Merdeka bermaksud bebas daripada ikatan yang menghalangi kita untuk menentukan nasib bangsa dan memajukan negara kita sendiri.

Tidak merdeka kalau kita masih menjadi hamba kepada negara asing. Negara yang merdeka ialah negara yang berdaulat (sovereign). Hubungan antara negara yang berdaulat adalah hubungan diplomatik yang sama darjat.

Pada masa yang sama, tidak merdeka kalau kita masih menjadi hamba kepada ego sendiri. Negara yang bebas merdeka ialah negara yang dinamik dan berdaya maju, tidak dibelenggu oleh perasaan prejudis dan nasionalisme sempit.

Merdeka memerlukan keyakinan diri. Bangsa yang kurang keyakinan (inferior) dengan jati diri bukanlah bangsa yang merdeka.

Wakil tetap Persekutuan Tanah Melayu ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) yang pertama, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman menunjukkan erti Merdeka yang sebenar.

Tun tidak malu untuk mengenakan busana Melayu tradisional lengkap dengan keris dalam persidangan UN. Tujuan Tun adalah untuk menonjolkan keteguhan jati diri bangsa yang baru merdeka ini. Tun tidak inferior dengan warisan dan identiti sendiri.

Tapi pada masa yang sama, kepetahan berucap Tun di hadapan komuniti antarabangsa membuktikan bangsa yang baru merdeka ini ialah bangsa yang bertaraf dunia. Ucapan Tun di Perhimpunan Agung UN menggambarkan kebesaran jiwa negara-bangsa yang baru merdeka ini:

“Although our material wealth and our standard of living compare very favourably with those of many nations in the world today, as a small nation, our basic strength lies not in these material things, but in the moral character and purposes of our people.”

Itulah erti Merdeka yang sebenar. Menjadi bangsa yang beryakinan diri dan berwawasan. Maju dengan acuan sendiri.

Dirgahayu Negaraku.

مرديك
مرديك
مرديك

(mesej Merdeka #SehatiSejiwa daripada saya yang masih menanti belahan jiwa)

Kredit: sedutan halaman buku “Malaya’s First Year at the United Nations: As Reflected in Dr Ismail’s Report Home to Tunku Abdul Rahman” oleh Tawfik Ismail dan Ooi Kee Beng (2009, Institute of Southeast Asian Studies).


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Leave A Reply