Pertama kali saya melihat logo TN50, saya teruja melihat design atau reka bentuk yang begitu fleksibel, dinamik dan kontemporari. TN50 serta branding-nya menunjukkan satu model transformasi yang unik pembawaan baru dan halatuju Malaysia menuju 2050. Sekaligus menggambarkan penjenamaan Malaysia menuju era baru.

Strategi reka bentuk TN50 mengikut stail reka bentuk baru seperti logo Instagram, yang menggunakan gradient samada dalam dan luar. Menariknya, reka bentuk logo ini juga dibuka kepada ahli kreatif untuk mengadaptasikan logo ini kepada idea yang berbeza.

Logo yang mempunyai simbol ikonik ‘T’ dalam bentuk dialog, sesuai dengan tema yang dilaksanakan ketika pelancaran TN50 – satu konsep yang santai dan tidak terlalu protokol.

Logo yang mempunyai simbol ikonik ‘T’ dalam bentuk dialog, sesuai dengan tema yang dilaksanakan ketika pelancaran TN50 – satu konsep yang santai dan tidak terlalu protokol.

Perkara ini mengingatkan saya kepada logo ‘City of Melbourne’ yang mempunyai kepelbagaian rupa dalam bentuk yang sama, setiap satunya melambangkan tempat atau identiti di seluruh Melbourne.

Bagi mendapatkan keserasian dan intipati bandar Melbourne ini bukanlah mudah. Memetik kata-kata pengarah kreatif Landor Paris, syarikat pereka asal logo ini;

“The challenge was to reflect the different aspects of the city-from authoritative, restrained, and serious to vibrant, visionary, and passionate. We needed to show off the city of Melbourne’s cool sophistication on the world stage, capture the passion of its people, and provide the city with a unified, flexible, and future-focused image.”

Teliti penilaiannya.

Logo sebelum.
Penjenamaan baru yang dihasilkan.
Sumber – http://www.jeftonsungkar.com/City-of-Melbourne , perekabentuk logo City of Melbourne

Bagaimanakah reka bentuk logo Melbourne ini menjadi impak kepada pembandarannya?

Ada beberapa faktor. Pemerkasaan identiti untuk adalah satu strategi pembandaran, samada menjadi pusat pelancongan, perkembangan bisnes, termasuk juga migrasi penduduk. Ia juga memberi tanggapan tentang reputasi dari aspek kekuatan ekonomi, kebudayaan, kerajaan, dan juga dasar luar.

Bukan main-main penjenamaan ini, tak kiralah motifnya dari sudut antarabangsa atau domestik. Dalam kes ini, Melbourne membentuk satu imej yang baharu, progresif, fleksibel dan moden. Telah tiba bagi bandar untuk satu transformasi, dan konsepnya itu terpapar dalam identiti reka bentuk logonya.

Penjenamaan identiti itu adalah satu falsafah. Begitu juga sambutan kemerdekaan yang kita sambut setiap tahun, mempunyai tema, identiti dan wajah baharu. Merdeka adalah memori dan nostalgia nenek moyang kita yang kita kecapi dari dahulu, disambut oleh generasi seterusnya.

Mengapa pula dikaitkan dengan identiti atau reka bentuk Merdeka?

Kerana isu ini pernah berbangkit, menjadi bualan ramai 5 tahun yang lalu, tentang logo merdeka yang menghampakan ramai orang, termasuklah dari kalangan yang bukan ahli seni. Memetik kata dari seorang blogger Sarawak;

“My comment on the logo are solely on the design and it has nothing to do with the government or politics. It’s hugely a shame to see how after 55 years of independence the design of our logo looks like it was freshly ‘typed’ in a popular word processing software created by Microsoft” – Cyril Dason

Sekali lagi pada tahun ini, logo yang terbaru juga diperkatakan orang ramai tentang kualitinya. Logo slogan ‘Negaraku’ bagi tema merdeka yang ke-60 yang seolah-olah seperti ikon aplikasi mobil. Adakah kerana tidak cantik? Atau hanya tidak berkualiti?

Tentang brand identity ini ia tidak boleh diukur secara kuantitatif. Kita tidak mengukur sebuah reka bentuk yang baik itu daripada aspek kecantikan, kerana setiap mata mempunyai penterjemahan erti cantik yang berbeza. Kualiti, mungkin ya, kerana kita boleh tahu kerja itu melalui profesionalisme atau tidak.

Tetapi yang paling penting daripada penjenamaan ini, dalam mana-mana sekalipun kualiti penjenamaan adalah daripada falsafah reka bentuknya. Antara soalannya termasuklah mengapa ia direka menggunakan Jalur Gemilang? Mengapa ia dalam bentuk segi empat? Logo yang terhasil dan dibanggakan itu kurang pendedahan tentang falsafah pembikinannya.

Adakah kerana kita kembali kepada asas (back to basic)? Atau adakah kerana kita menuju ke zaman teknologi, maka reka bentuknya seolah-olah seperti aplikasi mobil?

Kita tidak tahu.

Ini yang sebenarnya menjadi persoalan ramai. Bukanlah kita ingin menjadikannya suatu isu yang besar, tetapi tentang falsafah dan keseragaman daripada penjenamaan ini kurang dipandang secara serius. Bila tiada keseriusan dalam membentuk imej dari peringkat domestik, apatah lagi kita menuju ke arah peringkat antarabangsa?

Saya amat kagum dengan idea logo TN50 sebagai jaminan kualiti untuk kekal selama 30 tahun, tetapi saya mengharapkan sesuatu yang sama dengan tema tahunan Merdeka.

Awam tahu bahawa bulan Ogos adalah bulan sambutan merdeka. Logo terpapar disekeliling, bandar, televisyen dan juga di sekolah-sekolah untuk aktiviti kemerdekaannya. Saya ingin melihat identiti nasional berteraskan merdeka ini menjadi gah dan menjadi lambang kebanggaan generasi yang akan datang.

Rujukan:

Slaid – Taklimat TN50 Untuk Kumpulan Berkepentingan

Cyril Dason, Malaysia 55th Merdeka Logo, https://blog.cyrildason.com/malaysia-55th-merdeka-logo/

Kaika, M., 2010. Architecture and crisis: re‐inventing the icon, re‐imag (in) ing London and re‐branding the City. Transactions of the Institute of British Geographers, 35(4), pp.453-474.

WAHYURINI, O.D., 2012. The Significance of City Logo in City Branding Strategy. Recent Researches in Engineering Mechanics, Urban & Naval Transportation and Tourism, pp.79-84.

Jason Little, Rebranding City of Melboure 2010. https://landor.com/thinking/rebranding-the-city-of-melbourne


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Leave A Reply