Penduduk bandar Pripyat yang pada ketika menjadi sebahagian wilayah jajahan Soviet Union terpaksa dipindahkan akibat kemalangan loji nuklear yang mengakibatkan pendedahan sinaran toksik. Sehingga ke hari ini, saintis masih lagi cuba untuk memahami kesan daripada letupan loji tersebut.

Apa yang kita ketahui, teras reaktor nuklear tersebut dibuka dan menghantar kepulan bahan radioaktif ke udara. Kepulan toksik tersebut bukan sahaja mencemarkan tumbuhan dan sumber air, malah telah meracuni penduduknya. Sebahagiannya telah menghadapi kanser. Dalam tempoh tiga bulan daripada bencana tersebut, lebih daripada 30 orang mati akibat penyakit radiasi.

Peristiwa ini diadaptasi menjadi sebuah drama siri telebisyen yang ditayangkan oleh HBO yang bertajuk “Chernobyl”. Kebanyakan drama tersebut menyampaikan fakta yang tepat dengan peristiwa kejadian yang sebenar, dan ada juga mitos yang diketengahkan.

Mitos: Kebakaran Chernobyl memberikan radiasi dua kali ganda lebih banyak daripada Hiroshima dalam setiap jam

Kedua-dua peristiwa Chernobyl dan pengeboman di Hiroshima adalah malapetaka nuklear yang teruk. Sukar untuk menentukan tahap pendedahan radiasi antara dua peristiwa tersebut. Peristiwa di Hiroshima, impak terhadap kesihatan disebabkan oleh pendedahan radiasi secara langsung (direct exposure). Apabila bom meletup, dos radiasi yang diterima oleh tubuh ditentukan oleh jarak letupan dan tubuh tersebut. Di Chernobyl pula, banyak radiasi berkepul di udara. Kemudian, ia merebak lebih luas dan ditelan oleh manusia dalam jangka masa yang panjang. Dengan kata lain, ia tidak secara langsung pendedahannya seperti di Hiroshima.

Fakta: Soviet Union menggunakan robot untuk bersihkan tapak pencemaran tetapi akhirnya menggunakan tenaga kerja manusia.

Dalam babak episod 4, ramai orang membuang blok grafit yang beradioaktif dari bumbung lojik janakuasa nuklear. Dalam dunia sebenar, para pekerja diminta membersihkan serpihan radioaktif seberat 100 tan di kawasan tersebut.

Ketika persidangan pada tahun 1990, Soviet pada awalnya mahu membersihkan tapak tersebut menggunakan robot beralat kawalan jauh. Apabila mesin tersebut musnah akibat atmosfera bertoksik, tenaga kerja manusia digunakan. Walaupun teknologi Amerika Syarikat dapat membantu membersihkan pencemaran tersebut, tegangan antara A.S dan Soviet telah menghalang Ukraine untuk meminta bantuan.

Mitos: Ahli fizik Soviet bernama Ulana Khomyuk telah membantu pemberishan di loji nuklear tersebut

Salah seorang watak utama dalam drama tersebut, Ulana Khomyuk merupakan watak fiksyen gabungan ramai ahli fizik nuklear yang terlibat dalam permbersihan Chernobyl secara realitinya. Walau bagaimanapun, ketua penyiasat saintifik, Valery Legasov adalah berasaskan orang yang sebenar. Ketika permulaan episod, Legasov merekod peristawa malapetaka tersebut sebelum menggantung dirinya pada tahun 1988.

Fakta: Skuad diarahkan untuk menembak haiwan yang membawa radiasi

Terdapat babak skuad Soviet yang terdiri daripada tiga orang dalam episo 4 diarahkan untuk menembak haiwan sesat yang berkeliaran di sekitar tapak reaktor. Sekitar 36 jam selepas letupan, penduduk Pripyat diberikan 50 minit untuk mengumpulkan barang-barang mereka dan menaiki bas untuk keluar dari penempatan mereka. Tiada seorang pun dibernarkan untuk membawa haiwan peliharaan mereka.

Penduduk asalnya percaya bahawa mereka akan pulang selepas tiga hari, tetapi sebenarnya mereka dipindahkan untuk selama-lamanya. Ketika banyak anjing peliharaan berkeliaran, skuad Soviet diarahkan untuk membunuh anjing-anjing tersebut untuk mengelakkan penyebaran pencemaran radioaktif.

Mitos: Wap letupan selepas malapetaka nukelar tersebut mampu membuatkan Eropah tidak dapat didiami

Ketika berlakunya letupan pertama, ahli fizik nuklear bimbang sekiranya letupan kedua yang disebabkan oleh pencairan korium membuatkan ia berhubung dengan air bawah tanah. Dalam episod dua, Khomyuk memaklumkan kepada USSR bahawa letupan seturusnya akan membawa daya 2 hingga 4 megatan yang mampu menghapuskan seluruh populasi di Kiev dan sebahagian pelusi Minsk. Pelepasan radiasi mampu memberikan impak kepada seluruh Ukraine, Latvia, Lithuania, Belarusia, Poland, Czechoslovakia, Hungary, Romania dan kebanyakan wilayah Jerman Timur.

Situasi ini terlalu hipotetikal untuk dipertimbangkan. Tetapi letupan kedua membawa daya sehingga 4 megatan terlalu berlebihan (exaggeration).

Fakta: Seorang bomba dan isterinya yang mengandung mati di hospital selepas letupan

Seorang bomba bernama Vasily Ignatenko dan isterinya, Lyudmilla dijadualkan untuk pergi ke Belarus ketika pagi di hari letupan. Tetapi rancangan mereka dibatalkan apabila Vasily bergegas ke penjana kuasa nuklear sekitar pada pukul 1.30 pagi. Dia berjanji untuk kejutkan isterinya apabila pulang ke rumah. Tetapi pendedahan radiasi yang diterima meracuni tubuhnya dan memaksanya untuk ke hospital.

Ketika Lyudmilla meziarahi suaminya, dia diarahkan untuk tidak menyentuh suaminya. Lyudmilla menipu tentang kandungannya kepada ahli radiologi supaya dapat berjumpa dengan suaminya. Vasily mati 14 hari selepas insiden tersebut. Lyudmilla pula melahirkan anaknya yang mati 4 jam selepas itu.

Mitos: Helikopter terhempas selepas letupan

Terhempasnya helikopter selepas letupan dalam episod 2 tersebut tidaklah salah sepenuhnya. Helikopter tersebut terhempas dua minggu selepas insiden, bukannya berlaku sejurus selepas letupan. Siri tersebut memaparkan helicopter berlanggar dengan kren (crane) dan melata ke tanah. Babak ini agak dramatik berbanding kisah sebenar.

Rujukan:

  1. HBO’s ‘Chernobyl’ just won 10 Emmys — here’s what it gets right (and wrong) about the world’s worst nuclear power plant accident. https://www.businessinsider.my/chernobyl-hbo-whats-true-myths-2019-5/

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Comments are closed.