Sebut saja penguin, kita membayangkan imej haiwan tersebut bersama kelompoknya di kawasan Artik dan Antartika yang comel. Tetapi bagi pengembara dan peneroka benua Antartika pada abad ke-19 dan awal abad ke-20, haiwan tersebut dianggap menu istimewa kepada yang terdesak.
Bagi yang ingin mengetahui rasa haiwan ini, tanya sajalah pakar bedah kapal Belgica, Dr Frederick A. Cook semasa menyertai ekspedisi Belgica yang diketuai Adrien de Garlache pada tahun 1897. Dalam catatannya, dia menulis, “Jika anda dapat membayangkan seketul daging, ikan kod yang harum dan bahagian belakang itik yang dipanggang dimasak bersama dalam satu periuk, dengan darah dan minyak ikan kod sebagai sos, maka itulah rasa penguin.”
Tetapi bagi pengembara Antartika, daging haiwan saja dilihat cara terbaik menepis ancaman penyakit skurvi. Daging segar sama ada dimasak atau dimakan mentah mengandungi pelbagai khasiat nutrien terutama vitamin C. Jika seseorang mengalami kekurangan vitamin C, dia akan mengalami pelbagai masalah seperti skurvi, sakit sendi atau luka bernanah.
Namun, pendedahan maklumat ini masih gagal menyelamatkan ramai orang yang m4ti akibat skurvi termasuk Cook sendiri. Suka atau tidak, daging segar harus didapati demi menjamin kelangsungan hidup dan daging segar paling mudah didapati ialah daging penguin.
Bila melihat kelibat kem manusia dan unggun api, sudah pasti penguin akan meninjau apa yang berlaku. Keadaan ini membolehkan mereka menangkapnya bukan saja sebagai sajian mereka tetapi juga sebagai makanan untuk anjing penarik luncur salji dan sebagai bahan api.
Salah satu cara terkenal yang digunakan mereka untuk menangkap penguin ialah mengumpan mereka dengan muzik. Sesetengah peneroka Antartika mendedahkan penguin amat tertarik dengan bunyi muzik yang merdu kadangkala menunggu sehingga muzik tersebut tamat sebelum pulang ke sarang mereka. Justeru, mereka memastikan muzik dimainkan cukup lama sebelum ia ditangkap dan dijadkan bahan hidangan.
Namun, penguin bukan saja diburu sebagai makanan. Dalam sesetengah ekspedisi, ada pengembara sanggup mengutip ribuan telur dari sarang penguin sebagai sumber nutrien tambahan seperti dilakukan kumpulan pengembara Perancis, Jean-Baptiste Charcot. Menurut catatan, mereka mengutip 8,000 telur dari sarang penguin sehingga mengundang kekesalan dalam diri Charcot.
Tetapi jika ada berangan nak makan daging penguin, lupakanlah. Hari ini, penguin merupakan antara spesies hidupan yang dilindungi berdasarkan Sistem Perjanjian Antartika. Namun bagi saintis dan penyelidik yang berpangkalan di Antartika, mereka beruntung kerana mempunyai akses kepada rumah hijau dan sayur-sayuran segar sekaligus mengelakkan mereka mengalami nasib sama seperti peneroka Antartika terdahulu.
RUJUKAN:
Zhang, Sarah. (2012). Hearty Penguin Steaks: the Old-School Explorers’ Salve for Scurvy. Discover Magazine. https://www.discovermagazine.com/health/hearty-penguin-steaks-the-old-school-explorers-salve-for-scurvy
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih