14 Februari dikenali oleh orang Barat sebagai Hari Kekasih. Hakikatnya, kisah Hari Valentine sebenarnya jauh lebih mengerikan dari apa yang diperkatakan hari ini.

 

Sumber-sumber dari Tamadun Rom membuktikan Hari Valentine ialah hari meraikan Valentine atau Valentinus dan kekasihnya yang dihukum bunuh pada 14 Februari 269 atau 270 Masihi semasa era pemerintahan Maharaja Claudius Gothicus.

 

Kekejaman ni bukannya benda baru sebab penganut Kristian dianggap musuh oleh kerajaan Rom dan diburu habis-habisan.

 

Kisah ni salah satu daripada riwayat Acta Sanctorum (Kisah Santo-Santo) yang dimulakan oleh Jean Bolland, seorang paderi Jesuit abad ke-17.

 

Kisah terawal ialah berkenaan Valentinus, panglima tentera Rom yang terlibat dengan kempen ketenteraan di Afrika di mana dia terbunuh dalam pertempuran bersama 24 askar lain.

 

Maklumat tentangnya terhad kerana kelompok Bollandist hanya merekodkan nama dan kematian mereka je.

 

Dalam satu kisah lain dalam Acta, seorang paderi Rom bernama Valentinus ditahan kerana amalkan ajaran Nasrani semasa era Maharaja Gothicus.

 

Valentinus diletakkan di bawah jagaan bangsawan Rom bernama Asterius.

 

Kedua-dua mereka berdebat termasuk bagaimana agama Nasrani boleh bawa orang-orang pagan keluar daripada kegelapan dan menuju ke arah cahaya.

 

Asterius yang tertarik buat tawaran kepadanya. Kalau Valentinus boleh sembuhkan anak perempuannya yang buta, maka Asterius peluk agama tu.

 

Valentinus setuju dan Asterius terkejut kerana anak perempuannya tiba-tiba boleh melihat semula. Sekeluarga terus peluk Kristian. Tapi, kisah ni diketahui Maharaja Gothicus dan ini menimbulkan kemurkaannya.

 

Akibatnya, semua pihak yang terlibat termasuk Valentinus dihukum mati.

 

Tetapi seorang wanita yang alim berjaya larikan mayat paderi dan kebumikannya di Via Flaminia, sebuah lebuh raya purba lama yang menghubungkan Rom dengan Rimini.

 

Hari ini, sebuah gereja kecil dibina di situ sebagai tanda penghormatan kepada Valentinus.

 

Kisah ketiga melibatkan Valentinus, seorang bishop di Umbria, Itali, yang ditahan semasa pemerintahan Gothicus dan mampu menyembuhkan putera seorang bangsawan, memimpin mereka memeluk agama Kristian.

 

Valentinus kemudian dipenggal dan dikebumikan di Via Flaminia, mirip dengan dua versi lainnya.

 

Kesemuanya menekankan bahawa kisah-kisah ni bukanlah naratif romantik moden. Malah, kisah Valentine/Valentinus yang dihukum mati kerana cinta tu langsung takde sebarang asas sejarah yang kukuh.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Sebenarnya ada banyak sejarah menarik pasal empayar Rom ni. Alang-alang kita cakap pasal Rom ni, apa kata korang cuba tengok KITAB TAMADUN ROM. Cepat beli dekat: https://shope.ee/9pEhausmkG


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply