Seminggu ini, pihak media banyak bercerita tentang European Super League (ESL). Awal-awal ingat setakat ulasan pendapat sahaja.

Ada pihak bersetuju, tetapi pihak lain mengecam. Tetapi semakin lama, ESL bertambah serius dan semakin menjadi realiti.

Banyak kelab popular seperti Juventus, Manchester United dan Real Madrid bersetuju untuk menyertai.

Pihak FIFA dan UEFA pun naik minyak, sampai µgµt-mengµgµt katanya kelab ESL takkan dibenarkan beraksi dalam UEFA Champions League (UCL). Bukan FIFA dan UEFA saja yang koyak… Boris Johnson pun marah (Stone, 2021).

Serius. Apa yang sedang berlaku? Bunyi macam pembero.ntakan pun ada.

Kalau dilihat carta organisasi ESL, memang nampak sah satu pembero.ntakan. Pertama sekali, Florentino Pérez menjadi pengerusi untuk ESL. Beliau diapit Andrea Agnelli, Joel Glazer, John W. Henry dan Stan Kroenke.

Keempat-empat pengapit ini dipilih sebagai naib pengerusi. Bagi yang tidak tahu, Pérez ialah bos besar Real Madrid. Agnelli pula berkuasa di Juventus. Glazer walau dibenci macam mana pun tetap pemilik Manchester United.

Henry pula ialah pengasas FSG yang memegang Liverpool. Dan Kroenke ialah pemilik kelab entah apa-apa yang duduk di tangga kesembilan dalam EPL.

Apa punca ESL ditubuhkan?

Memahami Format Baru UEFA Champions League

Selama ini UEFA Champions League menggunakan format yang mudah. Kelab-kelab Eropah (termasuk Israel) perlu melayakkan diri untuk masuk dalam pusingan berkumpulan.

32 kelab yang layak akan diagihkan dalam lapan kumpulan: satu kumpulan mempunyai empat kelab. Dua kelab paling atas akan masuk dalam pusingan kalah ma.ti. Mereka akan bertembung sampai peringkat Final.

Tetapi pihak UEFA akan merombak semula format UCL. Bermula musim 2024-2025, 36 kelab akan beraksi dalam satu liga tunggal. Tiada lagi pusingan berkumpulan. Pusingan kalah ma.ti dikekalkan, tetapi prosesnya agak rumit.

Selepas semua perlawanan dalam liga tunggal, mesti ada kelab yang duduk di tempat pertama dan terakhir (ke-36). UEFA akan pilih lapan kelab pertama untuk masuk dalam pusingan kalah ma.ti. 16 kelab terkemudian (ke-9 hingga ke-24) perlu melayakkan diri dalam playoff. Baki 12 kelab pula dikira tersingkir.

Semua perlawanan akan berjalan pada hari Khamis, bukan lagi Selasa dan Rabu.

European Super League

COVID-19 telah membµnµh industri bola sepak. Tanpa penyokong di stadium, majoriti kelab sedang menanggung kerugian sangat besar. Sekarang pun, jumlah kerugian sudah mencecah €5 bilion.

Mereka perlu mencari jalan untuk menambahkan pendapatan. Cuba bayangkan kalau Manchester United bertembung dengan Barcelona. Ataupun Manchester City berdepan dengan Real Madrid.

Inilah perlawanan yang boleh menjana pendapatan. Tetapi kalau kelab besar sebegini perlu berla.wan dengan Panathinaikos AO, Maccabi Tel Aviv, atau Dinamo Zagreb – siapa kisah jujurnya?

Ada beza antara pusingan berkumpulan UCL sekarang dan liga tunggal UCL kelak. Pusingan berkumpulan sekarang kadang ada “Group of De.ath” pun.

Macam tahun 2017-2018 apabila Real Madrid, Tottenham Hotspur, Borussia Dortmund dan APOEL masuk dalam Kumpulan H (Dortmund dan APOEL tersingkir). Atau dua tahun kemudian: Barcelona, Dortmund, Inter Milan dan Slavia Prague dalam Kumpulan F (Inter dan Slavia tersingkir).

