Seniman Agung tanah air, iaitu Al-Marhum Tan Sri Datuk Amar Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh atau lebih dikenali sebagai P. Ramlee; gemar menerbitkan filem-filem klasik Melayu yang sarat dengan kritikan sosial yang membina akal.”
Kebijakan P. Ramlee dalam menyusun plot cerita, bait-bait kata, irama lagu, penerapan nilai-nilai murni dan pelbagai lagi komponen terpenting lain; menjadikan kebanyakan filem arahan beliau kekal relevan sehingga ke zaman milenial.
Pada hemat saya, salah sebuah filem P. Ramlee yang paling mendapat sambutan adalah; Antara Dua Darjat. Filem terbitan tahun 1960 itu memaparkan kisah perbezaan kehidupan antara dua kasta yang wujud di dalam sistem kemasyarakatan; yakni marhaen dan bangsawan.
Susun atur karakter-karakternya juga seimbang, dibantu dengan kualiti lakonan kelas pertama daripada tokoh-tokoh hebat aktor Melayu lama seperti Ahmad Nisfu, S. Kadarisman, Kuswadinata, Saadiah, Yusuf Latif dan P. Ramlee sendiri.
Keberadaan kualiti yang tinggi pada kesemua pelakon tersebut kemudiannya diterjemahkan dengan persembahan lakonan mantap, sehingga mampu menjentik hati para penonton.
Elemen-elemen seperti ‘superiority & inferiority complex’, penindasan, diskriminasi, prejudis, rendah diri, setia kawan dan bermacam lagi berjaya digarab dengan sebegitu baik sekali.
Filem itu seolah-olah mencerminkan senario sebenar kehidupan bermasyarakat di alam realiti; yang mana golongan marhaen selalu ditindas oleh sekumpulan bangsawan yang bersifat ‘ignorant’.
Judulnya sahaja sudah membawa gambaran yang cukup jelas, kerana realitinya; manusia akan diberi layanan mengikut darjat. Golongan kayangan biasanya mendapat ‘privilege’ besar berbanding marhaen terbanyak, tidak kira di mana pun mereka berada.
Prosidur Operasi Standard (SOP) pandemik COVID-19 misalannya, untuk sesetengah perkara; ketetapan SOP kadangkala memihak kepada para bangsawan. Golongan ini juga tanpa segan silu gemar ‘melanggar’ SOP, seolah-olah mereka ‘kebal’ daripada ancaman virus.
Bukan sekadar kebal virus, golongan bangsawan turut kelihatan seperti kebal Undang-undang; sehinggakan tindakan yang diambil ke atas mereka seakan-akan tidak sama dengan apa yang dihadapkan kepada marhaen, walaupun kesalahan itu sebenarnya tidak jauh berbeza.
Baru-baru ini tular sebuah video yang menunjukkan ketibaan sosok ‘Very Very Important Person’ (VVIP) ke salah sebuah masjid. Apa yang dikesalkan adalah; VVIP itu dibenarkan masuk meskipun beliau terlewat, sedangkan sekumpulan marhaen yang tiba lebih awal tidak diberikan akses sama.
Ini tidak termasuk beberapa isu lain yang ultra-sensitif sifatnya. Seperti yang kita semua dapat lihat; terdapat perbezaan yang agak nyata berkait layanan kepada golongan tertuduh kelas marhaen versus tertuduh kelas bangsawan yang sedang berhadapan dengan proses keadilan di Mahkamah.
Tangan tertuduh golongan marhaen selalunya bergari dan mereka akan dipakaikan baju lokap persis penjenayah besar walau kesalahan yang dibuat itu hanya bertaraf ‘minor’; sedangkan tertuduh kelas bangsawan yang berhadapan dengan pertuduhan besar sehingga mencecah nilaian jutaan ringgit pula diberi layanan ‘special’.
Senario ini adalah satu bentuk kejumudan yang bersifat destruktif. Ianya boleh melambatkan lagi proses negara ini untuk menuju ke arah kemajuan; kerana taraf manusia masih dibezakan mengikut darjat, persis filem P. Ramlee yang saya sebutkan sebentar tadi.
Semoga ‘orkestra’ jumud yang sedang melanda negara ini sejak sekian lama akan segera berubah. Atas nama keadilan, semua manusia perlu diberi layanan yang sama rata tanpa mengira darjat; seiring dengan tuntutan dan ajaran Agama Islam. Keadilan adalah prinsip asas.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih