Baru-baru ini rakyat Filipina telah membuat pilihan yang sangat gila dalam pilihan raya apabila melantik Ferdinand Marcos Jr ataupun dikenali sebagai Bongbong sebagai presiden baru negara itu. Hal ini merupakan satu kejutan terbesar kerana Bongbong merupakan anak kepada orang paling korup di dunia iaitu Ferdinand Marcos. Apa yang membuatkan rakyat Filipina memilih Bongbong? Mungkin mereka semua terpedaya dengan #rinduzamantunmarcos ataupun inginkan P50 penuh satu troli.
Itulah adalah mustahil kerana ketika era pemerintahan Ferdinand Marcos, Filipina telah bertukar daripada negara kedua termaju di Asia kepada miskin hina hanya dalam masa yang singkat sahaja. Persoalannya apa Ferdinand Marcos buat sampai Filipina menjadi pencipta pagpag sehingga ke hari ini?
Pada mulanya Filipina berkembang dengan sangat baik dalam aspek ekonomi ketika awal pemerintahan Ferdinand Marcos. Namun semuanya berubah apabila dia telah melaksanakan undang-undang tentera bagi mengekalkan kuasanya sebagai presiden Filipina.
Perkara pertama yang dilakukan oleh Ferdinand Marcos di bawah undang-undang tentera adalah mengambil alih syarikat Meralco. Sekali pandang, nampak macam bagus tindakan dia memiliknegarakan syarikat swasta. Tapi malang dia telah melantik abang ipar sendiri untuk menguruskan syarikat itu. Apa yang abang ipar dia buat adalah gunakan keseluruhan bajet dan kemudahan syarikat untuk kemudahan Imelda Marcos iaitu isteri kepada Ferdinand Marcos. Bayangkan untuk menyambut hari lahir Imelda Marcos sahaja, Meralco terpaksa membelanjakan jutaan peso. Jadi awal-awal lagi duit rakyat telah disalahguna.
Selain itu, Ferdinand Marcos turut bertindak memilih kroni (baca saudara mara dan rakan) untuk memonopoli sektor-sektor utama di Filipina. Sebagai balasan, kroni-kroni tersebut perlu membayar cukai khas kepada Ferdinand Marcos. Bayaran cukai khas dikatakan akan diguna untuk membantu golongan petani, Tetapi malangnya, itu semua tidak terjadi kerana kesemua wang daripada hasil kutipan cukai itu telah masuk ke perut Ferdinand Marcos sehingga kembung.
Senang cerita, Ferdinand Marcos menjadi semakin kaya apabila dia bersama kroni bertindak menguasai hampir kesemua industri di Filipina. IKS dan rakyat pula merana sehingga terpaksa makan pagpag kerana pemimpin hanya tahu mengenyang perut sendiri sahaja.
Bukan itu sahaja ketika era Ferdinand Marcos, Bank Pusat Filipina telah diisytiharkan muflis kerana dijarah tanpa belas kasihan. Mungkin bagi rakyat Filipina, mereka tidak kisah sangat jika Ferdinand Marcos mahu memiliki semua syarikat swasta dalam negara. Namun apa yang membuatkan rakyat Filipina marah adalah Ferdinand Marcos telah memaksa Bank Pusat meluluskan pinjaman untuk kroni-kroni presiden.
Hal itu telah membuatkan Bank Pusat mengalami kerugian P300 bilion dan ditambah lagi kroni-kroni Ferdinand Marcos amat culas untuk membayar semula pinjaman. Pada akhirnya, Bank Pusat telah muflis kerana kerakusan Ferdinand Marcos.
Setakat itu sahaja kah?
Masalah utama Ferdinand Marcos dan kroni-kroninya adalah gemar menayang harta persis founder produk timbang kilo secara umum pada ketika sang rakyat perlu menyelongkar sampah untuk dimasak. Bayangkan Ferdinand Marcos telah membelanja $68 juta untuk perkara sia-sia seperti pakaian, lukisan, barangan antik dan bermacam lagi ketika Filipina sedang menghadapi krisis ekonomi. Hal itu telah membuatkan rakyat Filipina menjadi semakin tertekan lantas Ferdinand Marcos telah digulingkan daripada jawatan presiden.
Sebelum berlaku apa-apa yang lebih buruk, Ferdinand Marcos dan kroni telah bertindak melarikan diri ke Hawaii dengan membawa sejumlah harta yang banyak. Bagi mengembalikan harta negara yang telah dirompak oleh Ferdinand Marcos, Cory Aquino telah menubuhkan Presidential Commission on Good Government (PCGG). Setakat tahun 2017, PCGG berjaya mengembalikan semula P171.4 bilion kepada rakyat Filipina.
Biarpun wang berjaya dikembalikan, dosa besar yang dilakukan oleh Ferdinand Marcos masih lagi tidak dapat dimaafkan oleh rakyat Filipina. Ini kerana mereka perlu bermula semua daripada bawah untuk mencapai semula status Filipina pada era 50an.
Apa-apapun, ini boleh menjadi iktibar kepada kita semua agar tidak memilih pemimpin yang korup dan dikawal bini. Jika tidak, kita akan menerima nasib yang sama.
RUJUKAN:
Punongbayan, JC. (2019, September 19). Just how bad was corruption during the Marcos years? Rappler. Dipetik daripada https://www.rappler.com/voices/thought-leaders/240477-analysis-just-how-bad-was-corruption-marcos-years/
Waxman, O. (2022, Mei 10). Bongbong Marcos looks set to be the next Philippine president. A short history of his family’s rise, fall, and rise again. Time. Dipetik daripada https://time.com/6174469/bongbong-marcos-philippines-election-family-history/
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih