Wajah Tanah Melayu pada tahun 1786, sebelum British datang.
Pernah fikir tak kalau British langsung tak pernah jejak kaki ke Tanah Melayu, apakah wajah negara (atau negara-negara) pada hari ini?
Yang pasti Pulau Pinang tak akan exist sebagai negeri yang independent daripada Kedah. Sebab Francis Light yang pujuk Sultan pajakkan Pulau Pinang dan Seberang Perai dengan jaminan bantuan ketenteraan lawan Siam.
Tapi last-last tak bantu pun, siap tolong Siam lagi, dan Kedah pun ditawan Siam dari tahun 1821-1842. Siam pecahkan Kedah kepada Setul, Perlis, Kubang Pasu dan Kedah. Kedah dan Kubang Pasu kemudian bersatu kembali, tapi Setul kekal dalam Siam sebagai wilayah Satun hari ini.
Lepas tu British bahagikan negeri-negeri utara dengan Siam pada tahun 1909 : British ambik Perlis, Kedah, Kelantan & Terengganu; Siam ambik Setul & Patani. So katakan British tak mai, mungkin negeri2 utara ini akan kekal di bawah Siam (tukar nama jadi Thailand pada tahun 1939).
Kalau British tak buat onar pergi naikkan Tengku Hussein jadi sultan Johor untuk dapatkan Singapura, Johor-Riau-Lingga masih stay intact, tak berpecah kepada Kesultanan Johor bawah Sultan Hussein dan Kesultanan Riau-Lingga di bawah Sultan Abdul Rahman.
So Singapura, Kepulauan Riau (Batam, Bintan dan Karimun) dan Natuna akan jadi sebahagian dari entiti bernama Johor. Pahang mungkin tak keluar jadi independent kingdom pada tahun 1853.
Melaka boleh jadi merge dengan Johor balik (Kesultanan Johor successor state kepada Kesultanan Melaka, so sentiasa nak rampas balik Melaka dari Portugis/Belanda), atau silap-silap orang Melaka tuntut kemerdekaan mendirikan negara baharu.
Adakah negeri2 Melayu ini (yang merupakan independent kingdoms) akan bergabung jadi sebuah negara seperti tahun 1957? Ia bergantung pada samada wujud orang seperti Von Bismarck (yang menyatukan negeri2 Jerman jadi Jerman pada 1871) atau Di Cavour (menyatukan Itali pada 1861). Beratus-ratus tahun diorang impikan sebuah Jerman dan Itali yang bersatu, tapi hanya dapat dicapai dengan ada right men in the right place at the right time.
Kalau jadi, adakah negara Melayu yang bersatu ini hanya terdiri daripada Tanah Melayu? Atau merangkumi Sumatra? Adakah Aceh dan Minangkabau mahu disatukan ke dalam Greater Malaya ini atau opt out?
Silap-silap tanpa British, Belanda akan menjajah kedua-dua Tanah Melayu dan Sumatra? Atau mungkin tanpa kekacauan British, negeri-negeri Tanah Melayu akan dapat resist Belanda, atau silap-silap membantu negeri-negeri Sumatra tangkis pengaruh Belanda?
Yang pasti tak akan wujud negara bernama Malaysia sebab persamaan antara Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak ialah penjajahan British.
But history does not have “if”. Apa yang berlaku: British dapat Penang pada 1791, Singapura pada 1819, Melaka pada 1824, gabung jadi Negeri2 Selat (Straits Settlements). Kemudian gabungkan Perak, Selangor, N9 & Pahang jadi Negeri2 Melayu Bersekutu (Federated Malay States).
Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor dijadikan naungan (protectorates) yang berasingan bernama Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (Unfederated Malay States). In a strict sense, negeri2 Melayu di Tanah Melayu bukan jajahan (colony) tapi naungan (protectorate).
Kemudian pada 1946, British nak hapuskan sistem naungan dan jadikan negeri-negeri Melayu sebagai jajahan bernama Malayan Union. Maka orang Melayu bangkit melawan. Sebuah Persekutuan Tanah Melayu didirikan, menggantikan Malayan Union, dan kemerdekaan dicapai pada tahun 1957.
Kedatangan British memudahkan proses pembentukan negara-bangsa yang mungkin tak dapat capai dalam masa 200 tahun. Penjajahan menjadi pemangkin kepada nasionalisme orang Tanah Melayu dan membentuk sebuah Malay polity yang bersatu.
Artwork oleh Muhammad Lazuardi.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih