Profesor Michael Edmunds dari Universiti Cardiff, United Kingdom, berkata setelah memimpin kajian pada tahun 2006 ke atas alat mekanisme unik milik bangsa Greek kuno ini:

“Sesungguhnya Antikythera lebih berharga daripada lukisan Mona Lisa”.

Kisah ini bermula pada sekitar tahun 1901 apabila sekumpulan penyelam laut dalam yang menemui sebuah bangkai kapal Greek purba bertarikh 80 SM di dasar laut yang berkedalaman 45 meter dari permukaan laut di sekitar pulau Antikythera, Greek. Pasukan penyelam ini menemui pelbagai khazanah berharga seperti tugu, kepingan syiling, barangan kemas dan sebuah artifak mekanikal yang kompleks berbentuk kotak.

Artifak ini dibawa ke darat dan dikaji oleh beberapa orang saintis, ahli arkeologi dan sejarawan.

Pada tahun 1951, Profesor Derek J. de Solla Price, seorang saintis bidang kajian sejarah memulakan penelitiannya memahami bagaimana sistem mekanikal yang kompleks ini berfungsi di dalam mesin tersebut.

Beliau berpendapat melalui kajiannya, artifak atau mesin ini digunakan oleh ahli astrologi dulu untuk menjejaki pergerakan bintang dan juga planet di langit.

Pada tahun 1970-1990 sebuah kajian menggunakan melalui gambaran X-ray menunjukkan mesin ini seperti anugerah dari syurga. Dengan adanya mesin ini di tangan manusia, maka mereka akan mengetahui titik-titik keberadaan matahari, bulan dan planet di langit dengan kiraan yang sangat tepat sehinggakan seorang penulis dari Switzerland, Erich von Däniken, mengakui mesin ini merupakan salah sebuah mesin yang jatuh dari kapal angkasa mahkluk asing.

Misteri bagaimana mesin ini berfungsi akhirnya dipecahkan oleh sekumpulan saintis dari Universiti Cardiff pimpinan Profesor Michael Edmunds melakukan imbasan CT ke atas mesin ini dan hasil dari imbasan ini, mereka menemui dan mengetahui segala gerak kerja dalaman roda gear dan jarum yang terdapat di dalam mesin mekanikal tersebut.

Saiz mesin Antikythera yang diperbuat dari kayu ini adalah berukuran 340mm × 180mm × 90mm diisi dengan 30 jenis roda gear yang diperbuat daripada gangsa. Roda gear yang paling besar adalah berukuran lilit 140 mm dan mempunyai 223 gigi. Setiap roda gear ini memiliki fungisnya masing-masing seperti mengukur perjalanan peredaran matahari dan peredaran bulan melalui zodiak serta kejadian gerhana, peredaran lima buah planet iaitu Utarid, Zuhrah, Marikh, Zuhal dan Musytari.

Roda-roda gear di dalam mesin ini dibahagikan kepada empat bahagian iaitu:

1. Roda gear utama: Berfungsi sebagai roda sistem kalendar Mesir Kuno. Satu putaran lengkap menyamai satu tahun. Fungsi utamanya adalah menggerakkan roda-roda lain seperti di bawah.

2. Roda gear gerhana : Menjangkakan waktu berlakunya gerhana bulan dalam sepanjang tempoh satu tahun. Menjejaki kedudukan bulan dan matahari di langit.

3. Roda Metanic: Menghitung perjalanan bulan-bulan di dalam sistem kalendar Metonic yang sebanyak 235 bulan yang mengambil masa selama 76 tahun untuk melengkapkan satu putaran sahaja.

4. Roda gear gerhana matahari: Menjangkakan waktu berlakunya gerhana matahari.

Video ini memperjelaskan lagi bagaimana sistem mesin mekanikal gear ini berfungsi:

https://youtu.be/MqhuAnySPZ0

Di hadapan kotak mesin ini mempunyai satu bulatan yang dilengkapi dengan lima batang jarum iaitu dua batang jarum yang besar dan dilengkapi dengan tiga batang jarum kecil iaitu Olmpiad, Callipic dan Exeligmos. Ianya dilengkapi dengan jarum penunjuk (seperti permukaan jam jarum) yang di mana berfungsi sebagai kalendar Mesir Kuno yang diukir dengan 365 hari (Egyptian calendar dial), berfungsi sebagai penunjuk 12 buah zodiak Greek kuno (zodiac dial), mengukur kedudukan bulan (lunar pointer), maklumat kemunculan bintang setiap tahun (front-plate inscriptions) dan kedudukan lima buah planet utama (Planetary pointers).

Di bahagian belakang kotak terbabit pula dilengkapi dengan dua buah bulatan iaitu Saros dan Metonic yang mana bulatan pertama (atas) menunjukkan bulan-bulan dalam 235 tahun kalendar Metonic (Metonic calendar dial) dan menandakan waktu atau tarikh permainan sukan Olimpik dan permainan lainnya (Olympiad dial). Bulatan kedua pula adalah mengukur pada bulan apakah akan terjadinya gerhana matahari atau bulan (Saros lunar eclipse dial).

Seorang jurutera mekanikal, Micheal Wright telah membangunkan kembali model mesin ini dengan menggunakan kepakaran pengetahuannya dan ianya berfungsi 99% sepertimana mesin mekanikal asli ini berfungsi.

Boleh melihat video penjelasannya di Youtube:

https://youtu.be/ev0mg5YIeX0

Melalui sebuah inskripsi Paul Iversen, melaporkan bahawasanya mesin mekanikal ini dibangunkan dan digunakan di selatan pulau Rhodes dan akhirnya ianya digunakan di utara pulau tersebut juga. Ianya berkat hasil kajian yang menemui mesin ini dibangunkan untuk mengukur waktu festival olahraga seperti Olimpik, festival perayaan Naa dan Halieia dan para ilmuwan berpendapat seorang ahli falsafah kuno, Posidonius yang bertanggungjawab menciptakan mesin ini melalui bukti penemuan hasil catatan seorang ahli politik Rom, Cicero, yang menulis tentang Posidonius telah menciptakan sebuah alat dari syurga dan bukti lain bahawasanya Posidonius juga mempunyai sebuah bengkel di pulau Rhodes.

Dengan penemuan mesin mekanikal Antikythera, para ilmuwan dapat menemui jawapan bagaimana masyarakat Greek dahulu mengkaji langit dan alam melalui sebuah pengetahuan yang didapati hanya daripada susunan roda-roda gear dan beberapa buah jarum sahaja.

Nota: Ada sesetengah manusia generasi sekarang mengatakan peradaban manusia zaman dahulu terlalu kuno sehinggakan tidak mampu menciptakan alatan apapun yang dapat menakluk alam semesta melalui ilmu pengetahuan. Jadinya, perkataan anda salah wahai generasi WeChat yang tongong

– TAMAT –

SUMBER RUJUKAN:

1. Decoding the Antikythera Mechanism, the First Computer oleh Jo Marchant.

2. The Antikythera Mechanism: The History and Mystery of the Ancient World’s Most Famous Astronomical Device oleh Charles River.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

'Creative. Celibate. Crybaby.'

Comments are closed.