Aku tertarik dengan tindakan Jerman mengisytiharkan COVID-19 sebagai “worldwide pandemic” (weltweiten pandemie), melangkau Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) yang masih menganggap COVID-19 sebagai “emergency” bukan “pandemic”. Confirm kat WHO ada suara-suara mengkritik Jerman “pälätaü” sebab tindakan tu akan menambah panik negara-negara Eropah.
Sejak outbreak COVID-19 pada Januari, apa yang WHO buat ialah berpesan supaya jangan panik, semua under control, jangan overreact. Ramai orang ingat tu pandangan expert yang tak boleh disangkal. Sebenarnya di WHO pun tak semua setuju dengan pendekatan Tedros Adhanom Ghebreyesus, Ketua Pengarah (DG) WHO yang cuba “downplay” potensi ancaman COVID-19.
Tedros berasal dari Ethiopia dan merupakan DG WHO pertama dari Afrika. Tedros juga merupakan DG pertama yang bukan pemegang ijazah doktor perubatan (MD). Kedoktoran Tedros ialah PhD dalam bidang Community Health, tajuk tesisnya ialah “The effects of dams on malaria transmission in Tigray Region, northern Ethiopia, and appropriate control measures”. Nak kata Tedros bukan pakar pun tak leh gak, dia tau juga tentang selok belok disease outbreak control.
Cuma Tedros ni orang politik. Dia adalah ahli majlis tertinggi parti Tigray People’s Liberation Front di Ethiopia. Orang politik kena tengok kiri kanan jaga kepentingan, cara berfikir diorang tak sama dengan teknokrat (pakar dalam sesuatu bidang yang diberi jawatan atas kepakarannya) yang bertindak atas fakta semata-mata.
Semasa pemilihan jawatan DG WHO tahun 2017, Tedros ialah satu-satunya calon yang bukan berasal dari kalangan teknokrat UN atau WHO, berbeza dengan 5 calon yang lain dari Itali, Perancis, UK, Pakistan dan Hungary. Tapi Tedros berjaya dipilih akibat usaha lobi China yang mempunyai pengaruh kuat di kalangan negara-negara Afrika dan Amerika Latin.
Kenapa China nak angkat Tedros? Sebab Tedros ialah Menteri Luar Ethiopia dari tahun 2012-2016. Sepanjang dia jadi Menteri Luar, Tedros terkenal sebagai seorang yang pro-China. Siap buat nama Cina untuk sendiri: Tan Desai (谭德塞), macam PM Australia dulu, Kevin Rudd yang menamakan diri Lu Kewen (陆克文). Orang macam ni kita panggil “Sinophile”: orang yang sayang China sampai nak “masuk Cina”.
Selepas dilantik sebagai DG, perkara pertama yang Tedros buat ialah mengadakan lawatan ke China bincang bagaimana WHO boleh bekerjasama dengan China di bawah kerangka One Belt One Road (hmm). Dia juga menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada “One-China Principle” dan veto kemasukan Taiwan sebagai pemerhati WHO (hmmm).
Apabila berlaku outbreak COVID-19 di Wuhan, Tedros terus terbang ke China untuk “tinjau keadaan”. Tapi bukan sangat nak touch base dengan pasukan perubatan on the ground, sebaliknya dia pergi mengadap Presiden Xi Jinping (hmmmm).
Hasil daripada “perbincangan” dengan Xi, Tedros puji China dan kata “China deserves our gratitude and respect … China is implementing very serious measures and we cannot ask for more” (maksud tersiratnya: “China dah lockdown Wuhan dah pun, apa lagi korang nak, rilek sudah lah jangan jadi palatau”).
Dan pada masa yang sama Tedros mengecam negara-negara yang melarang kemasukan warga China (“there is no reason for measures that unnecessarily interfere with international travel and trade”).
Malah sebelum ada istilah COVID-19, dia triggered dengan orang yang panggil Coronavirus sebagai “Wuhan virus”. Sampai orang perli Tedros ni DG World Health Organization ke Wuhan Health Organization. Ada orang buat petisyen pecat Tedros ni (https://www.change.org/p/
Jelas sekali Tedros ada “bias” dan kepentingan dalam menjaga hubungan dengan China. Macam mana kau nak tegas dengan orang yang sokong kau pegang jawatan penting. Nanti kalau China batalkan projek-projek kat Ethiopia siapa nak tanggung? Jadi di peringkat awal outbreak, fokus Tedros nampak lebih kepada buat “damage control” bagi China, dengan harapan COVID-19 akan reda sendiri selepas jumlah kes capai peak di China.
Tapi perkembangan terbaru di Korea Selatan, Iran dan Itali akhirnya memaksa Tedros untuk mengakui COVID-19 ni lebih bahaya daripada flu biasa. “It’s a unique virus with unique characteristics” “This is not a drill. This is a time to pull out all the stops”. Ni cakap-cakap dia pada 2-3 hari yang lepas. Kalau cakap dari awal kan senang. Tapi time macam ni pun dia masih boleh berkata “stigma is more dangerous than the virus itself”. Nak suruh jangan ada stigma dengan China lah tu. Amende lah dia ni.
Sikap Tedros sangat berbeza dengan bekas DG WHO, Gro Harlem Brundtland (1998-2003) yang mengambil tindakan tegas dalam membendung SARS dengan membuat “travel advisory” pertama dalam sejarah WHO, memberi amaran supaya tak travel ke China walaupun masa tu kes yang dikesan tak sampai 3,000.
Kalau ikutkan Tedros ni, tu dah kira “interfere with international travel” dah. Brundtland tu seorang MD dan juga warga Norway, negara yang agak neutral dalam hubungan antarabangsa. Dan China pada waktu tu pun agak humble, tak berlagak dan ego macam hari ni.
Pengajarannya, janganlah bergantung 100% kepada institusi-institusi antarabangsa seperti UN atau WHO sebab diorang ni tidak semestinya neutral. Tak salah pun negara ambil langkah yang lebih tegas untuk mencegah kemudaratan. Tak perlu ada sifat apologetik dalam mempertahankan kepentingan awam.
Aku cerita pasal Jerman je. Malaysia aku tak tau dan tak nak jadi palatau.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih