Bagaimana sekiranya Pakatan Paksi (Axis) memenangi PD II pada tahun 1962? Kalau dalam realiti sebenar, PD II tamat pada tahun 1945.

Persoalan ini timbul untuk para sejarawan dan penulis buku fiksi. Bagaimana dan apakah yang akan terjadi sekiranya Jerman N4zi berjaya mengalahkan USSR dalam Operasi Barbarossa dan mengalahkan pasukan Bersekutu (Allied) dalam Operasi Overlord di Perancis?

Bagaimana Empayar Diraja Jepun berjaya memenangi P3rang Pasifik dan menghalang letupan b0m nvklear Little Boy dan Fat Man di Hiroshima dan Nagasaki?

Ini semua boleh berlaku sekiranya Pakatan Paksi tidak tersilap langkah dan terlalu percaya diri dalam kesemua strategi mereka. Ya, sememangnya Pakatan Paksi mampu memenangi PD II kerana pada fasa awal PD II.

Jerman N4zi pimpinan H!tler sudah men4kluk sebahagian negara Eropah kecuali Britain kerana daratan Britain yang terpisah dengan daratan Eropah dan memperolehi bantuan dari kekuatan USSR dan Itali.

Sekiranya Operasi Sea Lion milik N4zi berjaya, Britain tidak akan wujud pada hari ini. Sekiranya Operasi Barbarossa berjaya, maka tidak wujudnya negara Rusia dan negara-negara pecahannya ketika dibawah j4jahan USSR.

Sekiranya Jerman N4zi mampu mempertahankan pantai Normandy, Perancis dan memukul mundur pasukan Bersekutu dalam Operasi Overlord, pastinya negara AS tidak akan wujud pada hari ini dan menjadi salah satu negara paling berkuasa di dunia.

Adegan ini hanya mampu menjadi fiksi sahaja kerana dalam dunia realiti sebenar, Pakatan Bersekutu memenangi PD II.

Baik, kisah versi kemenangan Pakatan Paksi banyak dikaryakan dalam beberapa buah buku seperti The Man in the High Castle, Fatherland dan In the Presence of Mine Enemies. Dalam ketiga buah karya ini, kita akan melihat sinopsis keadaan dunia dalam karya The Man in th High Castle.

Di dalam sebuah drama bersiri yang diadaptasi daripada sebuah karya novel bertajuk ‘The Man in the High Castle’ karya Philip K. Dick, beliau membawakan keadaan dunia sekiranya PD II dimenangi oleh Pakatan Paksi.

Dalam drama bersiri yang mengandungi 4 musim ini, kita akan melihat bagaimana tatanan dunia yang menjadi sebuah dunia orde dibawah pimpinan dua blok kuasa paling besar iaitu Jerman N4zi dan Jepun.

Dalam versi ini, kita akan melihat bagaimana negara AS berjaya dikalahkan oleh pasukan N4zi sekiranya Presiden AS pada waktu itu, Franklin D. Roosevelt ditembak m4ti.

Setelah kem4tian FDR, negara AS tidak mampu keluar dari tragedi The Great Depression (1929-1930) dan gagal untuk membangunkan angkatan p3rang.

Apabila negara AS tidak mampu keluar dari The Great Depression, maka negara mereka tidak mampu membantu Britain ketika Jerman N4zi melancarkan Operasi Sea Lion.

Ketika Britain jatuh dan ditawan, maka seluruh negara di Eropah barat berada dalam genggaman N4zi. Sekarang, musuh utama Jerman N4zi pastilah negara AS yang mana merupakan musuh Empayar Diraja Jepun juga.

Negara AS akan berhadapan dengan s3rangan dari dua arah, barat dan timur. Dalam PD II versi ini, ia berakhir pada tahun 1962 yang mana pada waktu tersebut:

  1. Jerman N4zi berjaya men4kluk: Amerika timur, Eropah, Afrika Selatan dan Amerika Latin. New York akan dijadikan ibukota j4jahan N4zi.
  2. Empayar Diraja Jepun: Menguasai seluruh Asia dan Amerika barat. San Francisso akan dijadikan ibukota Jepun.
  3. Hanya Timur Tengah dan pergunungan Rocky menjadi kawasan atau zon yang tidak akan dij4jah (neutral).

Apabila kita melihat peta dunia dibawah tiga buah kuasa besar Paksi ini, kita akan mengetahui beberapa negara yang tidak akan wujud dan merdeka sekiranya kekalahan di pihak Bersekutu:

  • Empayar Diraja Jepun.

Asia: Negara China, Taiwan, Korea Selatan dan Utara, Vietnam, Laos, Kemboja, Myanmar, Thailand, Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia, Timor Leste, Filipina, Papua New Guinea, Australia, New Zealand dan India tidak akan wujud.

Negara di Asia akan dibahagiakan kepada dua buah wilayah iaitu dibawah Empayar Diraja Jepun dan Greater East Asia Co-Prosperity Sphere. Bahasa rasmi dipertuturkan adalah bahasa Jepun.

Eropah: Rusia.

Amerika sehingga ke Amerika Selatan: Pacific State of America.

  • Great German Reich.

Eropah: Kesemua negara di Eropah termasuk Rusia dan Britain. Wilayah Eropah akan dikenali sebagai Greater German Reich. Bahasa rasmi adalah bahasa Jerman.

Timur Tengah: Tidak akan terwujud ‘negara’ Israel.

  • New Rome Empire Italy.

Eropah selatan dan Afrika Utara akan dikenali sebagai New Romen Empire Italy. Kebanyakan negara di Afrika Utara hanya menjadi sebuah kerajaan tanpa nama. Walaupun Itali menjadi sekutu rapat N4zi, tetapi empayar mereka tetap berada dibawah j4jahan N4zi.

  1. Lautan Mediterranean.

Membina penempatan atau kawasan baharu di sekitar Mediterranean setelah lautan ini disurutkan sehingga ke paras 200 m dalam Projek Atlantropa.

Jadinya, begitulah penerangan serba sedikit latar belakang keadaan dunia sekiranya dunia ini diperintah oleh tiga buah kuasa besar di dalam drama bersiri The Man in the High Castle.

Nak tahu lebih lanjut, bolehlah menonton drama tersebut.

Bagaimana pandangan anda sekiranya Pakatan Paksi memenangi PD II?


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

'Creative. Celibate. Crybaby.'

Comments are closed.