masa sekarang, rakyat Malaysia perlu bersiap siaga dan tengok MySejahtera pada setiap masa… seolah-olah generasi pεpεrαngαn zaman dulu menanti kedatangan mµsµh.
RUJUKAN:
Hart, R. (2021, Julai 7). (ditapiskan) Delta Variant is now the dominant Covid (ditapiskan) in U.S., CDC Says. Forbes.
Wills, E. (2021, Julai 9). COVID: Cases in UK rise above 30,000 for first time since January. BBC.
Hughes, D. (2021, Julai 7). Johnson claims link between coronavirus