Amerika Syarikat telah mengharungi sebuah pilihan raya yang penuh drama. Seminggu selepas 3 November 2020, keputusan pilihan raya nampaknya berpihak kepada Parti Demokratik.

Lima negeri milik Republikan telah dirampas. Kemenangan ini walau bagaimanapun perlu dimuktamadkan dulu oleh Lembaga Pemilihan (Electoral College) yang akan bersidang pada 14 Disember 2020.

Keputusan Lembaga Pemilihan kemudian dihantar untuk penilaian Kongres Amerika Syarikat, yang mengesahkan pelantikan seorang presiden. Jadi persoalannya – bagaimana jika Trump enggan keluar daripada White House?

Harus ditekankan bahawa perkara sebegini tidak pernah berlaku. Semua presiden yang tewas dalam pilihan raya menerima keputusan dengan terbuka. Trump pun bukan satu-satunya presiden yang memerintah sepenggal.

Jimmy Carter mengakhiri kerajaan sepenggal Gerald R. Ford pada tahun 1977. Empat tahun kemudian, Carter pula menjadi presiden sepenggal kerana ditewaskan Ronald Reagan.

Namun Ford dan Carter (juga George H.W. Bush) tidak mengamuk. Jadi dengan Trump, ini buat julung kalinya seorang presiden enggan menerima keputusan.

Penguasa Sebenar Amerika Syarikat

Walaupun Donald Trump mengetuai Amerika Syarikat daripada White House, perlu diingatkan semula bahawa kuasa beliau dianugerahkan Perlembagaan Negara. Jadi sebenarnya Trump sekadar menyandang kuasa.

Terdapat beberapa anggota lagi yang mengangkat sumpah bagi memperjuangkan perlembagaan (bukan demi individu tertentu). Salah satunya ialah Jeneral Mark Milley, yang menyatakan baru-baru ini bahawa sumpah setia bidangkuasa ket3nt3raan adalah demi perlembagaan (Browne & Starr, 2020).

Mark Milley memberi ucapan tentang situasi semasa Amerika Syarikat.

Kenyataan Milley dibuat selepas Trump memecat Setiausaha Pertahanan Mark Esper. Trump katanya bengang kerana Esper banyak melawan perintah. Esper tidak mahu menggunakan kuasa t3nt3ra untuk meleraikan bantahan Black Lives Matter (Borger, 2020).

Jelingan Trump Kepada Esper.

Trump dan Esper juga berbeza pendapat tentang realiti di Afghanistan (Edmonds, 2020). Kerana Trump terlalu awal memaklumkan kepada pihak media, sebelum mendapat pengesahan daripada pihak berwajib.

Di sini jelas bahawa Trump memang orang paling berkuasa di Amerika Syarikat… tetapi kuasanya bukan mutlak.

Kuasa Diberi, Kuasa Diambil

Apabila Kongres Amerika Syarikat mengesahkan pelantikan Joe Biden sebagai Presiden Amerika Syarikat, secara automatik kuasa pemerintahan Donald Trump digugurkan.

Tiada apa lagi Trump boleh buat, sekalipun menghalang sesi angkat sumpah Biden. Kerana sesiapa pun boleh bantu Biden mengangkat sumpah.

Biden mengangkat sumpah (sebagai Naib Presiden 2012).

Trump masih disediakan pihak Secret Service atas tujuan pelindungan.

Tetapi induk Secret Service menuruti perintah Biden (yang berkuasa melalui perlembagaan).

Jadi pihak Secret Service akan mengeluarkan Trump (secara paksa, jika perlu) untuk dimanfaatkan Biden. Semua jabatan awam akan mengikut Biden secara langsung dan tidak langsung (Letztler, 2020).

Maka dengan perintah daripada Biden, semuanya akan diselesaikan. Kekalahan dalam pilihan raya pun membuatkan Trump seorang presiden “itik tempang” (lame duck).

Parti Republikan pun sudah berpecah dua: Team Trump dan Republikan. Sementara George W. Bush dan Mitt Romney misalnya mengucapkan tahniah kepada Biden, Team Trump pula sebaliknya dengan dakwaan penipuan itu ini semasa pilihan raya.

Trump memang dari dulu lagi enggan menerima keputusan pilihan raya jika kalah. Semasa lawan Hillary Clinton pun sama juga (Diamond, 2016).

“I will totally accept the results of this election… if I win.”

Dan sebelum pilihan raya 2020, Trump berkali-kali ditanya jika ingin akur dengan peralihan kuasa.

Peluang Trump untuk memerintah selepas 20 Januari 2021 semakin tipis setiap hari. Pihak Republikan sendiri mahu Biden menerima taklimat perisikan (Grisales, 2020) yang wajib diterima pemenang pilihan raya (president-elect).

Tetapi Team Trump enggan membenarkannya.

RUJUKAN:

Borger, J. (2020, November 10). Mark Esper fired as Pentagon chief after contradicting Trump. The Guardian.

Browne, R., & Starr, B. (2020, November 12). Top US general stands firm amid Pentagon turmoil. CNN Politics.

Edmonds, L. (2020, November 14). Revealed: Defense Secretary Mark Esper ‘sent a classified memo to the White House expressing concerns about a quick withdrawal of U.S. (ditapiskan) from Afghanistan before Trump fired him’. Daily Mail.

Grisales, C. (2020, November 12). Senate Republicans Back Push for President-Elect Biden to Get Intelligence Briefings. NPR.

Letzler, R. (2020, November 3). What happens if a president loses an election but won’t leave the White House? Live Science.

Diamond, J. (2020, Oktober 20). Donald Trump: “I will totally accept” election results “if I win”. CNN Politics.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.