Bayangkan tahun depan, Manchester City, Barcelona, Bayern Munich dan Juventus masuk kumpulan sama.

Sudah tentu dua kelab besar akan tersingkir. Ini kehebatan UCL format sekarang.

Kalau semua dalam liga tunggal, mana nak ada Group of De.ath. Tambah kalau 10 perlawanan Real Madrid berdepan dengan kelab macam Red Bull Salzburg, Genk, Lokomotiv Moscow, Olympiacos Piraeus…

Jadi hujah Florentino Pérez memang logik. Format baru UCL takkan bantu menjana pendapatan kerana banyak perlawanan tidak menarik.

Sebab itulah mereka membuat European Super League (Marca, 2021). Selepas diasaskan, banyak kelab besar terus masuk ESL. Kerana apa? Kerana mereka pun bersetuju dengan hujah Pérez.

Semua Terciduk

European Super League mendapat sambutan yang sangat buruk dalam kalangan penyokong. Mereka melihat projek ini sebagai asas elitisme, yang mana bolasepak bukan lagi sukan untuk semua.

Setiap kelab dikecam dengan dakwaan tamak haloba pada duit.

Dalam Manchester United, buat julung kalinya skuad dan pengurusan berp.ecah belah. Marcus Rashford menyatakan kekesalannya. Bruno Fernandes pula menaikkan hantaran, “dreams cannot be bought” (impian tidak boleh dibeli).

Banyak pemain tidak berpuas hati, sampai Ed Woodward terpaksa membuat mesyuarat tergempar. Dalam mesyuarat ini, Woodward dipercayai menerima kecaman hebat daripada Harry Maguire (Polden, 2021).

Tiba-tiba keluar berita gembira (untuk penyokong Manchester United): Woodward meletakkan jawatan. Manchester United pula membuat U-Turn. Mereka tidak mahu bertanding dalam ESL.

Kelab-kelab England lain turut membuat U-Turn, dengan Chelsea yang terakhir.

Gesaan penyokong Chelsea pada Roman Abramovich.

Arsenal dan Tottenham Hotspurs siap memohon maaf kepada penyokong (Ingle, et al., 2021).

Penyokong Liverpool membantah.

Suara penyokong memang sangat keramat. Tiada kelab berani membuat keputusan yang tidak diterima penyokong… apatah lagi jika pemain pun tidak bersetuju.

Sebuah kelab yang ramai penyokong menjana pendapatan melalui “hak televisyen dan jualan” (TV rights and merchandise). Tanpa penyokong, habislah mereka.

Sudah pasti mereka akan selamba meninggalkan UCL jika penyokong akur saja. Dalam situasi tersebut, UCL yang rugi jika nekad mengharamkan kelab dalam ESL. Tetapi penyokong tidak bersetuju, tambah pula Boris Johnson ingin menggunakan kuasa politik untuk menyekat pelaksanaan ESL (Woodcock, 2021).

Sebenarnya, Manchester United, Manchester City, Liverpool dan Chelsea tidak rugi apa. Yang betul-betul serabut sekarang Arsenal, kerana semua tahu kenapa mereka mahu ESL (sebab mereka takkan layak masuk UCL).

RUJUKAN:

Ingle, S. et al. (2021, April 20). European Super League collapsing as all six English clubs withdraw. The Guardian.

Marca. (2021, April 20). Florentino Perez: We’ve made the European Super League to save football.

Polden, J. (2021, April 20). Harry Maguire ‘confronts Ed Woodward’ over Man Utd’s European Super League involvement. Daily Mirror.

Stone, S. (2021, April 18). European Super League: Uefa and Premier League condemn 12 major clubs signing up o breakaway plans. BBC Sport.

Woodcock, A. (2021, April 21). European Super League: Boris Johnson promises “legislative (ditapiskan” to stop breakway tournament. The Independent UK.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.