Kepada peminat sejarah tamadun Rom, pasti korang familiar dengan nama Julius Caesar ini. Beliau ialah jeneral tentera yang terkenal dalam kalangan rakyat Rom kerana karismanya serta kemampuannya menakluk wilayah-wilayah lain untuk mengembangkan jajahan republik Rom.

Apabila Caesar dilantik menjadi pemerintah secara diktator pada tahun 47 SM, para Senate risau akan Caesar yang akan ‘besar kepala’ dan percaya beliau akan menggugat republik Rom yang telah dibina sekian lama. Jadi, pada tahun 44 SM, Caesar dibunuh oleh 60 orang pembunuh dalam pertemuan ‘Ideas of March’.

 

 

Okay, korang bayangkan jika Caesar tidak dibunuh, sama ada dia bernasib baik, percaya akan berita pembunuhan dari orang-orangnya, atau pihak Senate redha saja Caesar jadi pemerintah diktator? Apa perancangan Caesar untuk masa depan republik Rom ini?

Pertama, Caesar akan ‘membersihkan’ sistem pemerintahan dengan menghapuskan mana-mana ahli Senate yang merancang untuk membunuhnya. Tindakan ini diperlukan jika Caesar ingin pihak atasan lain menerima dirinya sebagai pemerintah diktator, bukannya percaya bulat-bulat dengan mereka yang diam-diam berniat jahat.

Kedua, Caesar merancang untuk memulakan kempen menjajah dua wilayah yang baginda telah lama impikan: Dacia (Balkan) dan Parthia (Iraq dan Iran). Selepas pertemuan, Caesar akan pergi ke Greece dan membawa 16 buah pasukan tentera elit Legion dan berkuda. Dengan jumlah bala tentera ini, Caesar yakin bahawa baginda mampu menjajah kedua-dua wilayah selama 3 tahun.

Ketiga, Caesar ingin membina terusan di Genting Corinth dan mendalamkan Sungai Tiber. Projek ini penting bagi baginda supaya kapal dagang boleh melintasi Rom dengan selamat tanpa sebarang ancaman luar. Satu lagi projek Caesar nak laksanakan ialah mengeringkan paya berdekatan kota Pomeranian dan Setianote
supaya tanah paya tersebut boleh diguna sebagai kawasan pertanian.

Perancangan terakhir Caesar ialah menjadikan kota Ostia sebagai perlabuhan penting untuk kapal-kapal dagang yang besar mampu melabuh tanpa sebarang masalah. Lagi satu, kalau Caesar tidak dibunuh kemungkinan besar anaknya bersama Cleopatra iaitu Caesarion akan dilantik menjadi firaun selepas ibunya, tidak perlu lagi Cleopatra berskandal dengan Antony.

Kalau kesemua perancangan ini terjadi, mungkin usia republik Rom makin panjang. Mungkin juga tidak wujud perlantikan Octavian sebagai maharaja dan fasa empayar Rom.

 

______

 

Mari dapatkan KITAB TAMADUN ROM kalau nak kisah-kisah menarik dalam tamadun Eropah ini sempena jualan PASCA PBAKL! Korang boleh beli di sini: https://bit.ly/KitabTamadunRom


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply