Kita sering terkeliru dengan istilah “Siam”, “Thai” dan “Tai”. Apa beza antara mereka?. Dalam artikel kali ini akan memberi penjelasan ringkas berkenaan istilah-istilah tersebut.
[Siam (สยาม)]
Siam merujuk kepada nama lama negara Thailand yang digunakan secara rasmi hingga tahun 1939. Nama “Siam” dieja sebagai สยาม (Sà-yǎam) dalam bahasa Thai dipercayai berasal daripada sebutan Sanskrit “Śyāma” (sebutan Shaiyama) yang bermaksud “gelap” atau “coklat” yang digunakan oleh bangsa luar (eksonim), seperti orang Melayu, Kemboja, Cina dan Eropah merujuk kepada satu kawasan yang kini berlokasi di Tengah Thailand sekarang disekitar Lembangan Sungai Chao Phraya, yang juga dikenali sebagai Benua Siam atau Tanah Siam, tidak termasuk kawasan utara Thailand (Lanna), timur laut Thailand (Isan) dan selatan Thailand (Segenting Kra).
Secara ringkasnya, istilah “Siam” merujuk kepada kawasan geografi serta orang-orang yang tinggal di dalamnya, mana-mana kerajaan yang pernah berdiri dikawasan tersebut disebut sebagai Kerajaan Siam seperti Kerajaan Siam Ayutthaya, Siam Sukhothai atau Siam Rattanakosin. Sebagai perbandingan untuk memudahkan pembaca faham, istilah Kesultanan Melayu Melaka, Kesultanan Melayu Kedah, Kesultanan Melayu Johor. “Melayu” merujuk kepada bangsa dan lokasi di Alam Melayu, manakala Melaka, Kedah, Johor merujuk kepada nama kerajaan.
Secara endonim, orang-orang Siam mula menamakan mereka sendiri sebagai “Siam” secara rasmi sekitar pertengahan abad ke-19 ketika pemerintahan Raja Mongkut (1851-1868) berikutan istilah tersebut lebih popular diperingkat antarabangsa, sebelum itu, mereka lebih menggelarkan kawasan “Benua Siam” tadi sebagai Krung Tai. Dengan kata lain, secara endonim dan eksonim, istilah “Siam” digunakan secara meluas bermula pertengahan abad ke-19. Sebagai perbandingan, istilah “China” yang asalnya hanyalah eksonim, panggilan orang luar sahaja, orang-orang Cina sendiri asalnya menyebut negara atau tanah mereka sebagai “Zhongguo”. Namun menjelang abad ke-20, istilah “China” turut diterima dan diakui oleh Kerajaan China sendiri dan menamakan diri mereka sebagai “China” diperingkat antarabangsa.
[Thai (ไทย)]
Thai pula merupakan nama baru menggantikan nama Siam pada tahun 1939. Antara pendapat penukaran nama tersebut kerana “Siam” adalah nama sebutan orang luar, maka Kerajaan Siam pada ketika itu ingin menamakan semula nama kerajaan yang lebih bersifat tempatan. Pada asalnya mereka merancang untuk menukarkan kepada nama Tai (ไท) merujuk kepada nama bangsa majoriti di Siam ketika itu, namun mereka melihat istilah tersebut hanya mewakili satu kaum sahaja, maka mereka ubah kepada istilah Thai (ไทย) untuk merujuk kepada semua bangsa yang bersatu dibawah satu nama bangsa dan negara.
Manakala sesetengah sarjana Barat berpendapat penukaran nama kepada Thai yang bermaksud Bebas sebagai pemangkin kepada semangat nasionalisme yang menggambarkan Kerajaan Siam pada ketika itu satu-satunya negara di Asia Tenggara yang tidak dijajah oleh kuasa Barat. Dalam bahasa Thai, negara Thailand disebut Prathet Thai yang bermaksud Tanah Thai atau dalam bahasa Inggeris disebut Thailand.
[Tai (ไท)]
Tai pula merujuk kepada kumpulan etnik yang lebih luas yang terdiri daripada banyak sub-etnik. Kumpulan ini merupakan sebahagian daripada keluarga bahasa Tai-Kadai yang besar, yang tersebar di seluruh selatan China, Tanah Besar Asia Tenggara dan timur laut India. Istilah “Tai” digunakan untuk merujuk kepada etnik yang bercakap dalam bahasa-bahasa yang berkait rapat dalam keluarga bahasa Tai. Kumpulan ini termasuklah pelbagai suku etnik seperti Tai Lao (atau Isan), Tai Yuan, Tai Shan di Myanmar, Tai Ahom di timur laut India, atau Zhuang di selatan China dan lain-lain yang mempunyai sejarah panjang dalam membentuk masyarakat tersebut. “Tai” lebih merujuk kepada hubungan linguistik dan budaya yang meluas, berbanding dengan “Thai” yang lebih tertumpu kepada identiti nasional di Thailand sahaja.
Kesimpulan, perbezaan antara Siam, Thai, dan Tai bukan hanya terletak pada maksud literal setiap istilah, tetapi juga pada konteks sejarah, linguistik, dan sosial. “Siam” merujuk kepada nama kawasan di Tengah Thailand sekarang serta nama-nama negara yang pernah berdiri disitu pada zaman dahulu. “Thai” adalah istilah yang menggantikan nama “Siam” dan istilah yang merujuk kepada semua warganegara Thailand tanpa mengira bangsa dan suku kaum, manakala “Tai” pula merujuk kepada kumpulan etnik yang lebih besar yang merangkumi beberapa bangsa yang mendiami selatan China, Tanah Besar Asia Tenggara dan timur laut India. Ejaan dalam bahasa Thai, iaitu สยาม (Siam), ไทย (Thai), dan ไท (Tai) juga memberikan gambaran yang jelas tentang perbezaannya.
Oleh: Muhammad Bin Ismail
___
Anda peminat sejarah benua Siam? Dari kerajaan Melayu seperti Sri Dharmaraja yang pernah memerintah benua Siam, sehinggalah ke sejarah kemasukan orang Thai membina kerajaan seperti Sukothai dan Ayutthaya, sehingga kepada pembentukan negara Thailand di bumi Siam, maka buku terbaru kami, KITAB TAMADUN SIAM ialah untuk anda.
PRA-TEMPAH SEKARANG dengan DISKAUN di https://s.shopee.com.my/4fhJ0MwbRT
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.